Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 2 November 2015

Doa Selamat Menduduki Peperiksaan


Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq...

Kepada Anak-Anak/Adik-Adik/pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai hari ini didoakan semoga Allah permudahkan urusan anak-anak kalian dalam menghadapi peperiksaan. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu Ya Allah, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah diri mereka dengan rahmat-Mu agar anak-anak ini beroleh kemudahan serta kelancaran dalam menjawab semua soalan SPM serta mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiinnnn Ya Robbal alamiinnnn....

بسم الله الرحمن الرحيم...

YA ALLAH...
Peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti.Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketka peperiksaan nanti.Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhkanlah mereka daripada perasaan resah gelisah serta dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dgn betul. 

YA ALLAH,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami.Mudah-mudahan dengan keputusan yg cemerlang ini,mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagai pembuka jalan untuk menjadi hambaMU yang soleh dan menghampirkan diri mereka padaMU.Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah,cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

YA ALLAH
Kami mohon kepadaMU, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami.Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah yang baik.Tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buangkanlah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH
Jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa.


YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukanlah untuk diri anak-anak kami sahaja,tetapi untuk anak-anak sahabat kami yang lain juga ya Allah.Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Aamiiiin Allahumma Aamiiiin.

# Selamat Menduduki peperiksaan bagi yang akan mengambil peperiksaan ....
# Semoga anak-anak kita dapat melakukan dengan tenang...insyaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk