Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 28 Oktober 2015

Rahsia Kelangsingan Gadis Korea


Kalau kita tengok selebriti Korea, pasti ramai yang menggigit jari dengan kecantikan mereka.

Bukan itu sahaja, lihat sahaja badan mereka yang langsing. Rasanya di Korea sukar untuk kita temui wanita yang berbadan gemuk.

Apa rahsia mereka kekal langsing? Pasti ramai yang tahu makanan Korea yang paling popular iaitu Kimchi. Itu lah rahsia gadis-gadis Korea sentiasa kekal langsing.


Dipetik daripada foxnews.com, kimchi terbuat dari sawi putih atau sayur-sayuran segar yang lain, kemudian diperam dengan rempah-rempah khas Korea. Rempah-rempah tersebut terdiri daripada halia, bawang putih, saeujot (sos dari udang), dan aekjeot (sos dari ikan).

Kimchi yang diperbuat daripada sayur-sayuran ini mempunyai kadar serat makanan yang tinggi.

Selain itu kimchi kaya dengan kandungan vitamin A, tiamin (B1), riboflavin (B2), vitamin C, kalsium, dan zat besi.

Kimchi juga mengandungi bakteria baik iaitu Lactobacillus kimchi yang bermanfaat untukkesihatan pencernaan, meningkatkan sistem metabolisme tubuh, serta membantumenurunkan berat badan.

Kebanyakan orang Korea mengambil kimchi sebagai hidangan pembuka untuk membangkitkan nafsu makan mereka. Bukan sahaja sedap, tetapi baik untuk kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk