Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 20 Ogos 2015

Pecat Mukhriz, Tangkap Mahathir Dan Muhyiddin - Syed Rosli


Oleh: Syed Rosli Jamalullail

Saya berasa bahawa mana-mana pemimpin UMNO yang tidak menyokong Datuk Sri (Najib Tun Razak) maka memang patutlah Datuk Sri memecat mereka.

Semenjak dari dahulu lagi saya dapat melihat pemimpin seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Menteri Besar Kedah tidak pernah sekalipun menyatakan sokongan beliau kepada Presiden parti dan Perdana Menteri. Kenapa ?

Tidakkah sepatutnya Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri harus menyatakan sokongan kepada Ketua beliau sendiri?

Saya berasakan bahawa Mukhriz Mahathir ini sudah tidak sesuai lagi berada dalam jawatan penting kerajaan kerana beliau mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada Perdana Menteri itu sendiri.

Tindakan Perdana Menteri memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal adalah tepat kerana mereka tidak memberikan sokongan kepada Perdana Menteri lagi.

Maka wajar lah juga Mukhriz Mahathir dipecat dari jawatan kerajaan.

Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya diberikan sokongan penuh oleh seluruh ahli-ahli UMNO dan kepimpinan UMNO.


Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah boleh ditahan dibawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Kenyataan Dr Mahathir dalam blog dan sidang media beliau terlalu banyak tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap perdana menteri, 1MDB, wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, serta kerajaan, menyebabkan rakyat menjadi keliru.



Beliau juga boleh dikatakan menghasut rakyat supaya membenci dan menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan politik negara. Ini cukup membahayakan negara dan perdana menteri Malaysia.

Muhyiddin pula di setiap mesyuarat Umno Bahagian yang beliau rasmikan masih menbangkit perkara sama, iaitu seakan cuba menghasut ahli-ahli Umno bangkit melawan kerajaan di bawah pemerintahan Najib, perdana menteri Malaysia yang sah.

Tuduhan dan tohmahan daripada bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri ini amat merbahaya kepada negara. Ia perlu dihentikan daripada memberi kesan buruk kepada negara secara amnya.

Tindakan perlu diambil segera oleh pihak polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara.

Mereka berdua ini sudah sepatutnya ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan segera.

Walaupun penerangan dan penjelasan sudah diberi, serta jawapan sudah tercalar, namun Dr Mahathir dan Muhyiddin masih membuat tuduhan dan tohmahan berniat menghasut membenci kerajaan di bawah pemerintahan Najib. 

Nota:

* Penulis ialah Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan, Umno Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor dan pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Pemilihan UMNO 2013.

** Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari laman Facebook beliau dan tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV.

Isnin, 17 Ogos 2015

20 Dalang Komplot Tidak Benar


Pendedahan ini dibuat selaras dengan tuntutan YB Khairy yang mahu tahu siapa 20 nama yang terlibat berkomplot guling kerajaan. Akan mengurangkan sedikit polemik dan tuduhan terhadap siapa yang tidak terlibat.

Untuk senarai penuh ahli MP yang dikaitkan :

Klik FB KOPI PANAS

20 nama MP telah didedah termasuk yang berjawatan menteri dan ketua sayap UMNo. Persoalannya sekarang, siapa lagi 6 dan siapakah ketua pengkomplotan ini?

C&P : FB KOPI PANAS

Ahad, 16 Ogos 2015

GULING KERAJAAN!!! 26 JAHANAM ATAU JEBAT JODEN?


Lagaknya seperti pahlawan. Membersihkan tahi di tepi jalan. Mendokong nafsu atau perjuangan. Adakah mereka 26 jahanam atau Hang Jebat pahlawan rakyat?

Seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi oleh pemimpin UMNO.

Menurut sumber, pemimpin UMNO itu memainkan peranan menyediakan tujuh muka surat akuan bersumpah untuk mempengaruhi 87 ahli Parlimen pembangkang dan 26 ahli Parlimen BN.


“Kritik dalam parti tidak apa tetapi sebagai pembesar UMNO apa yang dia buat itu sangat kurang ajar,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya selepas pendedahan berhubung konspirasi mengulingkan kerajaan itu didedahkan kepada umum semalam, pemimpin UMNO itu telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta maaf.

“Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.

“Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini namun Datuk Zahid tidak akan hadir dalam perjumpaan tersebut disebabkan jadual yang agak padat pagi ini di Tampin, petang di Jempol dan malam di Lumut” katanya lagi.

Bagaimanapun, sumber tidak pasti lokasi pertemuan tersebut.

Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Ampang, pada Ahad mendedahkan terdapat gerakan yang disusun bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang turut melibatkan pemimpin Umno-BN.

Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tampin pagi tadi, Zahid berkata pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Najib jam 6 petang ini.

Tambah sumber, beliau difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah berjumpa dengan Zahid jam 7 pagi tadi bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya mengeluarkan waran tangkap sekiranya terdapat bukti kukuh.

Soalanya, siapakah petualang jahanam dan siapakah de facto nya?

Bangkai gajah walau disorok macam mana sekalipun pasti busuk dan berulat...

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk