Perbuatan seseorang mualaf yang terpaksa berbohong mengenai penukaran agamanya kepada Islam daripada pengetahuan umum bukanlah satu kesalahan dan tidak menyebabkan mereka menjadi murtad.
Penceramah bebas Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali berkata, Islam tidak pernah memaksa seseorang mualaf untuk mengisytiharkan keimanan mereka terhadap Allah kerana pada peringkat itu iman mereka masih belum kukuh dan stabil.