Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 16 Februari 2018

Kerja Pejabat Dan 5 Perkara Yang Sinonim Dengannya

BAGI ramai di antara kita yang berkerjaya, PEJABAT umpama rumah kedua.

Akan tetapi, pasti ada sahaja ujian dan cabaran yang dihadapi golongan ini dalam memastikan produktiviti kerja mereka terus meningkat.

Berikut merupakan 5 PERKARA REALITI yang sering dikaitkan dengan KERJA PEJABAT.


1. SINDROM 'MONDAY BLUES'

Adakah anda biasa dengar rakan-rakan mengadu dan merungut tentang kemalasan mereka bekerja pada hari Isnin?

Khamis, 15 Februari 2018

Penjelasan JPA Isu PTD Hanya Untuk Graduan Kelas Pertama

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan laporan bahawa hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja yang ditawarkan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini JPA berkata, syarat perlantikan jawatan PTD masih kekal seperti yang ditetapkan dalam syarat skim perkhidmatan, dan terbuka kepada semua graduan berkelayakan.

Nur Sajat Dedah Identiti Sebenar Kepada JAKIM?

Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mendedahkan beliau telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pendedahan ini dibuat pada pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, 16 Januari lalu.



“Saya dah dedahkan mengenai identiti sebenar saya kepada Dr Izwan dalam pertemuan terdahulu.

“Ibu bapa saya juga telah memberi keterangan mengenai identiti saya kepada dia,” katanya kepada mStar Online, Rabu.

Rabu, 14 Februari 2018

HANYA GRADUAN KELAS PERTAMA TAJAAN JPA DITAWAR PTD


SERDANG - Hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam bagi sesi pengambilan Julai dan Ogos ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk