Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 14 Julai 2016

Jejaka Eropah Peluk Islam Selepas Lawat Malaysia

JEJAKA kacak berketurunan Belanda-Belgium yang sudah mengembara ke 60 buah negara di seluruh dunia ini akhirnya memeluk Islam selepas tertarik dengan keindahan agama tersebut.


Michael Ruppert mengambil keputusan empat tahun lalu untuk meninggalkan rumahnya dan memenuhi impiannya untuk mengelilingi dunia dengan melihat melihat adat dan budaya masyarakat tempatan.

Dalam masa empat tahun, banyak negara yang pernah dilawatinya termasuk Malaysia, Indonesia, China, Albania dan Turki, menurut agensi berita MediaCorp Singapura baru-baru ini.

Pemuda berusia 29 tahun itu mengakui tertarik dengan ajaran Islam selepas banyak berkomunikasi dengan pelbagai masyarakat beragama Islam di sekitar Malaysia dan Indonesia.

Menurutnya, masanya banyak diluangkan bersama keluarga-keluarga angkat yang dikenalinya ketika dalam perjalanan penggembarannya itu.

Kekerapannya melihat keluarga angkat mengerjakan solat fardu lima waktu telah mencetuskan minat dalam dirinya untuk lebih mendalami agama mereka.

“Setelah saya tinggal bersama beberapa keluarga Islam di Malaysia dan Indonesia, saya mahu mengetahui lanjut dan terdapat banyak persoalan seperti apa yang mereka baca dalam Al-Quran.

“Juga apa yang mereka lakukan di masjid dan apa yang mereka rayakan semasa bercuti. Perasaan ingin tahu itulah yang membawa saya kepada Islam,” katanya dipetik Mediacorp.

Mengenai penggembaraannya ke 60 buah negara, Michael yang memulakan projek Starring You sejak 2012 akan mengirimkan poskad ciptaannya sendiri kepada mana-mana pihak yang memberikan alamat mereka kepadanya.

Projek itu ternyata berjaya mengumpul sebanyak lebih 6,000 alamat daripada pengikut setia Michael yang ingin mendapatkan sedikit ‘buah tangan’ terus daripada dirinya mengenai setiap negara yang pernah dilawatinya.

“Manusia suka menerima sesuatu yang dikirimkan kepada mereka, yang boleh mereka pegang. Jika anda bandingkannya dengan emel, sekeping poskad adalah sesuatu yang boleh anda simpan.

“Ia malah boleh dibaca semula pada masa lain. Manakala kiriman e-mel sebenarnya mudah dilupakan setelah anda habis membacanya,” kata beliau lagi.

Menerusi catatan terbaharunya di Facebook, Michael kini sedang menghabiskan percutiannya di Medan, Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk