Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Sabtu, 23 Januari 2016

Mufti Saudi - Permainan Catur Adalah Haram


Mufti besar Arab Saudi telah mengishtiharkan bahawa permainan catur adalah haram menerusi satu rakaman klip video yang tersebar di laman media sosial pada Khamis.

Menurut Abdulaziz bin Abdullah, permainan yang dipercayai berasal dari India itu, adalah satu permainan yang membazir masa.
Abdullah merupakan seorang tokoh sunni yang digeruni di Arab Saudi dan membuat kenyataan itu ketika menjawab persoalan yang dilontarkan di dalam satu program TV, With His Eminence the Mufti.


Walaupun video itu baru sahaja menjadi viral pada Khamis, klip itu dipercayai mula disebar pada 2014.

"Permainan catur adalah pembaziran masa dan menyebabkan peluang untuk pembaziran wang. Ia boleh menyebabkan permusuhan dan sifat dengki antara manusia", kata Abdullah di dalam klip video tersebut.

Difahamkan, Abdullah turut membandingkan permainan itu dengan permainan lama Arab, maisir - yang mana diharamkan oleh Quran. Maisir adalah permainan yang melibatkan kebarangkalian seperti perjudian.

Musa Bin Thaily, Presiden Jawatankuasa Undang-Undang di Persatuan Catur Saudi, mengesahkan menerusi Twitter pada Khamis bahawa fatwa telah pun dikeluarkan, tapi masih belum mempunyai apa-apa tindakan undang-undang. - kredit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk