Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 18 Oktober 2017

Setelah 7 Tahun, CUEPACS Gesa Kerajaan Beri Bonus Sebulan Setengah Bajet 2018

CUEPACS menggesa kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurangnya 1 bulan setengah gaji kepada 1.6 Juta penjawat awam di Malaysia dalam Bajet 2018 yang akan dibentang tidak lama lagi.


Sudah 7 tahun hanya menerima pemberian bantuan RM500, bonus adalah pengiktirafan majikan kepada pekerjanya. Seharusnya ia dalam jumlah yang besar, terutamanya untuk menampung perbelanjaan isi rumah, awal persekolahan anak-anak dan hal-hal kecemasan.

Tangisan Malam Pertama Isteri Selepas Tengok Alat Kelamin ‘Suami’

Kegembiraan seorang gadis yang menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya bertukar sedih pada malam pertama apabila dia mengetahui bahawa ‘suami’ yang dikahwini sebenarnya seorang wanita.

Foto: Agensi

MyNewshub yang memetik Tribunnews melaporkan kejadian berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia selepas gadis yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna, 20, mengahwini ‘teman lelakinya’ yang dikenali dengan nama Rahmat Yani, pada 17 September lalu.

Selasa, 17 Oktober 2017

Keluhan Guru Dan Ibu Bapa Menjelang Bajet 2018

Guru sekolah terpaksa mengendalikan pembelajaran dengan peruntukan kewangan yang semakin mengecil sejak beberapa tahun belakangan ini, dan berharap Bajet 2018 akan membuat peruntukan untuk menambah baik suasana pengajaran dan pembelajaran.


Mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang bakal membentangkan bajet tahunan itu di Dewan Rakyat pada 23 Oktober ini, menyampaikan berita baik supaya sekolah dapat dibekalkan alatan sewajarnya untuk kerja mereka dan untuk anak murid mendapat kemudahan yang diperlukan.

Isnin, 16 Oktober 2017

Penguatkuasa Dirasuah Sehingga RM15 Juta Sebulan Oleh Tokey Judi - PPIM

“Nilai RM10 juta hingga RM15 juta rasuah yang diberi kepada penguat kuasa sebulan bukanlah satu nilai besar.


“Jika dibandingkan pendapatan harian lebih-lebih lagi mereka turut dilindungi pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan,” kata Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan.

CUEPACS Harap Kerajaan Masukkan Elaun Bandar Dalam Bajet 2018

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk memberi elaun bulanan kepada kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar bagi membantu meringkankan beban kewangan mereka.


Presidennya, Datuk Azih Muda mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan perkara itu untuk dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2018, yang dijadualkan pada 27 Oktober ini.

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk