Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 18 Oktober 2017

Setelah 7 Tahun, CUEPACS Gesa Kerajaan Beri Bonus Sebulan Setengah Bajet 2018

CUEPACS menggesa kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurangnya 1 bulan setengah gaji kepada 1.6 Juta penjawat awam di Malaysia dalam Bajet 2018 yang akan dibentang tidak lama lagi.


Sudah 7 tahun hanya menerima pemberian bantuan RM500, bonus adalah pengiktirafan majikan kepada pekerjanya. Seharusnya ia dalam jumlah yang besar, terutamanya untuk menampung perbelanjaan isi rumah, awal persekolahan anak-anak dan hal-hal kecemasan.

Jika kita lihat di sektor swasta atau GLC ada bonus diberikan sehingga 10 bulan. Jadi apa salahnya kerajaan turut sama dalam memberi pengiktirafan kepada pekerjanya.


Berdasarkan ucapan Perdana Menteri bulan lepas, ada sesuatu yang istimewa untuk diberikan kepada penjawat awam.

Ramai yang menjangka ia adalah 1 bulan setengah gaji dan 1 kenaikan gaji tahunan, kenapa begitu?

Kerana berdasarkan rekod, setiap kali tahun terakhir sebelum pilihan raya akan ada sesuatu yang besar akan diberikan. Apapun kita tunggu dalam pembentangan bajet 2018 nanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk