Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 28 Januari 2016

Kajol Kesal Pilih Berlakon Dilwale


Aktres Kajol meluahkan rasa kesal apabila membuat keputusan untuk berlakon dalam filem Dilwale arahan Rohit Shetty.

Filem yang turut menampilkan pasangan idealnya, Shah Rukh Khan tidak menerima sambutan dan kutipan yang memberangsangkan sejak ia ditayangkan Disember tahun lalu.
Menurut sumber terdekat, Kajol mengaku telah melakukan kesilapan besar apabila tidak memilih filem Durga Rani Singh yang mampu melonjakkan namanya semula dalam dunia perfileman Bollywood.

Durga Rani Singh yang mendapat sentuhan Sujoy Ghosh dikhabarkan melamar dan memberi peluang kepada Kajol untuk memegang watak yang lebih besar dan serius.

Walau bagaimanapun, Kajol terpaksa menolak tawaran tersebut kerana selesa dan bersetuju untuk kembali bekerjasama dengan Shah Rukh Khan.

Sebelum ini, Rohit Shetty dan Shah Rukh Khan menunding jari antara satu sama lain selepas filem tersebut gagal meraih kutipan yang tinggi di India.

Filem Dilwale dikatakan gagal menyaingi kutipan filem Bajirao Mastani lakonan Ranveer Singh dan Deepika Padukone yang mendapat reaksi positif oleh peminat dan pengkritik filem Bollywood.

Olahan Semula : Khalid Rahman

Sumber: Astro Gempak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk