Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 7 Julai 2015

Nur Ramadan - Bintang Singapore Idol Peluk Islam


Finalis Singapore Idol musim ketiga, Sylvia Ratonel, mengucap dua kalimah syahadah di Pusat Islam Darul Arqam, baru-baru ini.

Berdasarkan kemas kini pada akaun Instagramnya, majlis itu kemungkinan besar berlangsung pada hari Sylvia menyambut hari lahirnya yang ke-27 iaitu 14 Jun lalu.

Sylvia atau nama sebenarnya Sylvia Anne Ratonel dipercayai memilih nama Nur Sylvia Ratonel sebagai nama baru.

Ramadan kali ini juga merupakan pengalaman pertama Sylvia mengerjakan ibadah puasa.

Di samping memuat naik sekeping gambar, Sylvia mencatatkan: "Hari ini saya bermula seperti seorang bayi baru lahir. Saya berterima kasih kepada ramai orang yang saya temui sepanjang hidup saya, yang sudah membantu saya dalam perjalanan saya sehingga ke peringkat ini, dan (saya) akan terus belajar sebanyak mungkin untuk menjadi muslimah yang lebih baik dan seorang manusia yang lebih baik.

"Saya tidak dapat luahkan betapa saya bersyukur kepada sokongan yang saya ada dari teman-teman dan keluarga… Nur Sylvia Ratonel."

Nur Sylvia merupakan satu-satunya peserta wanita dalam saingan akhir Singapore Idol pada 2009 dan muncul sebagai naib juara.

Ahad, 5 Julai 2015

Jangan Persoal Etika Pemakaian Di Pejabat Kerajaan - Razali Ibrahim



MUAR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan pihak tertentu termasuk pembangkang supaya tidak mempertikaikan kod etika pemakaian di pejabat kerajaan.

Beliau berkata perkara itu tidak wajar dipersoal atau dipolitikkan kerana tujuannya untuk memastikan warga negara ini bersopan, bermoral dan berdisiplin semasa berurusan di kaunter awam.

Kod etika berpakaian sedia ada bukan ditujukan untuk mana-mana kaum tetapi terpakai kepada semua dan isu itu tidak seharusnya diperbesarkan untuk meraih publisiti atau mempunyai kepentingan tertentu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.



“Pembangkang kalau tidak bersetuju mereka boleh memperkenalkan kod etika pemakaian itu (tidak sopan) di negeri diperintah mereka. Kita mahu melihat bolehkah orang awam memakai seluar pendek untuk berurusan atau untuk bertemu ketua menteri dan menteri besar mereka,” katanya

Razali berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa wanita termasuk wartawan dihalang memasuki bangunan kerajaan kerana tidak memakai pakaian sopan baru-baru ini. 



Razali berpendapat tindakan itu adalah wajar dan sebagai cara mendidik kerana ketika ini tatacara berpakaian di pejabat kerajaan yang selaras dengan Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, masih kurang dipatuhi.

“Kalau tidak mahu mematuhi dan mengikut selera masing-masing, kita tidak mahu nanti ada yang datang ke pejabat kerajaan hanya memakai bikini atau boleh berbogel di tempat awam,” katanya.



Beliau berkata tidak wajar kod etika berpakaian dilonggarkan hanya kerana beberapa pihak enggan mematuhinya lalu membuat kecoh di media sosial sedangkan berjuta rakyat negara ini tahu menghormatinya. 

-Bernama

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk