Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Sabtu, 3 Oktober 2015

Tips-Tips Kewangan Buat Fresh Graduate


Sempat kongsi beberapa tips dengan client saya tengahari tadi. Fresh graduate. Umur baru 21 tahun dah baru start kerja. Very good sebab bulan pertama kerja dah ambil medical card. Lagi bagus sebab ambil plan dengan Ariff Shah. haha..
Dua tahun yang lepas, saya pun macam client saya ni. Fresh graduate. Dapat kerja pun dengan gaji masih di tahap miskin bandar. Nak beli rumah pun tak mampu lagi. Setiap tahun ramai golongan macam ni. Jadi apa tips kewangan yang sesuai untuk mereka?

1. Cari Kerja Yang Dekat Dengan Tempat Tinggal

Kalau kerja jauh, kos naik. Plain and simple. So masa nak terima apa-apa job offer, pastikan dah kira kos tol, minyak untuk pergi balik kerja, termasuk masa yang diperlukan untuk ulang-alik ke tempat kerja.
Best option, tinggal di rumah parents. Dah save kat sewa rumah dan makan. Kalau terpaksa menyewa, cari yang paling dekat. Mungkin kena korbankan sikit keselesaan kalau nak tinggal dekat dengan tempat kerja pada kos yang rendah, takpe. Sabar je.. Awal-awal kerja memang kena struggle sikit.

2. Jangan Beli Kereta

graduan-muflis-kereta
Nasihat ni khas kepada yang lelaki. Elakkan beli kereta pada dua tahun pertama anda bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat untung daripada travelling claim.
Company tempat saya kerja dulu bagi claim per km agak tinggi, dekat seringgit untuk setiap km. Tu tak termasuk tol. Kerja outstation banyak. Dalam sebulan travelling claim boleh cover instalment kereta.
Kalau ikut tips pertama, tinggal dekat dengan tempat kerja, bolehlah naik motor je pergi kerja. Tak perlu kereta dah.

3. Beli Rumah Low Cost di Kawasan Panas

Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.
Tapi tak boleh main beli. Beli hanya di kawasan sewa yang hot sepertiSeksyen 7 Shah Alam, Kota Damansara dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Boleh tanya pakar seperti Abang Ensem untuk kawasan-kawasan hot yang lain. Tujuan nak beli di kawasan hot ini adalah supaya bila disewakan nanti dapatlah side income sikit daripada lebihan duit sewa selepas ditolak instalment loan bank.
Ada orang cakap kalau beli rumah low cost untuk buat investment macam menganiaya orang lain yang tak mampu beli rumah. Pada saya tak. Selagi gaji kecil dan masih dalam kategori layak, nothing wrong pun. Itu hak anda.
Yang salah adalah orang yang memang ada income banyak, tapi buat nampak macam income sikit untuk dapatkan kuota pembelian rumah low cost. Itu baru betul tak beretika.

4. Educate Yourself

golongan-muda-bankrap
Tiap-tiap tahun ada je berita pasal peratusan fresh graduate yang bankrap semakin meningkat tapi kerajaan takde pulak nak masukkan subjek perancangan kewangan kat universiti. Saya memang tak faham kenapa.
Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself.
Paling murah, cari maklumat online je. Kat blog ni saya share apa yang saya tahu dan terlintas di fikiran saya. Mungkin ada yang saya tak cover boleh request atau baca di blog lain.

5. Ambil Medical Card Sendiri

medical card
Untuk fresh graduate, bajet antara RM150 – RM200 dah cukup. Disebabkan plan medical yang saya offer ni dah ada savings account, tak perlu fikir dah pasal investment unit trust sebab pelaburan unit trust bersifat long term dan ambil medical card memang untuk long term.
Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari.
Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.

6. Get a Job as soon as Possible

Let’s say kerja anda dah menepati tips no.1 atas tadi, tapi mungkin gaji kurang sikit. Ambil je.
Sebabnya:
  • Susah nak dapat kerja. Kecuali kalau anda ada beberapa offer lain, then that’s a different story already.
  • Lagi lambat start, lagi lambat accumulate experience. Biasanya lepas setahun lebih kerja, dah cukup experience untuk jump ke position lain yang offer better salary tapi kalau first job ni pun dapat lambat, maka lambatlah dapat jump.
  • Lambat dapat kerja, caruman KWSP pun start lambat. Rugi bro.

7. Ambil Kad Kredit Hanya Selepas Setahun Bekerja

bahaya-kad-kredit
Ya, saya ada tulis pasal tips kad kredit dalam blog ni. Kalau kena gaya penggunaan, memang boleh dapat penjimatan. Tapi untuk fresh graduate, ambil kad kredit hanya selepas setahun bekerja.
Sebabnya:
  • Kalau takde kereta, pembayaran kad kredit akan dijadikan rujukan bila nak apply loan rumah nanti. Rekod pembayaran kad kredit ni penting supaya bank dapat lihat financial attitude kita samada paymaster atau kaki kumpul hutang.
  • Kalau ambil kad kredit masa awal bekerja, everytime tak cukup duit kita akan swipe. Lama-lama mendidik diri untuk sentiasa memerlukan kad kredit.
  • Kalau setahun hidup tanpa kad kredit, kita akan belajar hidup dalam kemampuan diri. Takde cash, tak belanja. Bila dah biasa kawal pembelanjaan kuranglah kecenderungan untuk terlebih belanja bila ada kad kredit nanti.

8. Buka Akaun Private Retirement Scheme

Nak dapat pulangan investment 50%? Senang je. Buka akaun Private Retirement Scheme (PRS). Akaun ni function dia sama macam KWSP iaitu sebagai tabungan persaraan. Bezanya, yang manage duit ni bukan KWSP tetapi private entiti seperti CIMB, RHB, AmInvest dan sebagainya.
Untuk fresh graduate, kalau buka akaun ni dan letak RM1,000 dalam tu, kerajaan Malaysia akan top up RM500 ke dalam akaun PRS anda. Inilah yang saya maksudkan sebagai 50% profit. hehe..
Duit free jangan dilepaskan. Bila dah cukup RM1,000 tu, bolehlah stop sebab duit dalam akaun PRS ni susah nak dikeluarkan. Buat simpanan dalam Tabung Haji atau ASB untuk tabungan kahwin atau beli rumah.
Itulah dia sedikit sebanyak tips untuk budak baru bekerja. At least dapatlah idea sikit pasal financial planning ni. Kalau berguna, sharekan artikel ni kepada rakan/keluarga.(SUMBER)

Jumaat, 2 Oktober 2015

Peminat Kecam Gambar "Seksi" Nelydia Senrose Di Instagram


Panas Nelydia Senrose hanya pakai shortpant bersiar-siar di pekan - Status dan penampilan artis sememangnya sering menjadi perhatian peminat di laman sosial seperti Instagram, facebook dan twitter.

Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai artis wanita menggunakan platform Instagram sebagai tempat untuk berkongsi gambar-gambar mereka ketika melancong ke luar negara atau apa-apa sahaja untuk menjadi tatapan para pengikut setia masing-masing.

Kalau berkongsi foto-foto dalam keadaan posing cantik dan jelita pasti akan mendapat pujian melambung dari peminat namun jika tidak pasti akan menerima kritikan dan kecaman hebat. Mungkin itulah lumrah dunia seni hiburan di Malaysia.


Baru-baru ini, Nelydia Senrose telah berkongsi sekeping gambar hanya memakai shortpant ketika bersiar-siar di sebuah pekan menerusi laman Instagram miliknya. Pada penulis, foto tersebut nampak biasa dan tidak seksi namun ada juga peminat yang beranggapan penampilannya tidak cukup kain. Benarkah?

Memang sukar untuk memuaskan hati semua orang terutamanya penceramah-penceramah agama tidak bertauliah di luar sana. Apa sahaja yang dikongsikan pasti akan dipandang negatif dan serong.




Panduan Dan Info Membeli Rumah Pertama


Malas, takde masa atau belum rasa nak pergi seminar hartanah? Ok. Boleh baca panduan ni dulu. Saya cuba terangkan point by point dan akan kemaskini dari masa ke semasa. Harap dapat membantu golongan muda seperti anda dan saya membeli rumah, terutamanya yang belum membeli rumah la.

Yang berpengalaman kalau nampak ada kekurangan mohon tambah di ruangan komen untuk kebaikan bersama. Sebarang share ke laman sosial adalah dibenarkan. Teruskan usaha murni anda untuk berkongsi ilmu dengan rakan dan keluarga.

1. Modal – No Money No Talk

beli rumah deposit
Berapa banyak modal yang perlu ada untuk membeli rumah? Ini pecahan item yang diperlukan untuk memodalkan pembelian rumah anda.
  1. Down payment 10%. Down payment ini dipecahkan kepada dua bahagian biasanya, 3% dan kemudian 7%. 3% untuk booking, kemudian dalam tempoh masa yang ditetapkan, langsaikan 7% tu dulu.
  2. Kos perjanjian jual beli (sales & purchase agreement atau S&P) dan duti setem. Nak senang kira, kos ni dalam 3% daripada harga rumah. Kena bayar sendiri kecuali kalau beli rumah under construction, mungkin pemaju akan menanggung kos ni. Pembeli tandatangan je.
  3. Kos berkaitan pinjaman iaitu berjanjian pinjaman dan duti setem pinjaman. Yang ni boleh dimasukkan ke dalam loan. Yang ni lebih kurang dalam 2.5%.
  4. Valuation fees atau kos untuk membayar jurunilai rumah menilai harga pasaran rumah anda. Bank memerlukan jurunilai panel mereka menilai harga rumah anda dan akan memberikan loan berdasarkan nilai rumah yang diberikan oleh jurunilai tadi. Biasanya kos ini dimasukkan sekali dalam loan. Yang ni 0.25% daripada harga rumah bagi rumah.
  5. Fee agen hartanah sebanyak 2.75%. Biasanya penjual yang kena bayar. Tapi boleh jadi pembeli kena bayar. Kena pastikan benda ni dengan agen sebelum membeli.
  6. Takaful. Fungsi takaful adalah untuk memastikan rumah tersebut menjadi milik pewaris anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada anda. Ada dua jenis takaful, satu boleh dimasukkan dalam loan dan satu lagi tak boleh. Rujuk entri MLTT vs MRTT untuk penerangan penuh.
Kesimpulannya daripada di atas, modal untuk membeli rumah adalah 15 – 16% daripada harga rumah (10% deposit + 3% S&P + 2.5% loan + 0.25% valuation).
Baca bagaimana anda boleh mengurangkan risiko mengambilpersonal loan untuk pembelian rumah.

Berapa Banyak Loan Yang Boleh Saya Pohon?

Secara asasnya, 90% daripada harga belian rumah. Tapi anda boleh dapat lebih.
  1. Untuk pembeli rumah pertama, biasanya boleh mohon sebanyak 95% daripada bank dan ini bergantung kepada bank / pakej yang ada semasa memohon. 5% tu adalah untuk memodalkan kos S&P dan loan agreement.
  2. Anda boleh memohon daripada seberapa banyak bank yang anda mahukan untuk mendapatkan kadar pinjaman dan pakej yang terbaik. Syaratnya, hantarkan permohonan ini semua serentak atau dalam minggu yang sama.
  3. Kalau tak dapat 95%, anda masih boleh dapat 90% + 2.5% di mana 2.5% tadi adalah untuk kos loan agreement dan duti setem loan.
  4. Kos takaful juga boleh dimasukkan ke dalam loan dan kebiasaannya, sekiranya ambil takaful dengan bank, anda akan mendapat kadar istimewa daripada bank. Tapi tak semua bank buat macam ni. Akan diterangkan lagi di bawah.
  5. Ada bank boleh berikan renovation loan sebanyak 10% daripada harga rumah dengan kadar faedah yang menarik. Terpulang kepada keperluan anda samada nak ambil atau tidak.

Boleh Tak Saya Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Deposit Rumah?

Jawapan mudah, boleh.
Walaupun begitu, dalam kebanyakan kes anda masih perlu menyediakan wang tunai 10% untuk pembayaran deposit rumah. Tapi sekiranya anda boleh berunding dengan pemilik rumah, bayaran tunai 10% ini boleh ditangguhkan sehingga anda dapat keluarkan wang simpanan dalam KWSP tadi.
Untuk hartanah leasehold, berkemungkinan besar pemilik rumah tak sanggup tunggu. Untuk freehold, masih ada peluang.
Sila baca entri Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP Bagi Pembelian Rumah untuk maklumat lebih lanjut.

Dengan Gaji Saya, Layak Ke Dapat Pinjaman?

Ada gaji belum tentu layak dapat loan.
Setiap bank ada kriteria untuk meluluskan permohonan pinjaman. Cara paling mudah untuk mengetahui seseorang itu layak ke tak dapat pinjaman adalah berdasarkan komitmen bulanan seseorang itu selepas dapat pinjaman perumahan vs pendapatan bulanannya.
Komitmen yang biasa diambil kira ialah:
  1. Hutang kereta. Paling biasa untuk golongan muda.
  2. Hutang kad kredit. Perlu ada dalam keadaan yang terkawal. Saya akan terangkan lebih lagi nanti.
  3. Hutang personal loan. Elakkan sekeras-kerasnya.
Pendapatan yang diambil kira ialah:
  1. Gaji dan elaun tetap (dinyatakan dalam slip gaji)
  2. Bonus tahunan. Dikira berdasarkan bonus setahun dibahagikan 12 bulan.
  3. Komisen lain seperti contoh komisen takaful. Pendapatan komisen ni perlu diishtiharkan kepada LHDN dan dibayar cukai
  4. Pendapatan daripada penyewaan (dibuktikan dengan kontrak sewa).
Nak mudahkan cerita, kita kira berdasarkan gaji sahaja. Kalau ada pendapatan berlebihan nanti banker anda akan kirakan DSR.
DSR = Jumlah komitmen (Instalment bulanan rumah + instalment bulanan kereta + 5% hutang kad kredit + instalment personal loan) / Gaji bulanan x 100
Untuk kira anggaran instalment bulanan rumah, boleh kira menggunakan loan calculator yang boleh dijumpai di mana-mana laman web bank / berkaitan hartanah. Kebiasaannya, DSR yang ok untuk kelulusan pinjaman perumahan adalah <60% kalau gaji RM3000 ke bawah dan <70% kalau gaji antara RM3000 – RM6000.
Kadar yang saya nyatakan ni sebagai panduan je tapi secara asasnya macam itulah. Check dengan banker anda untuk mengetahui samada anda benar-benar layak atau tidak.

Bagaimana Pula Dengan Loan Kerajaan?

Sebelum ada yang bertanya di ruangan komen, maaf. Saya memang takde pengalaman dengan loan kerajaan. Boleh rujuk agen atau seach google untuk mereka yang tahu prosesnya.

2. Kat Mana Nak Beli Property Bagus?

lokasi beli rumah
Bagus pada saya tak semestinya bagus pada anda. Tapi saya kongsikan je apa ciri hartanah yang bagus untuk dimiliki oleh golongan muda sekarang sebagai panduan.
  1. Dekat dengan tempat kerja, lebih-lebih lagi kalau tempat kerja anda di tengah bandar. Bukan setakat anda, beribu orang lagi mencari property yang macam ni. Mudah nak jual/sewa bila anda nak pindah daripada kawasan tersebut nanti.
  2. Dekat dengan pengangkutan awam, terutamanya MRT & LRT. Lagi dekat, lagi bagus dan kalau boleh dalam jarak yang mampu dicapai dengan berjalan kaki sahaja. Kenapa? Sebab kalau ikut trend negara maju lain, hartanah yang terletak dalam walking distance dari pengangkutan awam mempunyai kadar sewa yang lebih mahal.
  3. Bukan tempat jin bertendang. Maksud saya di sini, bukan di kawasan yang tidak mempunyai perancangan bandar yang betul dan tidak mempunyai kemudahan awam yang lengkap.
Tak perlu banyak-banyak. Kalau salah satu daripada 3 point ini menepati ciri-ciri property yang anda minat, maka boleh kata betullah pilihan anda.
Yang penting kat sini adalah pembelian hartanah mestilah berdasarkan pelbagai faktor penting yang telah pertimbangkan. Antara faktor ini ialah matlamat pembelian samada pelaburan/own stay, kemudahan/keselesaan anda & keluarga anda, potensi kawasan tersebut dan kemampuan anda.
Jangan ikut bulat-bulat cakap orang atau keluarga sebab rumah beli rumah ni hutang sampai mati (kalau ditakdirkan anda pendek umur), jadi pilih betul-betul. Salah pilih nanti menyesal tak sudah.
Jadikan cadangan dan recommendation orang lain sebagai panduan sahaja.

3. Site Viewing Rumah

seksyen 7 shah alam
Berdasarkan panduan yang dinyatakan di atas dan keperluan anda, anda menjumpai hartanah yang mahukan. Tapi sebelum anda keluarkan duit walau satu sen pun kepada sesiapa, pastikan anda pergi tengok dulu hartanah yang anda minat itu.
Kenapa? Sebab iklan kat Mudah atau iProperty bertujuan untuk menjual, sudah semua yang ditulis dalam iklan baik-baik sahaja. Jangan sebab agen cakap ramai orang nak hartanah tersebut anda terus letakkan booking semata-mata tak nak bagi dapat kat orang lain.
Jadi cari masa, pergi tengok dulu hartanah tersebut. Apa yang biasanya saya akan lihat adalah:
  1. Keadaan persekitaran dan kejiranan. Siapa jiran? Kaum apa? Pelajar / pekerja / keluarga / orang asing?
  2. Parking cukup ke tak? Nak tau parking cukup ke tak senang je, tengok property tu pada waktu malam hari bekerja. Siang orang semua keluar pergi kerja.   Hartanah yang parking tak cukup adalah petanda yang kawasan tu senang dapat penyewa dan mungkin tak sesuai dengan mereka yang nak sedikit privacy.
  3. Adakah hartanah tersebut diselenggara dengan baik? Hartanah yang kita tengok tu mungkin cantik, tempat best, tapi penyelenggaraan tak bagus pun masalah jugak. Contoh penyelenggaraan tak bagus seperti bangunan nampak uzur / buruk sebab tak pernah dicat semula, rain gutter yang rosak / tersumbat (yang ni boleh nampak kalau lantai tiba-tiba ada kesan lumut atau memang nampak rain gutter dah barai), lif yang gelap dan suram dan lampu di laluan utama tak menyala.
    Anda betul-betul kena pertimbangkan semula kalau nak beli hartanah dalam keadaan macam ni. Tak best sebab maintenance fee kena bayar, tapi penyelenggaraan tak dibuat.
  4. Kemudian masuk dalam rumah. Pastikan rumah cukup sifat, mana yang sepatutnya ada pintu, kena ada pintu dan mana yang patut ada dinding, ada dinding. Saya cakap macam ni sebab ada pemilik jadikan rumah tiga bilik kepada dua bilik. Benda-benda ni kita perlu tahu.
  5. Bila semua cukup sifatnya, tengok pulak keadaan dalaman rumah. Dijaga dengan baik atau tidak, toilet tersumbat ke tak? Dinding cantik atau penuh dengan contengan anak kecil? Tiles menggelembung ke tak? Parquet floor cukup ke tak bilangan kepingan kayu tu? Point-point ini boleh digunakan untuk rundingan harga dengan pemilik. Ambil gambar mana yang patut.
  6. Kalau ada perabot/perkakas yang ‘melekat’ seperti kabin dapur, kipas siling, aircon, kabinet kasut, wardrobe pastikan samada benda-benda ni dimasukkan sekali dalam harga pembelian rumah atau tidak. Ini untuk mengelakkan anda berputih mata bila pindah masuk nanti, mula-mula ingatkan dapat aircon free, aircon pulak baru lagi, kurang setahun dipasang, pindah masuk tengok dah kena cabut.
    Kalau banyak perkakas, minta agen buatkan senarai inventori rumah yang dimasukkan sekali dalam harga belian rumah supaya kita tau apa yang kita dapat dan penjual tak ambil apa yang sepatutnya ditinggalkan.
Lepas site viewing, balik rumah dulu. Ambil masa 2-3 hari untuk berbincang dengan pasangan, keluarga, rakan yang lebih arif tentang hartanah ni. Tengok online forum sebab kalau ada sesuatu best, biasanya mesti akan ada orang komplen kat internet.
Bila semua tu dah buat dan keputusannya positif, boleh proceed ke step seterusnya.

4. Proses Membeli Rumah

Berdasarkan panduan dan keperluan, anda telah menjumpai hartanah yang bersesuaian. Anda juga mempunyai modal yang cukup untuk memulakan proses pembelian tersebut. Ini adalah langkah-langkah pembelian hartanah tersebut.
  1. Bayar earnest deposit / booking fees kepada agen hartanah atau pemilik hartanah tersebut. Sebolehnya bayar menggunakan cheque / bank draf supaya lebih selamat. Bahaya bawa cash banyak-banyak dan ada rekod rasmi kalau bayar guna cara ini.
  2. Dapatkan booking slip daripada agen atau surat daripada pemilik yang mengatakan anda telah membayar sejumlah amaun tersebut untuk membeli hartanah tersebut.Syarat penting seterusnya yang perlu dinyatakan dalam surat ini ialah wang booking ini akan dikembalikan sepenuhnya sekiranya anda gagal mendapatkan pinjaman min 90% daripada harga rumah dalam satu tempoh masa tertentu. Biasanya tempoh masa ni sebulan, ada yang dapat lebih. Kedua-dua pembeli dan pemilik / agen hartanah perlu menandatangani surat ini.
  3. Agen akan cadangkan panel lawyernya dan kalau anda mempunyai preferred lawyer (mungkin ahli keluarga) lagi senang. Lawyer firm ni nak senang kita pilih yang paling dekat dengan kita dan kalau boleh berdasarkan recommendation orang yang kita kenal. Kalau ada lebih daripada satu lawyer firm yang kita rasa ok, minta quotation daripada firm ni untuk bandingkan rate terbaik. Boleh jimat antara RM500 – RM1k kat sini.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman bank. Dokumen yang diperlukan ialah salinan IC, slip gaji 3 bulan (min. 6 bulan untuk yang dapat gaji berkomisen) salina penyata KWSP, surat pengesahan bekerja, EA form (sekiranya ada) dan dokumen sokongan lain seperti slip Fixed Deposit atau salinan muka surat terkini ASB/Tabung Haji/penyata unit trust.
  5. Hantarkan permohonan ke sekurang-kurangnya dua buah bank. Kalau anda gunakan perkhidmatan loan broker lebih mudah, tetapi kebiasaannya akan terdapat syarat tersembunyi kalau berurusan dengan mereka. Contoh syarat tersembunyi seperti anda perlu mengambil MLTT daripada mereka atau menggunakan panel lawyer mereka.Kalau anda jenis tak kisah pasal perkara ni, tak mengapa. Disebabkan mana-mana bank pun sekarang ni ada produk Islamik, gunakanlah loan yang Islamik ya. Niatkan kita nak pilih yang halal supaya lebih berkat.
  6. Dalam masa seminggu dua, anda akan mendapat jawapan daripada bank-bank ini. Tunggu sehingga anda dapat jawapan daripada kesemua bank dan kalau tempoh masa tak mengizinkan, seminggu sebelum tamat tempoh masa tu, minta extension. Biasanya pemilik rumah boleh bagi sebab dia pun malas nak tunggu cari prospek pembeli lain.
  7. Pilih pakej pinjaman terbaik. Secara asasnya, pakej terbaik untuk pembeli rumah pertama adalah yang memberikan pinjaman paling banyak untuk tempoh masa paling lama pada kadar keuntungan paling rendah. Ada pakej yang mungkin tak dimasukkan sekali kos untuk lawyer tadi, boleh minta untuk dimasukkan. Ada bank yang fleksibel, walaupun surat tawaran pinjaman dah keluar, kita masih boleh minta untuk masukkan itu ini dan mereka akan keluarkan surat baru. Tandatangan surat tawaran perjanjian.
  8. Lepas sign surat tawaran, inform lawyer firm pilihan kita untuk siapkan S&P. Kemudian, inform agen/owner yang kita dah ada pinjaman dan bayar 7% tadi kepada agen/owner.
  9. Tandatangan S&P.
  10. Dari sini lawyer akan menguruskan segala-galanya bagi pihak anda. Bagi hartanah leasehold, memang akan masa lama sikit sebab memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Sebulan lebih jugaklah nak tunggu, kalau ada cuti banyak, lagi lama. Untuk hartanah freehold, proses pertukaran nama ni straight forward. Untuk hartanah yang masih dalam pembinaan, tunggulah sehingga hartanah anda siap baru boleh cerita.
  11. Bila urusan dah nak selesai, lawyer akan mula meminta pembayaran yuran dan duti setem rumah. Kena siap sedia untuk menghadapi saat ini sebab kalau tak bayar, transaksi tak boleh diteruskan. Bagi pembelian subsale yang ada lebihan daripada loan, boleh minta lawyer untuk kontra-kan terus bayaran tadi.
    Selain itu, yuran guaman + duti setem untuk surat perjanjian pinjaman mungkin tidak mencukupi dan anda mungkin kena tambah sikit duit sendiri. Untuk mengelakkan daripada ini berlaku, minta quotation awal-awal lepas sign S&P supaya tak terkejut kalau mereka minta pembayaran.
  12. Untuk yang membeli rumah yang masih dalam pembinaan, anda perlu membayar interest terhadap progress payment yang telah dikeluarkan oleh bank kepada pemaju. Jangan terkejut pula kalau kadar bayaran ni semakin lama semakin meningkat kerana ia dikira berdasarkan berapa banyak pembayaran (progress payment) yang telah dilakukan oleh bank kepada pemaju.
  13. Bila semua dah selesai, lawyer akan panggil untuk tandatangan dokumen penyerahan. Biasanya lawyer akan berikan sekali salinan bil utiliti terakhir yang telah dilangsaikan oleh pemilik sebelumnya. Apa yang anda perlu periksa adalah untuk memastikan tiada tunggakan pada semua bil (elektrik, air dan kumbahan) serta maintenance fee. Kalau ada tunggakan, tuntut cepat-cepat. Lagi lama tunggu, lagi susah nak tuntut balik.
  14. Bawa dokumen S&P tadi bila nak tukarkan nama pada bil utiliti.
panduan beli rumah pertama
Membeli rumah ni perlu perancangan yang rapi, terutamanya rumah pertama. Sekurang-kurangnya setahun sebelum membeli anda perlu bersedia dari segi mental, kewangan dan pengetahuan untuk membeli rumah pertama. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerugian kalau tersilap langkah.
Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa ikut kerajinan saya. Bookmark supaya anda boleh rujuk semula pada bila-bila masa. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel 2000+ patah perkataan ni.
Kalau ada yang tersilap / outdated, maaflah. Saya bukanlah pakar hartanah. Yang dikongsikan di sini adalah berdasarkan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang dicedok sana sini. (SUMBER)

Khamis, 1 Oktober 2015

Khasiat Kopi Yang Memeranjatkan


HARI kopi antarabangsa disambut pada 29 September setiap tahun.

Banyak kebaikan minuman berkafein ini sekiranya anda merupakan peminum tegarnya.

Nak tahu kebaikannya, jom semak!

1. Meningkatkan kualiti kehidupan seks anda

Satu kajian menunjukkan lelaki yang minum dua atau tiga cawan kopi sehari mampu memberikan ereksi tahan lama ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya.

2. Baunya yang sangat sedap

Ada sebabnya kenapa wujud frasa ‘wake up and smell the coffee. Dari jauh anda sudah boleh bau harum kopi. Kaya dengan aromanya, minum kopi membuatkan anda tidak mudah mengantuk. Cubalah!

3. Baik untuk jantung

Satu kajian yang dilakukan pada 2006 menunjukkan individu yang minum kopi 20 peratus kurang mendapat penyakit kegagalan hati, seperti mana yang sering dialami orang yang ketagih alkohol.

4. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer

Menerusi kajian saintifik juga terbukti bahawa peminum kopi tegar kurang mendapat risiko penyakit mudah lupa atau Alzheimer yang sering kala dikaitkan dengan warga emas.

5. Menjadi seorang atlit yang cemerlang

Merancang menyertai larian marathon minggu ini? Jangan lupa ambil dos secawan kopi sebelum memulakan larian. Menurut laporan New York Times, dengan mengambil secawan kopi sebelum melakukan senaman, anda mampu memberikan prestasi sukan yang terbaik memandangkan kopi bertindak membakar lemak yang terdapat dalam badan.

6. Kopi menjadikan kita lebih bahagia

Kopi boleh menjadikan kita individu yang lebih bahagia. Menurut Akademi Neurologi Amerika Syarikat, kekerapan mengambil kopi boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit kemurungan. 

– MYNEWSHUB.CC

Pembesar Suara Hanya Untuk Azan Dan Iqamat Sahaja Di Pulau Pinang


GEORGETOWN - Selepas ini pembesar suara di bahagian luar masjid dan surau di Pulau Pinang hanya boleh digunakan untuk azan dan iqamat.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri pada 1 dan 2 Julai lalu dan disahkan sekali lagi menerusi mesyuarat sama pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selari dengan hasil mesyuarat sama pada 7 April 2011 berhubung larangan membaca al-Quran sebelum waktu subuh menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau.

Bagaimanapun, keputusan itu ditambah baik dengan memasukkan larangan bagi semua program di masjid dan surau seperti qiamullail, solat tahajud, kuliah, mesyuarat dan sebagainya yang hanya dibenarkan menggunakan pembesar suara di bahagian dalam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas dipertimbangkan dari pelbagai sudut.

Menurutnya, isu berkenaan dibangkitkan selepas pihaknya menerima beberapa aduan dari masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan pembesar suara di luar masjid serta surau yang dipasang terlalu kuat.

"Persekitaran hidup umat Islam hari ini juga sudah berubah dengan ramai yang tinggal di kawasan perumahan dengan jarak sangat hampir dengan masjid.

“Jika kita ingin beribadat, tidaklah sewajarnya kita mengganggu orang lain,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, surat perkeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti neger ikepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAINPP) bertarikh 1 September lalu menjadi viral di laman sosial.

Kebanyakan pengguna laman sosial tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan selain mendakwa keputusan itu dipengaruhi desakan politik.

Wan Salim berkata, JHEAINPP akan memanggil ahli jawatankuasa dan pegawai masjid di seluruh negeri ini untuk sesi penerangan mengenai larangan tersebut.

Menurutnya, usaha itu perlu bagi membolehkan mereka menjelaskan kepada masyarakat Islam di kariah masing-masing.

“Semoga dengan cara ini, isu itu tidak disalahfaham oleh orang ramai dan tidak menimbulkan kekecohan yang berpanjangan,” katanya - Sinar Harian

Awasi Pemilihan Makanan Mengandungi Lemak Babi


Bantu Sebarkan Untuk Info Umat Islam....Tolong Share

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:

-Minyak masak lam soon (cap helang & buruh)
-Ubat pearl cream arche (thailand)
-Ajinomoto (thailand)
-Ais krim harga rm1.00 ke atas
-Semua tauhu buatan orang cina
-Sabun luv & lotion badan buatan malaysia usa thailand
-Sabun FAB berbuku
-Lobak jeruk
-Mee & kueteow basah buatan cina
-Krim muka hazeline show
-Semua jenis serbuk mee segera terutama MAGGI
-Pucuk,kulit popia,fish cake,bebola ikan buatan orang cina
-Daging burger import
-Sardin,kari ayam dalam tin & yong taufu buatan orang cina
-Kasut bola jenis gold cup
-Berus gigi jenis reach
-Mee kering (sanggol)
-Semua sabun mandi yang diimport (yang berminyak selepas dibasuh)
-Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 jalan kuchai lama kl
-semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam
-Have pearl cream
-Ramuan kentucky fried chicken & mc donald
-Beehon segera siam
-Mee rebus tulang & kiub perasa ayam


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL:

-Dairy milk coklat
-Coklat cadbury/ chewing gum
-Sugus strawberry
-Passer doily mixture
-Trebo mint chewing gum / peppermint
-Scothes vikmin
-Share extra atrenght
-Black current jelly
-Royal gulaman & decarl oranges
-Valvis gelatin
-Sarung kapsul ubat
-Ais krim dalam bekas plastik
-Gula gula fruities
-Cake met- vilber funch
-Coklat cake
-Tepung kastard lady's choice
-Semua jenis jelly dan gincu bibir
-Keseluruhan jenis sheisedo
-Lady's choice jelly


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL 

-Barangan avon keseluruhannya
-Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord
-Minyak rambut brylcream (hijau)
-Racun serangga jenis spray seperti sheltox,baygon,mortin
-Seluruh ubat batuk jenis sirap
-Keseluruhan ball pen dakwat kering
-Tonik baby grape water,tonik waterberry compaund, minyak yuyi
-pringles potato chips

Kami dalam keresahan memohon maaf atas kelewatan memberitahu perkara di atas, pastikan pakaian anda tidak terkena bahan bahan diatas terutama pakaian sembahyang.


TOLONG Sebarkan Info INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA

Amaran oleh kerajaan malaysia berhati-Hati sebelum makan.

Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide) 

*E100 *E110 *E120 *E140 *E141 *E153 *E210 *E213 *E214 *E216
*E234 *E252 *E270 *E280 *E325 *E326 *E327 *E334 *E335 *E336 *E337 *E422 *E430 *E431 *E432 *E433 *E434 *E435 *E436 *E440 *E470 *E471 *E472 *E473 *E474 *E475 *E476 *E477 *E478 *E140 *E481 *E482 *E483 *E491 *E492 *E493 *E494 *E495 *E542 *E570 *E572 *E631 *E635 *E904

*babi sudah jelas haramnya. Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :

1.Shampoo dan facial DOVE 2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS 


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.

PERHATIAN :

Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/ Sekian wassalam.

HARAP DIHEBAHKAN

SUMBER

Rabu, 30 September 2015

JAIP VS DAP - Antara Maruah Agama dan Perjuangan Politik


Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diminta tidak apologetik dalam mempertahankan teks khutbah Aidiladha yang dikatakan mendakwa DAP sebagai menentang Islam.

Sambil memberikan sokongan moral kepada JAIP, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid yakin, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman mempunyai asas yang kukuh dalam mempertahankan teks khutbah tersebut.

Mohd. Tamyes juga berkata, kebenaran bakal terbukti menyebelahi pihak JAIP sekiranya isu tersebut diheret ke mahkamah, selagi kan­dungan teks ucapan itu berlandaskan ajaran Islam.

“Saya percaya tindakan mempertahankan kandungan khutbah tersebut mempunyai bukti asas yang kuat dan berharap, mudah-mudahan jika isu ini diheret ke mahkamah, ia akan menyebelahi pihak yang benar.

“Isu ini melibatkan agama dan wajib bagi kita sebagai umat Islam mempertahankan agamanya daripada dipermainkan oleh pihak bukan Islam. Tidak kiralah pihak yang membantah mewakilkannya kepada orang Islam sekali pun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman semalam yang tidak gentar dengan ancaman DAP mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihaknya kerana khutbah Aidiladha berkenaan.

Menurutnya, khutbah tersebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.

Sebelum ini, DAP melalui Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari sehingga esok untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sekiranya semua pihak mempunyai rasa hormat kepada institusi keagamaan, pastinya isu berhubung khutbah tersebut tidak berbangkit.

Kata beliau, ini memandangkan institusi keagamaan di negara ini yang salah satunya adalah jabatan mufti negeri sememangnya mempunyai tanggungjawab untuk memberi pandangan kepada umat Islam.

“Khutbah adalah medium dakwah menyedarkan Islam, kalau ada pihak ingin mengheret ke mahkamah berhubung isu kandungannya, terpulanglah. Tetapi penghormatan terhadap institusi keagamaan itu perlu datangnya daripada orang Islam sendiri. Kalau ada yang mencabarnya, saya berasa kesal.

“Institusi agama bukan untuk agenda politik tetapi menyedarkan umat Islam, kita tiada kepentingan politik. Kalau orang Islam sendiri tidak hormat institusi terbabit, bagaimana bukan Islam akan menghormatinya,” katanya.

Mufti Melaka, Datuk Dr. Mohd. Mohadis Yasin turut menyatakan sokongan terhadap Abdul Rahman yang bertegas dan tidak gentar dengan tekanan yang diberikan DAP terhadap JAIP itu.

Menurut Mohd. Mohadis, isu yang membabitkan maruah agama Islam wajar dipertahankan kerana isi kandungan khutbah yang disampaikan itu bertujuan memberi peringatan kepada umatnya dan seharusnya tidak dipersoalkan.

“Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersatu mempertahankan perihal berkaitan agama kita dan bagi saya amat tidak wajar ada pihak lain yang cuba mempersoalkan tentang isi kandungan khutbah itu, apatah lagi ia melibatkan parti politik.

“Agak menyedihkan juga apabila individu yang mempersoalkan isu ini juga merupakan umat Islam tetapi hanya kerana disebabkan berbeza fahaman politik, isi kandungan khutbah itu dijadikan modal untuk dijadikan ancaman atau ugutan,” katanya.

Perkara sama turut diluahkan Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah yang berpendapat mufti adalah tokoh penting dalam hierarki masyarakat Islam dalam memimpin ke arah menjalani hidup selaras dengan tuntutan dan kehendak syariat agama.

Justeru, katanya tidak seharusnya umat Islam termasuk kerajaan memberi peluang atau tunduk sebaliknya bersatu-padu serta tidak sesekali menyerah kalah berhubung isu tersebut.

“Saya sudah hilang sabar dengan provokasi berterusan daripada kelompok tertentu ini. Mereka tidak sepatutnya mengganggu urusan melibatkan kesucian agama Islam seperti mana yang mereka lakukan kepada hukum hudud.

“Tidak harus ada toleransi atau kompromi dalam mempertahankan kesucian agama Islam, justeru saya menggesa semua umat Islam untuk bersatu dalam hal ini,” katanya.

- Utusan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk