Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 18 Januari 2016

Semakan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sek. Menengah Teknik Hari Ini


Pemohon program ke Kolej Vokasional (KV) boleh menyemak status permohonan mereka di laman Kementerian Pendidikan Malaysia mulai pagi ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Zalihar Abdul Ghani, berkata sebanyak 17,180 tempat latihan disediakan dan pelatih yang berjaya akan ditempatkan di 80 buah KV.


Beliau berkata, pemohon yang gagal boleh membuat rayuan mulai hari ini.

“Rayuan boleh dibuat terus ke ke KV pilihan masing-masing mulai hari ini,” katanya di sini, pagi ini.

Zalihar berkata, jumlah permohonan yang diterima dari tahun ke tahun jauh melebihi kapasiti yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Syarat ke Kolej Vokasional

* Memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi Bahasa Malaysia dan sekurang-kurangnya Gred D dalam Kemahiran Hidup (PT3)

* Memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup (PS)


Rayuan :

Calon yang gagal dengan permohonan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2016 boleh mengemukakan permohonan rayuan


Permohonan rayuan itu boleh dibuat oleh calon dengan mengunjungi (walk-in) mana-mana institut yang terbabit

Menurut pemberitahuan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my berhubung dengan perkara ini, calon yang tidak berjaya ditawarkan atau calon yang tidak memohon secara online boleh membuat rayuan dan walk-in ke mana-mana institusi yang dipohon.

Info Permohonan Rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2016 

Calon boleh hadir terus ke institusi yang terlibat untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang dijadualkan.

Keputusan Rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2016 

Pemohon yang berjaya sepanjang tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi tersebut dan Keputusan serta penempatan calon rayuan adalah bergantung kepada kekosongan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan calon di institusi berkenaan.

Sesi Walk-In Permohonan Rayuan Bagi Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Bermula 27 Januari hingga 29 Februari 2016.

1 ulasan:

  1. Macam mane kalau rayuan untuk sesuatu kos still tak dapat boleh ke buat rayuan untuk kos lain ditempat yang sama

    BalasPadam

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk