Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 2 Oktober 2018

BERITA GEMBIRA BUAT GURU : TIADA LAGI TUGAS PENGKERANIAN SELEPAS INI

Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan membebaskan golongan guru daripada bebanan tugas-tugas perkeranian selewat-lewat awal tahun depan.


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, bagi tujuan itu, pihaknya sedang merangka satu pelan khas bagi memastikan golongan guru kembali fokus kepada pengajaran dan mendidik modal insan.

Sabtu, 9 Jun 2018

Bayaran Khas AidilFitri... Bayar Dulu Lulus Kemudian?

Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mendapat kelulusan peruntukan tambahan pada sidang Parlimen, Julai ini kerana peruntukan itu tidak dimasukkan dalam Bajet 2018.


Kementerian Kewangan berkata peruntukan yang diumumkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini adalah sekadar pengumuman semata-mata.

Jumaat, 25 Mei 2018

Menteri Kewangan LGE Ditegur Bloomberg

MENTERI BUANG MASA DENGAN 1MDB

Kredit Helmi Effendy II

Wow, Lim Guan Eng kena tembak habis dengan Bloomberg sebab tak jaga ekonomi negara. 
"The finance minister must remember his day job." - Bloomberg kepada LGE. 

Rabu, 23 Mei 2018

CUEPACS RAYU PERDANA MENTERI KEKALKAN KGT

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan melaksanakan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seluruh 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata walaupun perkara itu dijanjikan kerajaan terdahulu, pelaksanaan KGT memiliki asas kukuh, iaitu gaji penjawat awam sedia ada tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

Rabu, 25 April 2018

WASPADA DENGAN GROUP WHATSAPP UMPAN BUDAK-BUDAK UNTUK SE*S

Gambar dan video aksi se*s antara lelaki dewasa dan budak lelaki berusia 11 hingga 15 tahun dikongsi dalam kumpulan sembang di media sosial, kata aktivis yang menyusup masuk dalam satu kumpulan itu.


Fazrysham Kamran mendapat tahu terdapat 4 kumpulan di WhatsApp. Ramai ahli berkata mereka mengenali budak-budak lelaki melalui WeChat, satu lagi aplikasi pesanan yang popular.

Selasa, 24 April 2018

PRESIDEN NUTP SELAR PUSINGAN U - TURN PH

Menyedari hari pembuangan undi semakin hampir, barisan kepemimpinan gabungan pembangkang PKR sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah menelan kata-kata sendiri.


Terbaharu, Presiden PPBM yang dibubarkan sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula membuat pusingan U apabila mendakwa beliau dan sekutunya tidak pernah berhasrat untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Selasa, 10 April 2018

Melakar Sejarah, Dukun Catat Sambutan Luar Biasa

FILEM Dukun terbitan Astro Shaw mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta selepas empat hari ditayangkan.


Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, filem Dukun merupakan filem pertama syarikat tersebut yang berjaya mencatatkan rekod tersebut.

Khamis, 22 Mac 2018

ISU BERSARA 62 TAHUN SENGAJA DIBANGKITKAN SEMULA?

KUALA TERENGGANU, 21 Mac (KR) -- Isu lanjutan persaraan penjawat awam kepada 62 tahun dikatakan mainan propaganda untuk timbulkan kebencian orang muda kata Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).


Dalam laporan media, presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata tiada kenyataan terkini dikeluarkan tentang isu itu.

Isnin, 26 Februari 2018

JPJ Perjelas Tindakan "Ala Gengster" Yang Diviralkan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan anggotanya bertindak samseng sewaktu melakukan pemeriksaan keatas sebuah lori di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, Johor pada 22 Februari lalu.


JPJ dalam satu kenyataan berkata, pemandu lori itu menuduh anggota JPJ memecahkan cermin lorinya sedangkan ia sudah sedia tertanggal dan jatuh ke tanah terlebih dahulu serta tidak pecah.

PPA1M Layak Dimiliki Oleh Anak Pesara - KSN

Seorang daripada anak kepada pesara kerajaan kini boleh memiliki kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata permohonan khusus bagi anak-anak pesara kerajaan itu mula dibuka sejak Januari lepas.


Syarat yang ditetapkan ialah hanya seorang daripada bilangan anak pesara berkenaan layak memohon dan ia terbuka kepada sama ada mereka bekerja di sektor awam atau swasta, katanya kepada pemberita hari ini.

Jumaat, 23 Februari 2018

LGBT : Kenyataan KSU KPWKM Disalah Tafsir?

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suriani Ahmad menegaskan, kenyataannya berhubung layanan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah dipetik di luar konteks oleh sebuah portal berita semalam.


Beliau menjelaskan, portal berita berbahasa Inggeris itu kurang memahami konteks yang mana kenyataan tersebut dibangkitkan pada sesi Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Ke-69 di Geneva, Switzerland kelmarin.

Jumaat, 16 Februari 2018

Kerja Pejabat Dan 5 Perkara Yang Sinonim Dengannya

BAGI ramai di antara kita yang berkerjaya, PEJABAT umpama rumah kedua.

Akan tetapi, pasti ada sahaja ujian dan cabaran yang dihadapi golongan ini dalam memastikan produktiviti kerja mereka terus meningkat.

Berikut merupakan 5 PERKARA REALITI yang sering dikaitkan dengan KERJA PEJABAT.


1. SINDROM 'MONDAY BLUES'

Adakah anda biasa dengar rakan-rakan mengadu dan merungut tentang kemalasan mereka bekerja pada hari Isnin?

Khamis, 15 Februari 2018

Penjelasan JPA Isu PTD Hanya Untuk Graduan Kelas Pertama

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan laporan bahawa hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja yang ditawarkan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini JPA berkata, syarat perlantikan jawatan PTD masih kekal seperti yang ditetapkan dalam syarat skim perkhidmatan, dan terbuka kepada semua graduan berkelayakan.

Nur Sajat Dedah Identiti Sebenar Kepada JAKIM?

Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mendedahkan beliau telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pendedahan ini dibuat pada pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, 16 Januari lalu.



“Saya dah dedahkan mengenai identiti sebenar saya kepada Dr Izwan dalam pertemuan terdahulu.

“Ibu bapa saya juga telah memberi keterangan mengenai identiti saya kepada dia,” katanya kepada mStar Online, Rabu.

Rabu, 14 Februari 2018

HANYA GRADUAN KELAS PERTAMA TAJAAN JPA DITAWAR PTD


SERDANG - Hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam bagi sesi pengambilan Julai dan Ogos ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Jumaat, 9 Februari 2018

Identiti Selebriti Masukkan Dadah Ke Minuman Datuk Farid Kamil Dikenalpasti

Akhirnya teka-teki identiti dua rakan selebriti yang didakwa memasukkan dadah dalam minuman Datuk Farid Kamil terjawab apabila pihak polis menggesa dua individu itu segera menyerah diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat kepada Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untur hadir membantu siasatan.



Taj merupakan ahli kumpulan Innuendo yang pernah mencipta populariti sekitar tahun 1990-an dan terkenal menerusi lagu Belaian Jiwa.

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk