Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 10 Mac 2016

Perkongsian Kenapa Perempuan Sentiasa Betul

Sudah menjadi lumrah jika seorang wanita tidak mengaku akan kesalahan kecilnya bersama pasangan yang disayanginya.

Ianya bukanlah berniat tidak baik tapi sekadar ingin mendapat perhatin dan kasih sayang daripada pasangan mereka terutamanya suami dan isteri kerana ada antara wanita yang amat suka mendapat perhatian dan lebih-lebih lagi apabila pasangannya suka mengalah.

Rabu, 9 Mac 2016

Pengambilan 25,000 Penjawat Awam Baru Diteruskan - KSN

PUTRAJAYA: Kerajaan akan tetap meneruskan pengambilan 25,000 penjawat awam baharu setiap tahun, bagi menggantikan penjawat awam yang bersara. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan akan mengekalkan jumlah 1.61 juta penjawat awam ketika ini kerana jumlah itu sesuai dengan 30 juta penduduk ketika ini. 


"Bagaimanapun, kita tidak akan mengadakan perjawatan baharu dan jika ada jawatan baharu yang diperlukan, contohnya jika ada agensi baharu ditubuhkan, penjawat awam sedia ada akan mengisi jawatan itu," katanya selepas Istiadat Penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.

Pelajar Digantung Persekolahan Kerana Muatnaik Video Memalukan

GARA-GARA memuat naik video di Facebook yang dianggap memalukan, seorang pelajar sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) Cina di Perak dihukum gantung persekolahan selama empat hari.

Menerusi salinan surat melanggar disiplin yang dikongsikan sendiri pelajar terbabit di Facebook,


SUMBER GAMBAR: Facebook Bryan Wee

Isnin, 7 Mac 2016

Hidup Daif Dalam Kebun Getah

GURUN - “Pernah suatu ketika, kami hanya beri anak-anak makan jambu dan betik selama dua hari akibat tiada wang."

Demikian pengakuan Siti Zaleha Yahya, 34, berhubung kesempitan hidup yang ditanggung menyebabkan dua anaknya, Mohd Idid Mustaqim, 11 dan Mohd Amsyar Muhaimin, 2, turut menanggung susah.

Serpihan Kedua Dipercayai Milik MH370 Ditemui‎ ‎

KUALA LUMPUR - Serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 ditemui di pulau La Reunion, milik Perancis yang terletak di Lautan Hindi, Khamis lepas, demikian dilaporkan sebuah agensi berita.

AFP melaporkan berita itu pada Ahad bahawa serpihan itu ditemui oleh Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai.

SAH.... Akhirnya Misha Omar Buat Pengakuan

KUALA LUMPUR - Penyanyi Bunga Bunga Cinta, Misha Omar, mengesahkan dirinya kini sedang hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar,34, belum bersedia untuk berkongsi usia sebenar kandungannya kerana masih di peringkat awal.

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk