Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 25 Julai 2016

Luahan Madu Adira Mendapat Perhatian Netizen

Bermadu itu bukanlah perkara mudah. Orang mungkin boleh berkata macam-macam tapi hanya orang yang melaluinya tahu bagaimana pedihnya hidup bermadu. 


Baru-baru ini kecoh mengenai penyebaran video mesra suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red dengan pelakon Ruhainies. 

Salah Guna Nama, Saya Dijadikan Kambing Hitam - Adlin Aman Ramli

SEBELUM ini, Adlin Aman Ramli telah ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan dengan kes penipuan pelaburan hartanah melibatkan wang berjumlah hampir RM500,000.00 dan dia telah dibebaskan dengan ikat jamin pada Sabtu lalu.

Sabtu, 23 Julai 2016

The Sun Dikutuk Sebab Kritik Pembaca Berita Berhijab

LONDON – Pertubuhan Standard Media Bebas (IPSO) menerima lebih 1,400 aduan susulan komen biadap wartawan kanan akhbar mengkritik penyampai berita berhijab ketika melaporkan insiden di Nice.

Kelvin MacKenzie yang juga bekas ketua pengarang The Sun mempersoal kewajaran Fatima Manji, dipilih membaca berita di stesen Channel 4, mengenai serangan maut meragut puluhan nyawa di bandar Perancis itu 14 Julai lalu.

Jumaat, 22 Julai 2016

Yuna Kecewa Dipanggil "Sampah" Oleh Bangsa Sendiri

Setelah dikritik sesetengah pihak gara-gara memeluk Usher dalam satu persembahan pentas, Yuna meluahkan rasa terkilannya tentang bagaimana mudah dia dihakimi oleh sebilangan rakyat Malaysia.

Lebih mengecewakan, ‘penghakiman’ datangnya daripada bangsanya sendiri. Yuna mencipta nama di luar negara dan terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dari bangsa asing nyata bukan masalah utama bagi penyanyi Yuna. Sebaliknya, penerimaan bangsa sendiri terhadap pendirian dan caranya itu adalah ujian paling besar buatnya.

Wanita Pengasas Produk Kosmetik Ditahan AADK Ambil Dadah

BACHOK – Seramai 24 lelaki dan seorang wanita yang mendakwa dirinya pengasas produk kosmetik ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok dalam operasi dijalankan di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Bachok, Muhamad Rostam Mohd Aluwi berkata, daripada tangkapan itu, 16 suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Khamis, 14 Julai 2016

Jejaka Eropah Peluk Islam Selepas Lawat Malaysia

JEJAKA kacak berketurunan Belanda-Belgium yang sudah mengembara ke 60 buah negara di seluruh dunia ini akhirnya memeluk Islam selepas tertarik dengan keindahan agama tersebut.

Jumaat, 24 Jun 2016

Penafian Coca-Cola Minuman Euro 2016 Mengandungi Alkohol

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Nafi....... Coca-Cola Malaysia hari ini menafikan dakwaan bahawa Coca-Cola botol aluminium Edisi Terhad UEFA Euro 2016 yang dijual di kedai-kedai terpilih di negara ini mengandungi alkohol.


Ia berkata walaupun Coca-Coca botol aluminium edisi terhad tidak dikeluarkan di Malaysia dan diimport dari Eropah, "bahan-bahan dan proses pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran minuman Coca-Cola dikawal ketat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di lebih 200 negara yang secara konsisten mengiktiraf minuman itu sebagai produk tanpa alkohol.

Selasa, 14 Jun 2016

Acappan Berhak Sorok, Rakan Dilarang Dedah Pengislaman Mualaf

Perbuatan seseorang mualaf yang terpaksa berbohong mengenai penukaran agamanya kepada Islam daripada pengetahuan umum bukanlah satu kesalahan dan tidak menyebabkan mereka menjadi murtad.


Penceramah bebas Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali berkata, Islam tidak pernah memaksa seseorang mualaf untuk mengisytiharkan keimanan mereka terhadap Allah kerana pada peringkat itu iman mereka masih belum kukuh dan stabil.

Khamis, 26 Mei 2016

Nota Buat Mereka Yang "Suka Perli" Pasangan Di Media Sosial

Jadi fenomena di media sosial zaman sekarang, budaya yang amat membimbangkan apabila isteri suka menyindir kelemahan suami dalam Facebook, suami tak mahu kalah mendedahkan aib isteri dalam Twitter. Anak-anak mereka pula mencarut dalam Instagram, sungguh amat memalukan!


Kadang-kadang apa yang kita tulis sebenarnya mahu menegur pasangan orang lain tetapi setiap orang yang membaca tulisan itu telah menyangka ada ‘sesuatu’ terjadi dalam perkahwinan kita. Aib dan cela bukan untuk didedah, kalaupun mahu memberi nasihat gunakan perkataan yang lembut, kiasan yang menyentuh hati, perumpamaan yang menginsafkan diri bukan tohmahan yang menambah lagi perbalahan.

Rabu, 25 Mei 2016

Menangani Wanita Yang "Kepoh" Masalahnya Di Media Sosial

Lelaki biasanya tidak suka menunjukkan perasaan mereka. Apatah lagi, meluahkan apa yang mereka rasa. Tidak kiralah kepada rakan rapat, adik beradik, mahupun sesiapa jua. Mereka lebih bersikap memendam dan melupakan sahaja. Yang lebih suka bercerita, meluah rasa hati adalah perempuan.


Paling dahsyat mereka ini tanpa segan silu memberitahu satu dunia mengenai emosi mereka terhadap pasangan di status Facebook(FB). Beratus like dan berpuluh komen yang diterima. Lelaki? Diam dan terus mendiam. Adakah itu jalan terbaik apabila berdepan dengan pasangan kaki ‘up’ status di laman Facebook. Duhai lelaki, lakukan ini andai anda berdepan dengan pasangan begini:

Selasa, 24 Mei 2016

"Menu Gajah" - TMJ Kata "Hanya Suka-Suka"

JOHOR BAHRU - “Tiada apa-apa tujuan secara peribadi,” jelas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penyiaran gambarnya diberi hidangan gajah.

Pelbagai reaksi diterima, namun Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui ia sekadar suka-suka untuk rakannya iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang.


“Apabila ia berlaku kepada kami terutama apabila kami kalah, semua orang turut sama-sama bergabung dan menjadikan kami bahan jenaka mereka.

Pasangan Muatnaik Gambar "Memualkan" Selepas Projek

Ish! Gambar apa tu weiiii?? Miss nak breakfast pun terbantut lah, hilang terus selera nak makan selepas melihat gambar menjijkkan tu! Apa jadahnya pagi-pagi dok ‘sajikan’ gambar tak senonoh macam tu di laman sosial.. Pasangan gila mana lah dok buat gila awal pagi ni, hah??

Akibat Tegur Gambar Shaarnaz Ahmad, Intan Suraya "Dihentam" Netizen

Pengacara Intan Suraya menjelaskan komen yang dilayangkan pada foto Sharnaaz bersama pasangannya, Nabila di laman Instagram, bukan bermaksud menegur pelakon itu.

Intan berkata, dia tidak berniat memburukkan mana-mana pihak sebaliknya seronok melihat Sharnaaz dan Nabila yang tampak mesra.


Lantas, melihat foto itu, Intan terus bertanya apakah mereka sudah berkahwin.

Selasa, 3 Mei 2016

Pendapatan Cecah RM600 Ribu Buat Caliph Buskers

Jika sebelum ini timbul khabar angin yang mengatakan bahawa bayaran yang diterima Caliph Buskers ketika membuat persembahan adalah sedikit malah pihak KRU turut terkena tempias yang sama.


Melalui Kosmo! Online, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Rizal Sahimy menjelaskan bahawa Caliph Buskers memang bergerak secara sendirian dan bukan diuruskan sepenuhnya oleh KRU Music kerana kontrak yang terjalin antara mereka hanyalah secara eksklusif bagi rakaman muzik sahaja.

Isnin, 2 Mei 2016

Biar Dikutuk Asal Poket Tebal - Aliff Syukri

Kehadiran iklan dan juga cara pemasaran oleh Aliff Syukri tidak dinafikan mengundang pelbagai reaksi berbaur peminat namun bagi dirinya, apa yang dilakukan adalah demi kelangsungan hidup dan juga jenama kosmetik yang dibawanya.


Anak Nora Dah Nak Adik Baru

PELAKON Nora Danish yang sedang hangat dilamun cinta dengan Nedim Nazri mengakui anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, 7, mengimpikan adik baharu.


Menurut aktres comel itu, Rayqal sudah lama teringin mempunyai adik baharu lebih-lebih lagi adik perempuan bagi menceriakan kehidupannya.

Gaji Minimum Termasuk Swasta Kuatkuasa 1 Julai

PUTRAJAYA: Tarikh kuat kuasa Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) adalah mulai 1 Julai ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, berkata PGM 2016 mengekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik seperti terkandung dalam PGM 2012. 


Jumaat, 29 April 2016

Sukakan Bau Dorong Lelaki Curi Kasut Wanita

SEORANG lelaki dari Hubei, China mempunyai satu tabiat yang pelik iaitu sukakan bau yang ada pada kasut wanita.

Menurut sebuah portal China, lelaki yang dikenali sebagai Yang itu ditahan selepas mencuri 160 pasang kasut wanita disamping beberapa pakaian dalam dan barangan kepunyaan pekerja wanita yang bekerja di sebuah syarikat berhampiran tempat lelaki itu tinggal.


Isnin, 25 April 2016

Anak Kambing Berwajah Pelik Gemparkan Kota Tinggi, Johor

Apakah petanda? Apakah petunjuk di sebalik kejadian ini? Bangkai seekor anak kambing berwajah pelik telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Anak kambing itu milik peneroka Felda, Ibrahim Basir yang enggan menerima tawaran wang daripada individu yang berminat untuk membeli bangkai bintang berwajah pelik itu.


Sebaliknya, peneroka berusia 63 tahun itu membuat keputusan untuk menyerahkan bangkai tersebut kepada jabatan berkenaan bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan mengenai penemuan ganjil itu.

Khamis, 14 April 2016

Gambar "Luc@h" Mira Filzah Kini Viral, Dikecam Peminat

Terkejut dan tergaman melihat gambar berbaur lucah pelakon Mira Filzah. Gambar tersebut menunjukkan aktres baru meningkat naik itu menjilat jeli berbentuk kemaluan lelaki. 

Memetik sumber Astro Gempak, gambar itu kini sedang disebarkan menerusi Whatsapp. Melihatkan kepada gambar tersebut, ianya diambil semasa majlis sambutan hari lahir Mira pada awal bulan ini.


Vivian Diarah Bela Diri Kes Persenda Umat Islam

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan Vivian Lee May Ling yang merupakan bekas teman wanita blogger kontroversi, Alvin Tan untuk membela diri atas pertuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan tiga tahun lalu.


Hakim Abdul Rashid Daud memerintahkan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Kerajaan Dubai Fatwakan Haram "Curi" Wifi Orang Lain

Kalau di Malaysia, curi Wifi orang lain tu dah jadi perkara biasa sampai owner nak kena tukar password banyak kali. Tapi tak ada undang-undang untuk si pencuri WiFi.

Tapi berbeza di Dubai sebab memang akan rasa berdosa sangat kalau nak curi WiFi orang lain.


Sabtu, 9 April 2016

Mualaf Kongsi Kisah Disuruh Murtad Setiap Minggu Oleh Orang Islam

Sejak memeluk Islam pada 17 tahun yang lalu, boleh dikatakan hampir setiap minggu aku menerima message yang menyuruh aku murtad. Mereka, si penghantar bukanlah dari kalangan agama lain, tetapi dari agama Islam sendiri. Seolah-olah kedatangan aku memeluk Islam tidak diterima oleh mereka.

Jika kamu mempertikaikan niat aku memeluk Islam, tak mungkin aku di sini sebagai muslim selama 17 tahun. Tak mungkin kini aku mampu menjadi Al-Hafiz! Tak mungkin aku berada di sini menceritakan tentang indahnya Islam!

Jumaat, 8 April 2016

Eiii.... Ayam Pedas Berulat Sampah Di Kantin Sekolah

PETALING JAYA: Lagi kes keracunan makanan!

Kali ini membabitkan hampir 30 murid perempuan di sebuah sekolah kebangsaan di Kota Bharu yang mengadu sakit perut, loya, muntah dan cirit-birit selepas makan nasi ayam berlauk pedas.


“Ketika sedang makan saya dapat merasakan lauk masih sejuk seperti baru dikeluarkan dari peti ais. Walaupun pada mulanya tidak merasa apa-apa, tetapi sedang saya makan ayam, saya ternampak ulat sampah dan terus berhenti makan isi ayam itu,” kata seorang murid tahun enam, Nurul Eimie Shafiqah Mohd Hoiri, 12 mengenang kejadian pada waktu rehat pukul 10.30 pagi semalam.

Pelajar Gay Dan Murtad Malaysia Diberi Status Pelarian Oleh Kanada

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kanada memberi taraf pelarian kepada seorang pelajar Malaysia yang secara terbuka mengakui dirinya homoseksual dan ateis.

Keputusan itu dibuat panel Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada dalam sesi pendengaran selama 20 minit, semalam.

Jom Rebut Peluang Miliki Rumah Pertama Dengan MyDeposit

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kini dilancarkan dan mula dilaksanakan.


Kenyataan Akhbar Dan Borang Permohonan MyDeposit

KENYATAAN AKHBAR
YAB PERDANA MENTERI
MESYUARAT MAJLIS PERUMAHAN NEGARA

Khamis, 7 April 2016

Ustaz Pukul Pelajar Dengan Kerusi Sehingga Patah Tangan

BALING 6 April – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dia dipukul seorang guru agama sehingga tangan kanannya cedera, kelmarin.

Mangsa, Farah Izzati Mohd. Rohaizad, 13, patah tangan kanan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu dan mendapat cuti sakit selama sebulan.

MAS Tawar "Beli 1, Percuma 1" Untuk "1st Claas", "Business Class"

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menawarkan promosi ‘Beli Satu Dapat Satu Percuma’ apabila pelanggan membeli tiket kelas pertama atau perniagaan mulai hari ini hingga 18 April, 2016.

Dalam satu kenyataan, pihak MAB berkata tempoh perjalanan bermula serta-merta hingga 30 November 2016.

Ahad, 3 April 2016

Khasiat Kacang Bendi Yang Tidak Dipedulikan

Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.

Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.

Jumaat, 1 April 2016

Khasiat Dan Keajaiban Buah Delima "Buah Dari Syurga"

Keistimewaan buah delima ialah isi buahnya yang bukan sahaja menarik tetapi sedap untuk dimakan. Tahukah anda bahawa jus delima menghasilkan asid sitrik dan natrium sitrat untuk tujuan farmaseutikal. Ia sebagai persediaan untuk merawat pencernaan yang terganggu dan dianggap bermanfaat bagi penyakit kusta.

Khamis, 31 Mac 2016

Petua Orang Lama Mengatasi Mata Rabun

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal ditarik atau mula 'hilang'. Beberapa petua ini mungkin akan jadi salah satu penawar bagi anda yang ada masalah rabun mata.

Jom, semak...

Anemia - 6 Makanan Penambah Darah

Gejala kurang darah ataupun lebih dikenali dengan nama anemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kanak-kanak juga tidak terkecuali alaminya. Jika tidak dirawat apatah lagi mengambil perhatian mengenai masalah yang timbul ini boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Ada kalanya boleh membawa maut.


Cegahlah sebelum terlambat. Mungkin anda boleh mengubah segala-galanya dengan cara pemakanan yang sihat. Perhatikan beberapa jenis makanan yang baik untuk menghindari anemia.

Rabu, 30 Mac 2016

Peranan Bapa Menjadikan Anak Bijak - Petua

Bermain juga satu pelajaran buat si kecil. Biasanya bayi menghabiskan banyak masa dengan mama. Apa kata kali ini papa pula yang ambil alih melayani kehendaknya bermain.

Bayi pada usia 0-2 tahun memerlukan sokongan dan dorongan daripada papa dan mama untuk belajar banyak perkara. Selain itu waktu bermain juga menggambarkan kasih sayang yang tidak terhingga buat si kecil.


Berikut antara panduan bermain yang boleh dilakukan bersama si kecil.

Zamani Nafi Kisah Lama Punca Masih Solo

Vokalis kumpulan Slam, Zamani akui dirinya masih tidak berpunya dan dalam masa yang sama menafikan status beliau yang tidak berkawhin kerana kecewa dan tidak move on dengan kisah cinta lama.

“Tiada istilah kecewa dalam hidup saya walaupun pernah beberapa kali putus cinta. Sebagai manusia biasa saya ada keinginan untuk berkahwin, tetapi mungkin belum tiba masanya”

Khasiat Menakjubkan Beras Perang

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi.


Meskipun terdapat beberapa kekangan yang membuatkan pengguna berasa sukar menggunakan beras perang seperti memerlukan masa untuk memasak yang lebih lama, namun ia lebih berkhasiat secara keseluruhannya.

Selasa, 29 Mac 2016

10 Pramugari Tercantik Air Asia Malaysia

Sebuah laman web, telah TallyPress menyenaraikan 10 Pramugari AirAsia (Malaysia) yang paling Top atas undian orang ramai.

Semuanya memang cantik-cantik belaka. Anda pasti jatuh cinta..

1. Winky Loke


Winky bukan sahaja nampak gojes apabila mengenakan uniform AirAsia, dia juga nampak cantik apabila berpakaian kasual. Kami percaya dia mampu mencairkan hati ramai lelaki. Winky gemar berkongsi saat-saat menarik dan gambarnya dalam perjalanan kerjanya.

Maya Karin Pelik Dan Takut Dirisik Lelaki Misteri

"Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak," demikian kata Maya Karin yang dirisik lelaki misteri baru-baru ini ketika sedang bercuti di Jerman. 

Kata pelakon itu, dia menerima risikan daripada lelaki tersebut yang telah menemui ibunya seminggu lalu di Sungai Pencala dengan hanya membawa sebentuk cincin. 

Penjelasan Pihak Pengantin Perempuan Dan Pengajaran Di Sebalik Pergaduhan

Selepas heboh bakal pengantin lelaki ditumbuk kerana gagal menyediakan wang hantaran, kakak sepupu yang mewakili keluarga pihak perempuan tampil menjelaskan isu sebenar. Wanie Azwani melalui akaun Facebook menafikan kekecohan yang berlaku itu disebabkan isu wang hantaran yang tidak mencukupi seperti yang disebarkan.

Sabtu, 26 Mac 2016

Kubur Di Atas Kubah Masjid Nabawi - Kisah Sebenar

Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah masjid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah masjid Nabawi tersebut?


Berikut adalah perkongsian dari tentang isu ini:

Jumaat, 25 Mac 2016

Jangan Paksa Aktres Berhijab Buka Tudung - Mia Sara

Pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha meminta agar pihak penerbit menghormati pelakon yang sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya.

Bintang cilik itu menyuarakan pendapat demikian kerana menyedari sesetengah pelakon terpaksa mengikut kehendak produksi yang menghadkan tawaran lakonan kepada pelakon yang berhijab.

Tak Malukah Wak Doyok Syok Sendiri?

Malu beb! Baru saja dimalukan oleh netizen sebab pakai jam mewah palsu.. Kali ini ikon fesyen Wak Doyok dah dimalukan oleh seorang wanita pula.. Wanita itu dari golongan VVIP kan Wak? Hahaha..

Mengaku satu dunia dok bercinta dan berteman rapat dengan seorang wanita golongan VVIP.. Tapi, masalahnya wanita tu cakap hubungan yang terjalin antara dorang hanya kawan.. Tak ke u’olls rasa pedih hati?

Azwan Ali Meroyan Untuk Publisiti Murahan?

U’olls semua angkat tangan, siapa yang rindukan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA? Hahahah.. Miss A pasti tak ada siapa pun yang rindukan si tua kerepot tak sedar diri dan tak laku tu dah kan?

Sebabkan dah tak laku dan tak dapat sebarang job media .. Miss A tengok Azwan Ali dah jadi GILA!! Tapi, tak ada la sampai masuk ke hospital mental lagi, cuma dia jadi meroyan sorang-sorang kat akaun Instagramnya.. Hehehe..

Nelydia Senrose Dikecam Netizen Kerana "Suka Gesel"

Dah makin menjadi-jadi pulak kontroversi yang melanda Nelydia Senrose ni.. Dulu si kakaknya Uqasha Senrose je hangat dengan kontroversi, kakak dah senyap adik pulak nak up kontroversi panas..

Sebelum ini, Nelydia kena kecam sebab muatnaik video menggoda dengan adik lelaki kat dalam kereta.. Kali ini, Nelydia digelar artis wanita ‘kaki gesel’.. Murah sungguh Miss A tengok ‘buah dada’ si Nelydia ni..

Khamis, 24 Mac 2016

Video Mukhriz Ulas "Kenyataan Keras" TMJ Buat Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir enggan memberikan sebarang komen berhubung kritikan yang dilemparkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di dalam statusnya petang tadi.


“Tak per lah saya tak komen isu tu” katanya ringkas kepada SuaraTV selepas menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 150 orang penyokongnya ketika siri jelajah ‘Deklarasi Rakyat’ di Istana Bambu, di sini pada Rabu malam.

Serpihan Di Mozambique "Hampir Pasti" MH370

SYDNEY: Dua serpihan pesawat yang dijumpai di Mozambique adalah ‘hampir pasti milik MH370’, kata Menteri Pengangkutan Australia susulan analisis oleh pakar-pakar teknikal yang menyiasat kes pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu.

Remaja Perog0l Bersiri Ditahan Di Langkawi

LANGKAWI – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai perogol bersiri yang licik memperdayakan mangsa menerusi laman sosial dan diburu polis sejak enam bulan lalu di sini, semalam.

Suspek yang dikenali sebagai ‘Soleh’ ditahan bersama mangsa rogol terakhirnya dalam sebuah kereta dan mengaku terbabit dalam 10 kes rogol menggunakan kekerasan termasuk seorang mangsanya pelajar sekolah.

Alahai... Hantar Resume Untuk Pinang Mira Filzah

Pelakon yang semakin meningkat naik, Mira Filzah memberitahu ada di kalangan peminatnya di laman media sosial Instagram cuba memikat seterusnya ingin masuk meminangnya secara serius.

“Ada yang cuba mengurat tapi dalam emel pun ada. Sehinggakan ada yang betul-betul nak meminang secara serius dengan siap bagi resume tunjukkan dia kerja apa semua itu. Tetapi saya anggap perkara ini biasa, mungkin kita dikenali”

Jumaat, 18 Mac 2016

Wak Doyok Kantoi "Bergaya" Dengan Barangan Palsu?

Malu woi! Malu! Mana nak letak muka ni? Selebriti tempatan yang kita dok ingat memiliki gaya hidup yang mewah.. Realitinya hanyalah palsu semata-mata, menipu peminat yang tak tahu apa-apa..

U’olls nak tahu Wak Doyok ni adalah salah seorang selebriti yang suka pakai barang yang nampak mewah, tapi kenyataannya barang itu adalah palsu.. Viral kat media sosial bila ada satu akaun Instagram yang guna nama @the.watch.police menyiasat siapa saja golongan yang bajet mewah yang pakai jam jenama mewah tetapi palsu..

Khamis, 17 Mac 2016

15 Kelebihan Daun Limau Purut

Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.

Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera. Jom semak nikmat lain tentang limau purut...

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk