Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Sabtu, 28 November 2015

Pendedahan Bank Negara Mengenai Rakyat Malaysia Yang Membimbangkan


Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan satu statistik membimbangkan hari ini: cuma 6 peratus daripada rakyat Malaysia yang bekerja mampu untuk menyara diri bagi tempoh lebih enam bulan jika mereka tiba-tiba menganggur.

Berhentilah Budaya Mengipas - BEKERJALAH!


BEBERAPA hari lepas saya menerima satu emel daripada seorang pembaca katanya begini: Puan, tulislah tentang budaya kerja dalam sesebuah organisasi pula. Bukannya apa, selain Puan selalu tulis tentang kos sara hidup naik yang memberi tekanan kepada rakyat, suasana tempat kerja pun turut menyumbang pada tekanan. Bukankah begitu? Kadang-kadang sampai kita boleh dapat darah tinggi, sakit jantung atau silap-silap terus strok, katanya.

Jumaat, 27 November 2015

Dosa-Dosa Lampau - Tun Mahathir Terus Dikecam


Teruk Tun Dr Mahathir diperlekehkan oleh Pakatan Pembangkang. Yang terbaru ialah kenyataan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Tuduhan beliau di antaranya ialah rakyat tidak harus lupa 'dosa-dosa lampau' Tun M dan tidak harus tersilap dengan mempercayai beliau sekali lagi.

Hisap Vape Lebih Banyak Buruk Daripada Baik - Kenapa?


RIMAS dan menyesakkan dada. Itulah pengalaman yang dilalui Nur Hafizah Md. Akhir, 26, ketika menunggu hidangan juadah makan malam di sebuah restoran berhampiran kediamannya.

Rasa kurang selesa yang dialaminya bukan kerana faktor persekitaran yang dipenuhi pelanggan di restoran tersebut tetapi tindakan sekumpulan anak muda yang menghembuskan kepulan asap daripada rokok elektronik atau vape.

Khamis, 26 November 2015

Ambil Tindakan Ke Atas Muhyiddin, Tun M


Umno Bahagian Gopeng menggesa tindakan disiplin turut diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas pemecatan bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman daripada parti.

Ketuanya, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, cadangan untuk mengeluarkan Timbalan Presiden dan bekas Presiden Umno itu daripada keahliannya telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno empat bulan lalu oleh jawatankuasa bahagian itu.

5 Info Menarik Mengenai Wanita Kelantan


BARU-BARU ni, berita tentang suspek kes pukul wanita di Kelantan dalam video yang menjadi viral di media sosial, telah pun ditangkap.

Rasanya ramai wanita yang tak sanggup tengok babak-babak yang memalukan kaum wanita sendiri.

Selasa, 24 November 2015

Air Mata Darah - Kasihanilah Tun Dr Mahathir


Sebuah laman sesawang pro-Umno mentertawakan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga "keluar air mata" ekoran rungutan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu sukar mendapat tempat untuk berucap.

Dalam nada penuh sindiran penulis rencana itu berkata, air matanya hampir jatuh membaca kenyataan Dr Mahathir tetapi ia bukanlah kerana terlalu sedih, sebaliknya "terlalu geli hati membawa lawak retorik seorang negarawan ulung" yang kini diandaikan seperti pengemis politik.

Gurauan Bodoh Suami Menyebabkan Isteri Dicerai Talak 3


Setiap Perkahwinan pastinya impikan rumahtangga hingga ke akhir hayat jika boleh mahu ke Jannah. Dalam menempuhi perjalanan kehidupan rumahtangga bukannya perkara mudah banyak halangan dan ujian perlu dilalui.

Kegembiraan dalam persahabatan atau dalam setiap perkara adakalanya membuatkan kita lalai dan alpa dengan keadaan sekeliling hingga tidak sedar kegembiraan membawa malang dan malapetaka dalam rumahtangga.

Ahad, 22 November 2015

Skandal Penuhi Usaha Pemulihan MAS


Seperti sedia maklum, Malaysia Airline System (MAS) yang kini dikenali sebagai Malaysia Airline Berhad (MAB), mengalami masalah kerwangan yang tenat sejak dari awal abad ini. Masalah in ditambah pula dengan dua tragedi hitam dalam sejarah penerbangan negara dimana misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini tidak terjawab dan misteri siapakah yang menembak MH17 kekal menjadi tanda tanya.

Semuanya menuntut satu reformasi pengurusan yang cukup kompleks bagi menyelamatkan MAS dari terkubur. Harus di ingat, MAS bukan hanya sekadar syarikat penerbangan, tetapi ianya adalah legasi yang sentiasa menjadi imej negara dimata antarabangsa. Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa MAS adalah syarikat yang harus dijaga dan diwarisi oleh negara selagi Malaysia masih wujud.

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk