Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 2 Disember 2015

Akibat Banjir 18 Ekor Buaya Terlepas Dari Zoo


Lapan belas ekor buaya terlepas dari kandang apabila sebuah zoo di Permatang Siantar, Sumatera Utara dilanda banjir akibat hujan lebat yang turun seharian.

Dalam kejadian 9 malam tadi itu kesemua buaya terbabit “bebas” keluar dari kandang apabila air yang naik setinggi tiga meter di Taman Haiwan Permatang Siantar (THPS) itu melepasi pagar kandang.

Cerita Hantu di LPT2 Masuk DUN Terengganu


Cerita hantu berkeliaran di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang mengganggu penguna sehingga mengakibatkan kemalangan mendapat perhatian kerajaan Terengganu. Dakwaan mistik itu telah dbincangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membangkitkan perkara itu. 

Sweetnya : Saya Tetap Cintakan Siti Walau Apa Yang Berlaku - Datuk K


SEMALAM industri hiburan dikejutkan dengan berita duka penyanyi No.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza disahkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menyifatkan isterinya itu sebagai insan yang kental dan tabah mengharungi ujian Allah.

Selasa, 1 Disember 2015

Ujian Kecergasan Capai "Payu Dara" Jadi Kegilaan Wanita China


Sebelum ini ujian kecergasan “Belly Button” pernah menjadi kegilaan wanita di China.

“Belly Button” ialah ujian dimana mereka perlu menyentuh pusat mereka dengan tangan kebelakang. Jika berjaya lakukannya, bermakna wanita tersebut tidak gemuk.

Surat Terbuka Bangsa Johor Buat Tuanku Sultan Isu Vape


Ampun Tuanku,

Kami rakyat, Tuanku Sultan. Tuanku kaya raya, kami miskin hina. Apa Tuanku cakap, kami kena terima. Apa kami cakap, belum tentu Tuanku terima.

Tuanku suka kereta dan Tuanku boleh beli apa saja kereta yang Tuanku suka sebab Tuanku kaya. Anakanda Tuanku punya birthday, Tuanku boleh belikan dia kapal terbang sebab Tuanku kaya raya.

KEGUGURAN - Bersabarlah Datuk Siti


Spekulasi mengenai kehamilan penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, terjawab apabila beliau mengesahkan kandungannya yang berusia dua bulan gugur. Berita sedih itu dikongsi Siti, 36, menerusi laman Instagramnya yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi. 

Sabtu, 28 November 2015

Pendedahan Bank Negara Mengenai Rakyat Malaysia Yang Membimbangkan


Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan satu statistik membimbangkan hari ini: cuma 6 peratus daripada rakyat Malaysia yang bekerja mampu untuk menyara diri bagi tempoh lebih enam bulan jika mereka tiba-tiba menganggur.

Berhentilah Budaya Mengipas - BEKERJALAH!


BEBERAPA hari lepas saya menerima satu emel daripada seorang pembaca katanya begini: Puan, tulislah tentang budaya kerja dalam sesebuah organisasi pula. Bukannya apa, selain Puan selalu tulis tentang kos sara hidup naik yang memberi tekanan kepada rakyat, suasana tempat kerja pun turut menyumbang pada tekanan. Bukankah begitu? Kadang-kadang sampai kita boleh dapat darah tinggi, sakit jantung atau silap-silap terus strok, katanya.

Jumaat, 27 November 2015

Dosa-Dosa Lampau - Tun Mahathir Terus Dikecam


Teruk Tun Dr Mahathir diperlekehkan oleh Pakatan Pembangkang. Yang terbaru ialah kenyataan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Tuduhan beliau di antaranya ialah rakyat tidak harus lupa 'dosa-dosa lampau' Tun M dan tidak harus tersilap dengan mempercayai beliau sekali lagi.

Hisap Vape Lebih Banyak Buruk Daripada Baik - Kenapa?


RIMAS dan menyesakkan dada. Itulah pengalaman yang dilalui Nur Hafizah Md. Akhir, 26, ketika menunggu hidangan juadah makan malam di sebuah restoran berhampiran kediamannya.

Rasa kurang selesa yang dialaminya bukan kerana faktor persekitaran yang dipenuhi pelanggan di restoran tersebut tetapi tindakan sekumpulan anak muda yang menghembuskan kepulan asap daripada rokok elektronik atau vape.

Khamis, 26 November 2015

Ambil Tindakan Ke Atas Muhyiddin, Tun M


Umno Bahagian Gopeng menggesa tindakan disiplin turut diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas pemecatan bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman daripada parti.

Ketuanya, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, cadangan untuk mengeluarkan Timbalan Presiden dan bekas Presiden Umno itu daripada keahliannya telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno empat bulan lalu oleh jawatankuasa bahagian itu.

5 Info Menarik Mengenai Wanita Kelantan


BARU-BARU ni, berita tentang suspek kes pukul wanita di Kelantan dalam video yang menjadi viral di media sosial, telah pun ditangkap.

Rasanya ramai wanita yang tak sanggup tengok babak-babak yang memalukan kaum wanita sendiri.

Selasa, 24 November 2015

Air Mata Darah - Kasihanilah Tun Dr Mahathir


Sebuah laman sesawang pro-Umno mentertawakan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga "keluar air mata" ekoran rungutan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu sukar mendapat tempat untuk berucap.

Dalam nada penuh sindiran penulis rencana itu berkata, air matanya hampir jatuh membaca kenyataan Dr Mahathir tetapi ia bukanlah kerana terlalu sedih, sebaliknya "terlalu geli hati membawa lawak retorik seorang negarawan ulung" yang kini diandaikan seperti pengemis politik.

Gurauan Bodoh Suami Menyebabkan Isteri Dicerai Talak 3


Setiap Perkahwinan pastinya impikan rumahtangga hingga ke akhir hayat jika boleh mahu ke Jannah. Dalam menempuhi perjalanan kehidupan rumahtangga bukannya perkara mudah banyak halangan dan ujian perlu dilalui.

Kegembiraan dalam persahabatan atau dalam setiap perkara adakalanya membuatkan kita lalai dan alpa dengan keadaan sekeliling hingga tidak sedar kegembiraan membawa malang dan malapetaka dalam rumahtangga.

Ahad, 22 November 2015

Skandal Penuhi Usaha Pemulihan MAS


Seperti sedia maklum, Malaysia Airline System (MAS) yang kini dikenali sebagai Malaysia Airline Berhad (MAB), mengalami masalah kerwangan yang tenat sejak dari awal abad ini. Masalah in ditambah pula dengan dua tragedi hitam dalam sejarah penerbangan negara dimana misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini tidak terjawab dan misteri siapakah yang menembak MH17 kekal menjadi tanda tanya.

Semuanya menuntut satu reformasi pengurusan yang cukup kompleks bagi menyelamatkan MAS dari terkubur. Harus di ingat, MAS bukan hanya sekadar syarikat penerbangan, tetapi ianya adalah legasi yang sentiasa menjadi imej negara dimata antarabangsa. Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa MAS adalah syarikat yang harus dijaga dan diwarisi oleh negara selagi Malaysia masih wujud.

Selasa, 17 November 2015

AWAS : Buku Kanak-Kanak Mempromosikan Syiah Di Pasaran


KUALA LUMPUR, 16 Nov - Orang ramai diminta membuat laporan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya mengesan penjualan buku bacaan berunsur ajaran Syiah di dalam pasaran negara.

Penolong Setiausaha Kanan bahagian tersebut, Zamihan Mat Zin berkata penerbitan buku yang mengandungi ajaran Syiah boleh menyebabkan kerosakan akidah umat Islam dan sesiapa yang menjualnya boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Rabu, 4 November 2015

e-GTukar Permohonan Pertukaran Guru 2016 Online


Cara Permohonan eGTukar Pertukaran Guru Sesi Januari 2016 secara Online. Talian permohonan kini dibuka mulai 1 September 2015 sehingga 30 September 2015.

e-GTukar Pertukaran Guru 2016 | Cara Permohonan ok? 

Calon guru yang ingin memohon urusan perpindahan atau pertukaran boleh mengemukakan permohonan menerusi Applikasi Egtukar seperti tertera dibawah. Manakala keputusan Egtukar sesi Januari 2016 akan diumumkan keluar pada 3 November 2015. Manakala semakan penempatan pertukaran pada 12 November 2015. 

e-GTutukar 2016 ok? Semakan Keputusan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2016 

Sila layari Semakan Keputusan Egtukar Januari 2016 mulai 3 November 2015. Manakala semakan penempatan pertukaran guru mulai 12 November 2015. Permohonan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2016 Sila layari: https://epgo.moe.gov.my/ mulai 1 September hingga 30 September 2015.

Mod Pertukaran Guru Sesi Januari 2016 Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) Tarikh Tutup Permohonan 30 September 2015

Kredit - Permohonan Egtukar Pertukaran Guru Sesi Januari 2016 |

Isnin, 2 November 2015

Anak Tiri Datuk Siti Selamat Kahwini Aktres Indonesia


Kuala Lumpur: Anak tiri penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Asyraf Khalid, 23, selamat diijabkabul dengan pasangannya yang juga pelakon Indonesia, Nurtria Wulandari Ariffin atau Tya Ariffin, 21, di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

Doa Selamat Menduduki Peperiksaan


Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq...

Kepada Anak-Anak/Adik-Adik/pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai hari ini didoakan semoga Allah permudahkan urusan anak-anak kalian dalam menghadapi peperiksaan. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu Ya Allah, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah diri mereka dengan rahmat-Mu agar anak-anak ini beroleh kemudahan serta kelancaran dalam menjawab semua soalan SPM serta mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiinnnn Ya Robbal alamiinnnn....

Khamis, 29 Oktober 2015

Mimpi Bertemu Rasulullah SAW - Kisah Dari Pelajar UIA

Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik... Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.

SUBHANALLAH - Kekuasaan Allah Di Tanah Suci Mekah Buat Jemaah Malaysia


Berkat Doa Di Tanah Suci, Wanita Lumpuh 5 Tahun Kembali Mampu Berjalan. Seorang jemaah haji tidak menyangka boleh berjalan semula sewaktu berada di Madinah sedangkan sebelum ini dia mengidap angin ahmar yang mengakibatkan lumpuh badan sebelah kiri sejak lima tahun lalu. 

Black Hawk Down - Saya Nak Berani Macam Bapa


SUNGAI PETANI – “Saya bertekad untuk menjadi anggota tentera yang berani seperti bapa,” demikian kata Sarjan Nor Azlinda Mat Aznan, 29.

Jurulatih Kanan Kor Perkhidmatan Am, 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Lapangan Terbang di sini berkata keberanian dan pengorbananan bapanya Koperal Mat Aznan Awang menjadi pembakar semangat baginya untuk menjadi anggota tentera yang berani dan dapat menyelesaikan misi yang ditugaskan.

Rabu, 28 Oktober 2015

Video Gay Kantoi Bercium Di Wangsa Maju


NAMPAKNYA ‘kaum nabi Luth’ bukan sahaja banyak berkeliaran di Bandar Sri Permaisuri, kini sudah merebak sehingga ke Wangsa Maju.

Baru-baru ini, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki berbadan sasa berkucup mesra ketika sedang menunggu lif di sebuah kondominium di Danau Kota, Setapak telah menjadi viral.

Rahsia Kelangsingan Gadis Korea


Kalau kita tengok selebriti Korea, pasti ramai yang menggigit jari dengan kecantikan mereka.

Bukan itu sahaja, lihat sahaja badan mereka yang langsing. Rasanya di Korea sukar untuk kita temui wanita yang berbadan gemuk.

Selasa, 27 Oktober 2015

Merempat Selepas Rumah Dilelong


Sepasang suami isteri di Taman Seri Telawi, Paroi, di sini, buntu menghitung nasib diri apabila terpaksa merempat di tempat cucian kereta kerana rumah mereka dilelong tiga minggu lalu.

Rosmazura Abd Samad, 42, bersama suaminya yang uzur, Dahalan Ahmad, 65, diarah keluar dari rumah mereka selepas tidak mampu membayar ansuran bulanan RM700 kepada bank.

Viral Gambar Siti Saleha Yang Keterlaluan Dengan Mat Saleh


Tak jadi masuk meminang,,, itulah kata pengirim email gambar-gambar Siti Saleha @ Nora Elena bersosial (berhibur) bersama rakan-rakannya... Lagi gambar memusnahkan hati lelaki dengan membaca entri ini sepenuhnya....

Maniskah Wanita Menghisap Vape?


Trend menghisap rokok elektronik ataupun ‘vape’ merupakan fenomena yang mula berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk golongan wanita.

Namun, wajarkah wanita menjadikan vape sebagai satu kebiasaan bagi mereka?

Khamis, 15 Oktober 2015

Pemuda Sabah Buat Laporan Polis Ke Atas Najib Razak


Sebuah blog "Kihampau Tohoh" hari ini menerbitkan artikel yang menceritakan bahawa beliau telah membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri berhubung isu 1MDB. Maaflah, Admin pun tak kenal siapa dia. Baca petikan tulisan beliau seperti di bawah :

KONGSIKAN : Peringatan Seorang Guru Buat Ibu Bapa Bakal Murid Tahun 1


Saat kali pertama menyekolahkan anak pastinya satu detik yang mengujakan bagi setiap yang bernama ibu bapa. Diam tak diam kalendar tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. Dalam masa 2 bulan lagi tahun akan beralih ke 2016 dan debar yang menanti semakin terasa.

Rabu, 14 Oktober 2015

Neelofa Dikecam Muatnaik Gambar "Tidak Senonoh" Dalam Gym


Muat Naik Gambar Tidak Senonoh Di Dalam Gym Neelofa Dikecam Peminat Sendiri. PERGHHH.... Memang betul betul ketat seluar neelofa ni.. tapi atas bukan main tutup lagi. tak senonoh langsung gambar bagi wanita bertudung macam ni.

Al-fatihah....Remaja OKU Adik Muhammad Firdaus Meninggal Dunia


BANGI, Rabu – Remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan terbiar di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu, disahkan meninggal dunia akibat sawan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

"Mayat" Hidup Semula Sebelum Bedah Siasat Dijalankan


Nyaris maut….seorang pesakit terselamat dari maut hanya beberapa minit sebelum bedah siasat dilakukan ke atasnya, selepas doktor yang merawatnya telah melakukan kesalahan mengisytiharkannya meninggal dunia di Mumbai.

Selasa, 13 Oktober 2015

Yuran Taska Naik Hanya Fitnah - Datuk Seri Rohani Abdul Karim


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan adanya kenaikan yuran taska tahun hadapan seperti yang disebarkan menerusi laman sosial.

Anak Mata Datuk Siti Nurhaliza Hampir Terluka


Takutnye melihat benda habuk kecil itu. Siapa sangka habuk sekecil itu bisa membuatkan anak mata penyanyi tersohor negara LUKA!!!

Seorang Demi Seorang Meninggal, Tidur Bersama Mayat Mereput


Kudrat yang ada pada Norieen Yaakob, 10, sangat terbatas membuatkan dia tidak mampu membantu menyelamatkan adiknya, Haikal, 8. Daya yang ada padanya hanyalah memerhati bagaimana insan kesayangannya itu hanyut dibawa arus deras Sungai Perias akibat tergelincir ketika cuba meneguk air di situ.

Kadar Baru Tol 8 Lebuhraya Berkuatkuasa 15 Oktober 2015


Lapan syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang hari ini mengumumkan kenaikan kadar tol antara 20 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini.

Kadar tol baharu itu membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Isnin, 12 Oktober 2015

Kisah Lelaki Bangladesh Bernama Kareem

Gambar Hiasan

Saya bertemu dengan seorang lelaki Bangladesh di Gua Musang beberapa hari yang lalu. Ketika itu saya beserta seorang rakan sedang dalam perjalanan untuk melawat sebuah perkampungan orang asli yang terletak di ceruk bukit di sempadan Pahang, Perak dan Kelantan.

Artis Baru Menangis Ketika Ditahan Polis Suspek Pengedar Dadah


“Saya bukan pengedar dadah! Ketika direman, saya menangis siang malam memikirkan kerjaya lakonan yang baru bermula mungkin hancur berkecai. Masa depan saya gelap. 

Saya bertambah sedih apabila ibu bapa di kampung terpaksa menanggung malu besar.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Tindakan Tun Mahathir Demi Mukhriz Bukan Rakyat


Kritikan Mahathir Hanya Kerana Mahu Lihat Mukhriz Jadi PM

Krisis di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan terus berpanjangan selagi Presiden Umno itu tidak disingkirkan daripada tampuk kuasa.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Bantulah Adik Nik Nur Amni Rania - Kprihatinan Anda Diperlukan


KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia setahun yang menghidap Biliary Atresia atau kegagalan fungsi hati memerlukan bantuan kira-kira RM250,000 untuk membolehkannya melakukan pembedahan hati di India.

Sampai Bila Rakyat Harus Tertipu Dengan Propaganda Licik Dan Jahat Mahathir?


Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Khamis, 8 Oktober 2015

Akhirnya Tun M Mengaku


Akhirnya Tun M mengaku bahawa pilihannya untuk menjadi calon PM jika Najib dijatuhkan adalah seorang bekas TPM .

Kalau ikut yang pernah menjawat jawatan itu ialah Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim. Tetapi disebabkan Anwar dipenjara dan tidak lagi menjadi ahli Parlimen maka Muhyiddin adalah calon pilihannya .

Rabu, 7 Oktober 2015

Akibat "Sinus", Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Hari Ini


Bermula daripada rasa pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya, Shahrol Shiro tidak menyangka bahawa beliau menghidap jangkitan sinus dan bakal menjalani pembedahan akibat daripada jangkitan tersebut di sebuah hospital swasta di Johor Bahru  hari ini.

Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena. Berikutan tidak cukup rehan, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.


Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok (hari ini).

Shahrol juga ada memuat naik sebuah foto di Instagram yang beliau bakal dibedah dan mengharapkan segala proses pembedahan berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, beliau juga memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa berehat seketika dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Penyakit sinus ni atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai resdung kalau tidak dirawat memang akan mendatangkan masalah yang lebih serius kelak. Memang rasa tidak selesa terutama sekali setiap pagi. Siapa yang ada resdung je la yang paham bukan? Apa-apa pun semoga Shahrol Shiro selamat menjalani pembedahan.

Selasa, 6 Oktober 2015

Pilot Sakit Sebelum Ajal Ketiba Pesawat Sedang Terbang


Sebuah pesawat American Airlines dengan 147 penumpang di dalamnya terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di sini pada Isnin setelah juruterbang tba-tiba jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia.

Akhbar tempatan, The New York Times melaporkan kejadian berlaku apabila kapten pesawat jenis Airbus A320 itu maut di tengah perjalanan penerbangan dari Phoenix, ibu negeri Arizona ke Boston, ibu negeri Massachusetts.

Jarak antara dua bandar raya besar itu ialah 3,687 kilometer dan ekoran tersebut, pesawat berkenaan dilaporkan terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Syracuse Hancock, iaitu sejauh 423 kilometer dari Boston.

Menurut pegawai penerbangan awam Amerika Syarikat (AS), pembantu kapten segera ambil alih tugas selepas menyedari juruterbang itu maut dan berjaya mendarat di Syracuse pukul 7.13 pagi (7.13 petang waktu Malaysia).

“Dukacita dimaklumkan bahawa juruterbang kami meninggal dunia. Kami sangat sedih dengan kejadian ini dan menyampaikan simpati terhadap keluarga kapten itu,” kata American Airlines dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun syarikat itu dan pejabat penerbangan persekutuan AS enggan mendedahkan kepada umum nama juruterbang malang penerbangan 550 tersebut atau maklumat terperinci mengenai penyakit dialami oleh mangsa.

Insiden jarang sebegini pernah menimpa seorang juruterbang yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba dan kemudian terus meninggal dunia ketika dalam penerbangan di ruang udara AS pada 2009.

Ia berlaku sewaktu pesawat Continental Airlines membawa 247 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di sini apabila kaptennya maut tanpa amaran.

Siasatan pihak berkuasa AS mendapati juruterbang pesawat itu yang berusia 60 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung, tetapi mujur pembantu kapten cepat bertindak mengambil alih kemudi kapal terbang tersebut.

Dua bulan sebelumnya, seorang penumpang mendaratkan sebuah pesawat persendirian berenjin dua di Lapangan Terbang Antarabangsa Southwest Florida di Fort Myers ekoran juruterbang maut sejurus baharu berlepas.

Penumpang tersebut, yang kebetulan memang telah dilatih sebagai juruterbang kapal terbang jenis ringan, menjadi ‘wira’ apabila dia berjaya menyelamatkan empat nyawa yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Pada Januari 2007, seorang kapten Continental Airlines untuk penerbangan 757 dari Houston, Texas ke Puerto Vallarta, Mexico, dengan membawa 210 penumpang di dalamnya, meninggal dunia setelah pesawat itu berlepas.

Penerbangan tersebut bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat setelah dilencongkan oleh pembantu juruterbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa McAllen-Miller di Texas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apabila Mufti Buat "Pusingan U" Isu Pembesar Suara


GEORGETOWN: Majlis Fatwa Negeri dan Jabatan Mufti Pulau Pinang akan mengkaji semula keputusan larangan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan serta iqamah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata pihaknya akan mengkaji semula pandangan orang ramai berhubung larangan itu, sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang tidak terlalu rigid untuk mengeluarkan keputusan berhubung larangan penggunaan pembesar suara ini. Justeru, biar pihak kami meneliti mengenainya daripada pelbagai aspek, sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Segerakan Sekolah Satu Aliran - Pakar


KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pelaksanaan sistem sekolah satu aliran perlu disegerakan jika kerajaan berhasrat mewujudkan sebuah negara bangsa dan melahirkan generasi muda yang fasih berbahasa Melayu serta mengenal erti perpaduan tanpa mempersoalkan kaum-kaum lain.

Ahli akademik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekolah satu aliran tidak akan membunuh kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia kerana bahasa ibunda kaum tertentu seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil masih boleh dipelajari dengan menjadikannya sebagai subjek pilihan di sekolah.

Sehubungan itu katanya, kerajaan sebagai pelaksana dasar perlu memanggil semua pihak untuk membincangkan keperluan tersebut dan tidak terlalu defensif serta apologetik jika diasak oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju dengan sekolah satu aliran.

“Di Malaysia, situasinya adalah agensi pelaksana terlalu bertole­ransi, memang ada kebaikan dan keburukan tetapi jika kita bercakap soal negara bangsa, de­ngan adanya sistem pelbagai aliran ini menyebabkan bahasa Melayu tidak lagi menjadi keutamaan.

“Saya percaya perbezaan kaum adalah kelebihan yang dimiliki negara kita, justeru kita boleh menggunakan kekuatan itu untuk mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati serta fasih bertutur dalam bahasa Melayu walaupun mereka daripada bangsa yang berbeza-beza,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Ridhuan mengulas ken­yataan Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang berpandangan kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memecahkan sentimen perkauman yang semakin menebal khusus dalam kalangan generasi muda.

Kok Seong dilaporkan berkata, kewujudan sekolah vernakular hanya akan memburukkan keadaan kerana berterusan melahirkan ge­nerasi yang cenderung mengamalkan polarisasi dalam kehidupan.

Sementara itu, pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, tanggungjawab untuk mewujudkan perpaduan dan menubuhkan negara bangsa terletak di bahu setiap wakil rakyat, justeru mereka perlu berhenti daripada terus berpolitik dan segera mengambil langkah yang sewajarnya menangani isu yang timbul.

“Wakil rakyat perlu berhenti berpolitik, mereka yang dipilih oleh rakyat ini sepatutnya tahu apa perlu dilakukan jika mahu menubuhkan negara bangsa dan membuat keputusan sama ada sistem yang ada kekal atau berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin berkata, peranan mendidik anak-anak untuk fasih berbahasa Melayu tidak terletak di bahu setiap guru sahaja sebaliknya masyarakat terutama ibu bapa perlu turut bertanggungjawab.

Katanya, ibu bapa daripada kaum Cina perlu menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan rakan sebaya daripada bangsa lain selepas waktu sekolah kerana ia bukan sahaja membantu mengenali antara satu sama lain malah menjadi latihan pertuturan bahasa Melayu yang berkesan.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Tips-Tips Kewangan Buat Fresh Graduate


Sempat kongsi beberapa tips dengan client saya tengahari tadi. Fresh graduate. Umur baru 21 tahun dah baru start kerja. Very good sebab bulan pertama kerja dah ambil medical card. Lagi bagus sebab ambil plan dengan Ariff Shah. haha..
Dua tahun yang lepas, saya pun macam client saya ni. Fresh graduate. Dapat kerja pun dengan gaji masih di tahap miskin bandar. Nak beli rumah pun tak mampu lagi. Setiap tahun ramai golongan macam ni. Jadi apa tips kewangan yang sesuai untuk mereka?

1. Cari Kerja Yang Dekat Dengan Tempat Tinggal

Kalau kerja jauh, kos naik. Plain and simple. So masa nak terima apa-apa job offer, pastikan dah kira kos tol, minyak untuk pergi balik kerja, termasuk masa yang diperlukan untuk ulang-alik ke tempat kerja.
Best option, tinggal di rumah parents. Dah save kat sewa rumah dan makan. Kalau terpaksa menyewa, cari yang paling dekat. Mungkin kena korbankan sikit keselesaan kalau nak tinggal dekat dengan tempat kerja pada kos yang rendah, takpe. Sabar je.. Awal-awal kerja memang kena struggle sikit.

2. Jangan Beli Kereta

graduan-muflis-kereta
Nasihat ni khas kepada yang lelaki. Elakkan beli kereta pada dua tahun pertama anda bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat untung daripada travelling claim.
Company tempat saya kerja dulu bagi claim per km agak tinggi, dekat seringgit untuk setiap km. Tu tak termasuk tol. Kerja outstation banyak. Dalam sebulan travelling claim boleh cover instalment kereta.
Kalau ikut tips pertama, tinggal dekat dengan tempat kerja, bolehlah naik motor je pergi kerja. Tak perlu kereta dah.

3. Beli Rumah Low Cost di Kawasan Panas

Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.
Tapi tak boleh main beli. Beli hanya di kawasan sewa yang hot sepertiSeksyen 7 Shah Alam, Kota Damansara dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Boleh tanya pakar seperti Abang Ensem untuk kawasan-kawasan hot yang lain. Tujuan nak beli di kawasan hot ini adalah supaya bila disewakan nanti dapatlah side income sikit daripada lebihan duit sewa selepas ditolak instalment loan bank.
Ada orang cakap kalau beli rumah low cost untuk buat investment macam menganiaya orang lain yang tak mampu beli rumah. Pada saya tak. Selagi gaji kecil dan masih dalam kategori layak, nothing wrong pun. Itu hak anda.
Yang salah adalah orang yang memang ada income banyak, tapi buat nampak macam income sikit untuk dapatkan kuota pembelian rumah low cost. Itu baru betul tak beretika.

4. Educate Yourself

golongan-muda-bankrap
Tiap-tiap tahun ada je berita pasal peratusan fresh graduate yang bankrap semakin meningkat tapi kerajaan takde pulak nak masukkan subjek perancangan kewangan kat universiti. Saya memang tak faham kenapa.
Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself.
Paling murah, cari maklumat online je. Kat blog ni saya share apa yang saya tahu dan terlintas di fikiran saya. Mungkin ada yang saya tak cover boleh request atau baca di blog lain.

5. Ambil Medical Card Sendiri

medical card
Untuk fresh graduate, bajet antara RM150 – RM200 dah cukup. Disebabkan plan medical yang saya offer ni dah ada savings account, tak perlu fikir dah pasal investment unit trust sebab pelaburan unit trust bersifat long term dan ambil medical card memang untuk long term.
Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari.
Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.

6. Get a Job as soon as Possible

Let’s say kerja anda dah menepati tips no.1 atas tadi, tapi mungkin gaji kurang sikit. Ambil je.
Sebabnya:
  • Susah nak dapat kerja. Kecuali kalau anda ada beberapa offer lain, then that’s a different story already.
  • Lagi lambat start, lagi lambat accumulate experience. Biasanya lepas setahun lebih kerja, dah cukup experience untuk jump ke position lain yang offer better salary tapi kalau first job ni pun dapat lambat, maka lambatlah dapat jump.
  • Lambat dapat kerja, caruman KWSP pun start lambat. Rugi bro.

7. Ambil Kad Kredit Hanya Selepas Setahun Bekerja

bahaya-kad-kredit
Ya, saya ada tulis pasal tips kad kredit dalam blog ni. Kalau kena gaya penggunaan, memang boleh dapat penjimatan. Tapi untuk fresh graduate, ambil kad kredit hanya selepas setahun bekerja.
Sebabnya:
  • Kalau takde kereta, pembayaran kad kredit akan dijadikan rujukan bila nak apply loan rumah nanti. Rekod pembayaran kad kredit ni penting supaya bank dapat lihat financial attitude kita samada paymaster atau kaki kumpul hutang.
  • Kalau ambil kad kredit masa awal bekerja, everytime tak cukup duit kita akan swipe. Lama-lama mendidik diri untuk sentiasa memerlukan kad kredit.
  • Kalau setahun hidup tanpa kad kredit, kita akan belajar hidup dalam kemampuan diri. Takde cash, tak belanja. Bila dah biasa kawal pembelanjaan kuranglah kecenderungan untuk terlebih belanja bila ada kad kredit nanti.

8. Buka Akaun Private Retirement Scheme

Nak dapat pulangan investment 50%? Senang je. Buka akaun Private Retirement Scheme (PRS). Akaun ni function dia sama macam KWSP iaitu sebagai tabungan persaraan. Bezanya, yang manage duit ni bukan KWSP tetapi private entiti seperti CIMB, RHB, AmInvest dan sebagainya.
Untuk fresh graduate, kalau buka akaun ni dan letak RM1,000 dalam tu, kerajaan Malaysia akan top up RM500 ke dalam akaun PRS anda. Inilah yang saya maksudkan sebagai 50% profit. hehe..
Duit free jangan dilepaskan. Bila dah cukup RM1,000 tu, bolehlah stop sebab duit dalam akaun PRS ni susah nak dikeluarkan. Buat simpanan dalam Tabung Haji atau ASB untuk tabungan kahwin atau beli rumah.
Itulah dia sedikit sebanyak tips untuk budak baru bekerja. At least dapatlah idea sikit pasal financial planning ni. Kalau berguna, sharekan artikel ni kepada rakan/keluarga.(SUMBER)

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk