Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Sabtu, 10 Oktober 2015

Tindakan Tun Mahathir Demi Mukhriz Bukan Rakyat


Kritikan Mahathir Hanya Kerana Mahu Lihat Mukhriz Jadi PM

Krisis di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan terus berpanjangan selagi Presiden Umno itu tidak disingkirkan daripada tampuk kuasa.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Bantulah Adik Nik Nur Amni Rania - Kprihatinan Anda Diperlukan


KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia setahun yang menghidap Biliary Atresia atau kegagalan fungsi hati memerlukan bantuan kira-kira RM250,000 untuk membolehkannya melakukan pembedahan hati di India.

Sampai Bila Rakyat Harus Tertipu Dengan Propaganda Licik Dan Jahat Mahathir?


Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Khamis, 8 Oktober 2015

Akhirnya Tun M Mengaku


Akhirnya Tun M mengaku bahawa pilihannya untuk menjadi calon PM jika Najib dijatuhkan adalah seorang bekas TPM .

Kalau ikut yang pernah menjawat jawatan itu ialah Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim. Tetapi disebabkan Anwar dipenjara dan tidak lagi menjadi ahli Parlimen maka Muhyiddin adalah calon pilihannya .

Rabu, 7 Oktober 2015

Akibat "Sinus", Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Hari Ini


Bermula daripada rasa pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya, Shahrol Shiro tidak menyangka bahawa beliau menghidap jangkitan sinus dan bakal menjalani pembedahan akibat daripada jangkitan tersebut di sebuah hospital swasta di Johor Bahru  hari ini.

Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena. Berikutan tidak cukup rehan, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.


Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok (hari ini).

Shahrol juga ada memuat naik sebuah foto di Instagram yang beliau bakal dibedah dan mengharapkan segala proses pembedahan berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, beliau juga memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa berehat seketika dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Penyakit sinus ni atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai resdung kalau tidak dirawat memang akan mendatangkan masalah yang lebih serius kelak. Memang rasa tidak selesa terutama sekali setiap pagi. Siapa yang ada resdung je la yang paham bukan? Apa-apa pun semoga Shahrol Shiro selamat menjalani pembedahan.

Selasa, 6 Oktober 2015

Pilot Sakit Sebelum Ajal Ketiba Pesawat Sedang Terbang


Sebuah pesawat American Airlines dengan 147 penumpang di dalamnya terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di sini pada Isnin setelah juruterbang tba-tiba jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia.

Akhbar tempatan, The New York Times melaporkan kejadian berlaku apabila kapten pesawat jenis Airbus A320 itu maut di tengah perjalanan penerbangan dari Phoenix, ibu negeri Arizona ke Boston, ibu negeri Massachusetts.

Jarak antara dua bandar raya besar itu ialah 3,687 kilometer dan ekoran tersebut, pesawat berkenaan dilaporkan terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Syracuse Hancock, iaitu sejauh 423 kilometer dari Boston.

Menurut pegawai penerbangan awam Amerika Syarikat (AS), pembantu kapten segera ambil alih tugas selepas menyedari juruterbang itu maut dan berjaya mendarat di Syracuse pukul 7.13 pagi (7.13 petang waktu Malaysia).

“Dukacita dimaklumkan bahawa juruterbang kami meninggal dunia. Kami sangat sedih dengan kejadian ini dan menyampaikan simpati terhadap keluarga kapten itu,” kata American Airlines dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun syarikat itu dan pejabat penerbangan persekutuan AS enggan mendedahkan kepada umum nama juruterbang malang penerbangan 550 tersebut atau maklumat terperinci mengenai penyakit dialami oleh mangsa.

Insiden jarang sebegini pernah menimpa seorang juruterbang yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba dan kemudian terus meninggal dunia ketika dalam penerbangan di ruang udara AS pada 2009.

Ia berlaku sewaktu pesawat Continental Airlines membawa 247 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di sini apabila kaptennya maut tanpa amaran.

Siasatan pihak berkuasa AS mendapati juruterbang pesawat itu yang berusia 60 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung, tetapi mujur pembantu kapten cepat bertindak mengambil alih kemudi kapal terbang tersebut.

Dua bulan sebelumnya, seorang penumpang mendaratkan sebuah pesawat persendirian berenjin dua di Lapangan Terbang Antarabangsa Southwest Florida di Fort Myers ekoran juruterbang maut sejurus baharu berlepas.

Penumpang tersebut, yang kebetulan memang telah dilatih sebagai juruterbang kapal terbang jenis ringan, menjadi ‘wira’ apabila dia berjaya menyelamatkan empat nyawa yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Pada Januari 2007, seorang kapten Continental Airlines untuk penerbangan 757 dari Houston, Texas ke Puerto Vallarta, Mexico, dengan membawa 210 penumpang di dalamnya, meninggal dunia setelah pesawat itu berlepas.

Penerbangan tersebut bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat setelah dilencongkan oleh pembantu juruterbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa McAllen-Miller di Texas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apabila Mufti Buat "Pusingan U" Isu Pembesar Suara


GEORGETOWN: Majlis Fatwa Negeri dan Jabatan Mufti Pulau Pinang akan mengkaji semula keputusan larangan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan serta iqamah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata pihaknya akan mengkaji semula pandangan orang ramai berhubung larangan itu, sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang tidak terlalu rigid untuk mengeluarkan keputusan berhubung larangan penggunaan pembesar suara ini. Justeru, biar pihak kami meneliti mengenainya daripada pelbagai aspek, sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Segerakan Sekolah Satu Aliran - Pakar


KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pelaksanaan sistem sekolah satu aliran perlu disegerakan jika kerajaan berhasrat mewujudkan sebuah negara bangsa dan melahirkan generasi muda yang fasih berbahasa Melayu serta mengenal erti perpaduan tanpa mempersoalkan kaum-kaum lain.

Ahli akademik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekolah satu aliran tidak akan membunuh kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia kerana bahasa ibunda kaum tertentu seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil masih boleh dipelajari dengan menjadikannya sebagai subjek pilihan di sekolah.

Sehubungan itu katanya, kerajaan sebagai pelaksana dasar perlu memanggil semua pihak untuk membincangkan keperluan tersebut dan tidak terlalu defensif serta apologetik jika diasak oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju dengan sekolah satu aliran.

“Di Malaysia, situasinya adalah agensi pelaksana terlalu bertole­ransi, memang ada kebaikan dan keburukan tetapi jika kita bercakap soal negara bangsa, de­ngan adanya sistem pelbagai aliran ini menyebabkan bahasa Melayu tidak lagi menjadi keutamaan.

“Saya percaya perbezaan kaum adalah kelebihan yang dimiliki negara kita, justeru kita boleh menggunakan kekuatan itu untuk mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati serta fasih bertutur dalam bahasa Melayu walaupun mereka daripada bangsa yang berbeza-beza,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Ridhuan mengulas ken­yataan Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang berpandangan kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memecahkan sentimen perkauman yang semakin menebal khusus dalam kalangan generasi muda.

Kok Seong dilaporkan berkata, kewujudan sekolah vernakular hanya akan memburukkan keadaan kerana berterusan melahirkan ge­nerasi yang cenderung mengamalkan polarisasi dalam kehidupan.

Sementara itu, pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, tanggungjawab untuk mewujudkan perpaduan dan menubuhkan negara bangsa terletak di bahu setiap wakil rakyat, justeru mereka perlu berhenti daripada terus berpolitik dan segera mengambil langkah yang sewajarnya menangani isu yang timbul.

“Wakil rakyat perlu berhenti berpolitik, mereka yang dipilih oleh rakyat ini sepatutnya tahu apa perlu dilakukan jika mahu menubuhkan negara bangsa dan membuat keputusan sama ada sistem yang ada kekal atau berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin berkata, peranan mendidik anak-anak untuk fasih berbahasa Melayu tidak terletak di bahu setiap guru sahaja sebaliknya masyarakat terutama ibu bapa perlu turut bertanggungjawab.

Katanya, ibu bapa daripada kaum Cina perlu menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan rakan sebaya daripada bangsa lain selepas waktu sekolah kerana ia bukan sahaja membantu mengenali antara satu sama lain malah menjadi latihan pertuturan bahasa Melayu yang berkesan.

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk