Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 5 Jun 2015

PM Tak Suka Tapi Saya Ambil Keputusan Demi Keharmonian



Polis terpaksa membatalkan program perdana menteri, yang bertukar menjadi majlis dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, demi keselamatan walaupun tidak disukai oleh Datuk Seri Najib Razak.

“PM tidak gembira dengan keputusan saya tetapi demi keselamatan dan keharmonian saya terpaksa membuat pendirian dan membatalkan acara ini.


“Saya harap semua pihak yang mencintai keamanan memahami perkara ini,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam dialog terus terang bersama aktivis NGO dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Khalid bagaimanapun pagi ini mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan. Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan berucap sebentar kepada orang ramai sebelum diminta berhenti dan diiring supaya beredar oleh polis.

Berlaku sedikit kekecohan,tolak menolak. Dr Mahathir juga telah berucap di atas pentas tanpa persetujuan dari pihak penganjur.

VIDEO : TUN M Memalukan Diri Sendiri Di Program Nothing Tu Hide!


Tak terfikir seorang negarawan akan mengambil tindakan sepertimana yang Tun M lakukan hari ini.


Hahaha...riuh rendah org bertanya Najib kat mana? Najib kat mana? Kononnya Najib lari takutkan Tun dlm prog Nothing To Hide.... Hahaha...


Tapi biasalah adat org Melayu, gelojoh dan pantang rezki depan mata. Disuap skit, terus je nak bedal. Macam dam aji. Suap satu, mkn. Suap lagi, makan. Akhirnya disapu keliling kita ni.

Sbb itu x pasal2 tetamu naik pentas hijack prog org.

Hahaha....



Dalam game ada game. Nice try bro

Khairul si balaci kpd balaci



5 June 2015.

Program Nothing to Hide yg sepatutnya berlangsung pada jam 9.00 pagi tadi di PWTC terpaksa di batalkan penganjur atas arahan Ketua Polis Negara. Pembatalan program tersebut hanya di ketahui umum melalui Twetter Tan Sri Khalid @KBAB51 pada jam 08.53 pagi tadi kira kira 7 minit sebelum majlis berlangsung.

Lebih 1500 orang yg hadir merasa kecewa sehingga menimbulkan  ketegangan dan melahirkan suara tidak puas hati terhadap penganjur.

Satu sumber pdrm yg boleh di percayai memberitahu bahawa pihak polis mengesan terhadap unsur unsur cubaan sabotaj terhadap Perdana Menteri dengan melakukan beberapa perkara yang boleh mencetuskan suasana panas dan tindakan tertentu yang di rahsiakan oleh pihak polis.

Jika di imbas kembali bagaimana bekas presiden Us, George W.Bush di baling kasut sewaktu sedang berucap pada tahun 2008, kemungkinan cubaan yang sama untuk memalukan Perdana Menteri juga boleh berlaku.

Pihak PDRM @KBAB51 di jangka akan mengadakan sidang akhbar bagi memberi penjelasan lanjut.

Sekian.

Khamis, 4 Jun 2015

Pesawat Terhempas : Polis Nafi Info Viral Di Media Sosial!



KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata setakat ini pihaknya mengesahkan tiada insiden kapal terbang terhempas di Gua Musang. 

Kenyataan beliau merujuk kepada maklumat yang tersebar menerusi laman sosial serta panggilan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengenai dakwaan individu tertentu melihat sebuah pesawat dipercayai terhempas di Rantau Manis, Gua Musang. 

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.36 malam dan sepasukan pegawai serta anggota sudah bergegas ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, hingga jam 10.30 malam tadi, bomba tidak menemui sebarang objek terhempas di kawasan yang dilaporkan. 


** Jangan main-main sebar berita yang tidak sahih

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk