Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 9 Oktober 2015

Bantulah Adik Nik Nur Amni Rania - Kprihatinan Anda Diperlukan


KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia setahun yang menghidap Biliary Atresia atau kegagalan fungsi hati memerlukan bantuan kira-kira RM250,000 untuk membolehkannya melakukan pembedahan hati di India.


Nik Nur Amni Rania Nik Mohd. Hafizi berasal dari Batu 6, Kuantan, Pahang kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini sejak Ahad lepas dan perlu menjalani pembedahan segera.

Ibunya, Ainiazura Ruslan, 23, berkata, anak sulungnya itu mula dikesan mempunyai masalah hati ketika berusia dua minggu sebelum menjalani pembedahan membuang hempedu ketika berusia sebulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

"Kos pembedahan yang tinggi diperlukan untuk mengubati anak saya. Kalau mahu lakukan pembedahan di Singapura memerlukan kos kira-kira RM1 juta manakala di hospital tempatan terpaksa menunggu giliran yang lama," katanya kepada di sini hari ini.

Ainiazura dan suaminya, Nik Mohd. Hafizi Nik Mat, 27, yang bertugas sebagai pembantu tadbir berharap anak mereka akan sembuh dan aktif seperti kanak-kanak lain.

Katanya, dia bersedia menjadi penderma hati kepada anaknya berikutan jenis darah yang dimiliki adalah sama.

"Jika pembedahan ini berjaya Rania hanya perlu mengambil satu jenis ubat sahaja berbanding sekarang dia terpaksa bergantung kepada lima jenis ubat," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 506098521021 atas nama Ainiazura Ruslan atau menghubungi di talian 014-5242286. - Bernama

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..


    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA

    BalasPadam

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk