Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 25 Ogos 2015

9/9/2015 : Nantikan Bom Jangka Kedua Dari Najib

Apalah agaknya yang bermain di fikiran DS Mohd Najib Tun Razak pada ketika ini? Mengapakah Mesyuarat MT UMNO ditunda sebanyak dua kali? Apakah penundaan tersebut akan memberikan kesan yang amat besar dalam kepimpinan parti UMNO dan kerajaan?


Memetik BLOG Shahbudindotcom, kononnya akan berlaku ledakan yang maha hebat daripada Najib seperti yang ditulis diblognya di bawah ini :

Apakah nasib Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September depan ini? 

Adakah keahlian UMNOnya akan dipecat dan seterusnya menyebabkan kehilangan kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO atau beliau akan dibebaskan daripada sebarang tindakan yang membolehkannya terus mengkritik parti dan Presiden UMNO serta kekal duduk sebagai orang nombor dua yang menyusahkan ketua sehingga pemilihan parti diadakan pada 2018 nanti? 

Setakat ini berbagai pendapat dan andaian dapat didengar mengenai untung nasib bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Ada yang mengatakan beliau akan dipecat untuk memudahkan langkah-langkah Najib seterusnya, baik dalam UMNO mahu pun kerajaan dan ada pula yang yakin tiada apa-apa tindakan akan diambil kerana ia akan memburukkan lagi peluang BN untuk memenangi pilihanraya akan datang. 


Bagaimanapun, perkembangan terbaru sebaik saja 9 September depan ini diumumkan sebagai tarikh mesyuarat MT UMNO menunjukkan kemungkinan paling besar ialah Muhyiddin akan dipecat daripada UMNO. 

Beliau dijangka akan dipecat kerana didakwa menjejaskan imej parti dan memburukkan nama Najib selaku Presiden UMNO berikutan beberapa kritikan terbukanya terhadap 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diucapkan ketika merasmikan beberapa mesyuarat perwakilan UMNO dua tiga minggu sebelum ini. 

Selepas Muhyiddin dipecat daripada kerajaan pada 28 Julai lalu, MT UMNO sepatutnya bermesyuarat pada 31 Julai bersekali dengan majlis penerangan mengenai 1MDB kepada pemimpin UMNO bahagian-bahagian seluruh negara. Tetapi ia kemudian telah ditangguhkan, lalu tarikh mesyuarat MT seterusnya ditetapkan pada 28 Ogos ini. 

Namun demikian, ia sekali lagi ditangguhkan sehinggalah beberapa hari lalu diumumkan 9 September sebagai tarikh baru mesyuarat MT UMNO yang sepatutnya bersidang sebulan sekali. Seorang pegawai tinggi di ibu pejabat UMNO yang dikenali memang rapat dengan Perdana Menteri ada memberitahu seorang kenalannya baru-baru ini bahawa "operasi kedua" akan dilakukan Najib dalam tempoh terdekat ini yang menurutnya akan menyebabkan "semua masalah Najib dalam UMNO dapat diselesaikan". 

Tanpa menghuraikan lebih lanjut maksud atau bentuk "operasi kedua" tersebut, pegawai itu berkata, selepas operasi itu nanti, Najib tiada masalah lagi dalam parti dan boleh menumpukan sepenuh perhatiannya untuk menghadapi PRU 14 akan datang. 

Daripada cara pegawai ibu pejabat UMNO itu bercakap yang menunjukkan Najib mahu menyelesaikan masalahnya dalam parti terlebih dahulu, tindakan paling munasabah dan bersesuaian pula dengan tarikh mesyuarat MT sudah ditetapkan ialah dengan mengenepikan ancaman yang disebabkan oleh Muhyiddin. 

"Operasi kedua" dalam usaha menghapuskan sebarang ancaman terhadap Najib ini adalah susulan "operasi pertama" yang menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan Shafie Apdal dalam rombakan kabinet pada 28 Julai baru-baru ini. Selagi Muhyiddin kekal dengan jawatannya dan bebas mengkritik parti serta kepimpinan Perdana Menteri secara terbuka, ia dilihat suatu gangguan kepada kedudukan Najib dalam UMNO serta menggugat usahanya mengukuhkan BN memenangi pilihanraya nanti. 

Dipercayai dengan menyingkirkan Muhyiddin daripada UMNO yang sekaligus menyebabkan jawatan Timbalan Presidennya terlucut, kesan pengaruhnya kepada parti dapat dihapuskan kerana suaranya selepas itu akan dianggap "suara bebas" atau "suara pembangkang" saja lagi. 

Adalah dijangkakan Muhyiddin seorang saja yang akan dipecat daripada UMNO manakala Shafie Apdal, seorang lagi pemimpin UMNO yang turut lantang mengkritik Najib dan digugurkan daripada jawatan kabinet baru-baru ini, tidak akan diambil apa-apa tindakan pada 9 September nanti bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada parti. 

Shafie tidak dikenakan sebarang tindakan dan secara perlahan-lahan akan dipujuk supaya terus menyokong kepimpinan Najib demi memastikan keharmonian politik Sabah dapat memberi sumbangan kepada kelangsungan kuasa BN. 

Sumber lain pula memberitahu, gerakan mengumpul sokongan di kalangan ahli-ahli MT bagi tindakan memecat keahlian Muhyiddin itu sudah pun bermula sejak beberapa hari lalu untuk memastikan sokongan dua pertiga diperolehi jika undian terpaksa dilakukan. 

Dikatakan juga usul untuk memecat Muhyiddin nanti akan dilakukan oleh seseorang yang berjawatan kanan dalam parti dan kerajaan. Dalam masa yang sama, selain pemecatan Muhyiddin, mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini dijangka turut melakukan perubahan bagi jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Perak. 

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang sekarang disandang oleh Mukhriz Mahathir dijangka akan diambil alih oleh Mahadzir Khalid yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pendidikan manakala Zahid Hamidi yang kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri akan mengambil alih jawatan Pengerusi UMNO Perak daripada Zambry Abdul Kadir. 

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin yang terlihat begitu simpati kepada Muhyiddin sehingga beberapa bahagian di negeri itu lantang bersuara dalam mesyuarat perwakilan baru-baru ini bagaimanapun tidak akan terjejas kedudukannya sebagai Pengerusi UMNO Johor kerana Najib dikatakan tidak mahu orang Johor lebih terluka hatinya jika tindakan itu diambil. 

C & P : http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk