Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 18 Oktober 2017

Tangisan Malam Pertama Isteri Selepas Tengok Alat Kelamin ‘Suami’

Kegembiraan seorang gadis yang menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya bertukar sedih pada malam pertama apabila dia mengetahui bahawa ‘suami’ yang dikahwini sebenarnya seorang wanita.

Foto: Agensi

MyNewshub yang memetik Tribunnews melaporkan kejadian berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia selepas gadis yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna, 20, mengahwini ‘teman lelakinya’ yang dikenali dengan nama Rahmat Yani, pada 17 September lalu.

Bagaimanapun, kebahagiaan yang diimpikan Syarifah hancur lebur pada malam pertama apabila dia terkejut selepas mendapati ‘suaminya’ mempunyai alat kelamin wanita.

Menurut Tribunnews, Syarifah yang tidak boleh menerima hal itu dikatakan terus berlari keluar dari bilik tidur sambil menangis, menyebabkan ahli keluarganya panik dan ingin tahu hal yang berlaku.

Selepas mendengar cerita daripada Syarifah, ahli keluarga gadis itu segera mendapatkan Rahmat Yani lalu menyoal 'lelaki' itu sebelum mendapati jantina sebenarnya adalah perempuan.



Hal itu diperkukuhkan lagi selepas ketua kampung Syarifah mendapatkan penjelasan daripada penduduk kampung Herlang, iaitu kampung asal Rahmat Yani yang mengesahkan bahawa dia bukan seorang lelaki.

Difahamkan, nama sebenar wanita itu ialah Rahmayani.

Menceritakan hal tersebut, keluarga Syarifah memberitahu bahawa mereka tidak mengesyaki apa-apa mengenai jantina asal Rahmayani memandangkan wanita itu berperwatakan seperti seorang lelaki.

“Kami tidak tahu dia seorang perempuan dan terus menerima lamarannya,” kata Maemuna.

Ketika datang melamar Syarifah, Rahmayani memperkenalkan dirinya sebagai Rahmat Yani dan suaranya yang garau membuatkan dia mirip lelaki sejati, selain memaklumkan mahu segera mengahwini gadis itu kerana bimbang dilamar lelaki lain.

Rahmat Yani memberikan wang hantaran 30 juta rupiah (RM9381) beserta sebidang tanah.

Selepas identiti terbongkar Rahmayani diserahkan kepada pihak polis. Beberapa keping gambar perkahwinan pasangan itu yang tular di laman sosial heboh diperkatakan netizen tempatan.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk