Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 22 Julai 2016

Yuna Kecewa Dipanggil "Sampah" Oleh Bangsa Sendiri

Setelah dikritik sesetengah pihak gara-gara memeluk Usher dalam satu persembahan pentas, Yuna meluahkan rasa terkilannya tentang bagaimana mudah dia dihakimi oleh sebilangan rakyat Malaysia.

Lebih mengecewakan, ‘penghakiman’ datangnya daripada bangsanya sendiri. Yuna mencipta nama di luar negara dan terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dari bangsa asing nyata bukan masalah utama bagi penyanyi Yuna. Sebaliknya, penerimaan bangsa sendiri terhadap pendirian dan caranya itu adalah ujian paling besar buatnya.

Kata Yuna dalam status di akaun Instagram, dia tidak dapat menahan rasa kecewa apabila dihamburkan dengan kata-kata memalukan seperti ‘perempuan sampah’, yang datangnya daripada mereka yang berbangsa Melayu.

“Kesemua perkataan, penghinaan, dan diskriminasi yang menyakitkan, datangnya dari mulut bangsa Melayu. Apa yang saya boleh lakukan hanya bersabar,” kata Yuna dalam catatan itu.

Turut dimuat naik bersama status berkenaan Foto penglibatan beliau dalam sebuah kempen dengan kerjasama Barneys, sebuah rangkaian fesyen terkemuka di New York turut dimuat naik bersama status berkenaan.

Foto tersebut memaparkan Yuna berpakaian shirt dress dengan turban.

Kata Yuna, dia sentiasa mengingati kata-kata bapanya yang berpesan agar menjalani kehidupan sebagaimana yang diinginkan.

“Bapa berpesan agar saya buat keputusan sendiri. Saya boleh berfikir untuk diri sendiri, jadi mengapa mahu dengar apa yang orang lain cakap?”

Penghibur yang kini sedang sibuk dengan konsert jelajah di beberapa lokasi di Amerika Syarikat dan Eropah turut berpesan kepada peminat agar mengelakkan diri daripada terbabit dengan golongan manusia yang negatif. (THE COVERAGE)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk