Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 18 Oktober 2017

Setelah 7 Tahun, CUEPACS Gesa Kerajaan Beri Bonus Sebulan Setengah Bajet 2018

CUEPACS menggesa kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurangnya 1 bulan setengah gaji kepada 1.6 Juta penjawat awam di Malaysia dalam Bajet 2018 yang akan dibentang tidak lama lagi.


Sudah 7 tahun hanya menerima pemberian bantuan RM500, bonus adalah pengiktirafan majikan kepada pekerjanya. Seharusnya ia dalam jumlah yang besar, terutamanya untuk menampung perbelanjaan isi rumah, awal persekolahan anak-anak dan hal-hal kecemasan.

Tangisan Malam Pertama Isteri Selepas Tengok Alat Kelamin ‘Suami’

Kegembiraan seorang gadis yang menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya bertukar sedih pada malam pertama apabila dia mengetahui bahawa ‘suami’ yang dikahwini sebenarnya seorang wanita.

Foto: Agensi

MyNewshub yang memetik Tribunnews melaporkan kejadian berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia selepas gadis yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna, 20, mengahwini ‘teman lelakinya’ yang dikenali dengan nama Rahmat Yani, pada 17 September lalu.

Selasa, 17 Oktober 2017

Keluhan Guru Dan Ibu Bapa Menjelang Bajet 2018

Guru sekolah terpaksa mengendalikan pembelajaran dengan peruntukan kewangan yang semakin mengecil sejak beberapa tahun belakangan ini, dan berharap Bajet 2018 akan membuat peruntukan untuk menambah baik suasana pengajaran dan pembelajaran.


Mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang bakal membentangkan bajet tahunan itu di Dewan Rakyat pada 23 Oktober ini, menyampaikan berita baik supaya sekolah dapat dibekalkan alatan sewajarnya untuk kerja mereka dan untuk anak murid mendapat kemudahan yang diperlukan.

Isnin, 16 Oktober 2017

Penguatkuasa Dirasuah Sehingga RM15 Juta Sebulan Oleh Tokey Judi - PPIM

“Nilai RM10 juta hingga RM15 juta rasuah yang diberi kepada penguat kuasa sebulan bukanlah satu nilai besar.


“Jika dibandingkan pendapatan harian lebih-lebih lagi mereka turut dilindungi pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan,” kata Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan.

CUEPACS Harap Kerajaan Masukkan Elaun Bandar Dalam Bajet 2018

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk memberi elaun bulanan kepada kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar bagi membantu meringkankan beban kewangan mereka.


Presidennya, Datuk Azih Muda mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan perkara itu untuk dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2018, yang dijadualkan pada 27 Oktober ini.

Jumaat, 13 Oktober 2017

Sokong Daesh, Juruteknik Menangis Dipenjara 8 Tahun

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap juruteknik kilang kerana memberi sokongan dan memiliki pelbagai bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.


Tertuduh Muhammad Safuan Mohd, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan melafazkan sumpah taat setia melalui aplikasi Telegram ‘Gagak Hitam’ atas nama Abu Marwan Salaki di rumahnya di Seksyen U5 (Panasuria) Petaling, Selangor, pada 3.29 pagi, 30 Mac 2016.

Khamis, 12 Oktober 2017

Akibat Viral, Chalet Usang Diarah Tutup Serta Merta

PETALING JAYA: Semua banglo atau chalet di sebuah resort dekat Hutan Rekreasi Sungai Congkak di Hulu Langat ditutup berkuat kuasa serta-merta selepas ia tular kerana didakwa usang dan tidak selamat untuk diduduki pengunjung. 


Tourism Selangor yang menguruskan resort berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia mengambil serius aduan daripada orang awam berhubung chalet tersebut yang disifatkan sebagai buruk.

Pelakon Wanita Kantoi Khayal Pil Kuda

Seorang bekas model dan pelakon sambilan ditahan dalam keadaan berbogel dan khayal akibat pil kuda, di kediamannya di Kampung Gunong, di sini.


Wanita terbabit yang juga ibu tunggal ditahan dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok, jam 1 pagi semalam.

Rabu, 11 Oktober 2017

Pemandu Teksi Ajak Penumpang Teman Tidur Sebagai Ganti Tambang

Pengusaha teksi menyifatkan tindakan seorang pemandu teksi yang didakwa mengenakan tambang mahal serta mengajak penumpang tidur dengannya bagi menggantikan tambang sebagai kurang ajar dan memalukan.


Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail ketika dihubungi berkata, kebiadaban pemandu teksi itu membuktikan dia tidak insaf dan langsung tidak mahu berubah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang bagi menyaingi Uber dan Grab.

Selasa, 10 Oktober 2017

Selepas Teruk Dikecam, Kini Mahsuri Bangkit

Suatu ketika dulu pernah tular dan menjadi viral mengenai seorang individu khunsa yang pernah dikecam hebat oleh netizen.

Namun begitu siapa sangka bahawa dia tidak kecewa serta patah semangat walaupun dia pernah di kecam hebat sehingga dia menitiskan air mata menangisi takdir hidupnya yang dilahirkan sebegitu.


Bukanlah kemahuannya untuk lahir dalam keadaan memiliki dua jantina iaitu lelaki serta perempuan atau lebih dikenali sebagai khunsa.

5 Keburukan Selalu Memakai Seluar Ketat

Budaya pakai seluar ketat semakin menjadi trend sekarang ni tidak kiralah untuk lelaki atau pun perempuan. Tapi tahukah anda memakai seluar ketat boleh mengundang bahaya dan memudaratkan kesihatan.


Ini antara 5 kesan buruk yang dipetik daripada Utusan, Zunaidah Abu Samah, Ketua Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Isnin, 9 Oktober 2017

Reaksi Persatuan Pengamal Perubatan Dan Kementerian Kesihatan Di Atas Pembebasan "Doktor Gigi Palsu"

Ramai telah tahu tentang isu hangat fake dentist membuat rawatan fake braces. Ini bukan isu baru, beberapa fake dentist telah diambil tindakan. Cuma kali ini beliau telah dilepaskan semula atas wang insan sebanyak RM70,000 dari beberapa kumpulan dan individu. Ramai rakan-rakan seperjuangan baik dalam bidang pergigian mahupun kesihatan masing-masing meluahkan perasaan di social media berikutan kes tersebut. 


Rata-rata kecewa kerana dipanggil 'doktor gampang' dan seolah-olah sengaja menyusahkan orang lain mencari rezeki. Ramai juga hashtag 'doktor gigi berkabung' diatas rentetan perjalanan kes tersebut. Mungkin masyarakat tak dapat rasa sepenuhnya apa yang kami rasa. Sedih kami bukan hanya kerana diri sendiri.

Rasa sedih kami adalah untuk masyarakat. Ya kalian semua.

Viral Video Tekan Tubi "Ala Latihan R*gol" Dikecam Netizen

Untuk berkhidmat dalam pasukan tentera atau mana-mana badan beruniform, latihan yang diberikan kepada pelatih penting bagi membina ketahanan mental dan fizikal mereka, namun latihan yang diberikan perlulah rasional.


Bagaimanapun, latihan ketenteraan melibatkan pelatih di China nampaknya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di negara itu selepas satu rakaman video tular di laman sosial, baru-baru ini.

Sijil Diploma, Ijazah Palsu Dijual Semurah RM1,000

Satu sindiket yang beroperasi di Puchong, Selangor, menjual transkrip akademik palsu kepada orang ramai, menurut satu pendedahan yang dibuat oleh China Press baru-baru ini.


Seorang wartawan dari akhbar itu menyamar sebagai pembeli dan menghubungi sindiket itu yang secara terang-terangan mempromosikan perkhidmatannya di Facebook.

Khamis, 5 Oktober 2017

Benarkah PPIM Mula Besar Kepala? Ancam Komuniti Ahmadiyah

PETALING JAYA: Komuniti kecil pengikut fahaman Ahmadiah di Selangor hidup dalam ketakutan susulan ancaman dan amaran terhadap mereka pada satu sidang media yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) minggu lalu.


Dalam sidang media pada 27 September, jurucakap Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) menggesa pihak berkuasa agama Islam bertindak terhadap Baitusalam, yang menjadi tempat pertemuan pengikut fahaman Ahmadiah sejak berdekad lama.

Selasa, 3 Oktober 2017

Pelakon Bergelar Datuk Ditahan Polis Kes Penipuan

Pihak polis telah menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Khabar Gembira Menanti Penjawat Awam

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mengumumkan khabar gembira khusus untuk penjawat awam ketika pembentangan Bajet 2018 pada hujung bulan ini.


Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-15 (MAPPA XV) dengan tema Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN50: Penyampaian Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara di sini, hari ini.

Ibu Pelajar Tragedi Tahfiz Mahu Pengetua Jelaskan Ke Mana Wang Derma

PETALING JAYA: Beberapa ibu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat pada 14 September lalu mengadu mereka belum menerima sumbangan yang dikumpul daripada orang ramai selepas tragedi kebakaran yang meragut 21 nyawa pelajar itu.


Seorang ibu mangsa yang tidak mahu dikenali memberitahu, mereka menuntut agar pengetua, Muhammad Zahid Mahmood dapat menjelaskan sama ada mereka akan menerima wang sumbangan tersebut.

Isnin, 2 Oktober 2017

5 Jenis Makanan Mampu Cegah Kanser Payudara Di Kalangan Wanita

Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.


Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.

MELETOP : Filem Abang Long Fadil 2 Pecah Rekod

KUALA LUMPUR – Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd, Abang Long Fadil 2 meraih kutipan RM17.8 juta hingga semalam, sekali gus memecah rekod jualan tiket tertinggi yang dipegang Polis Evo, dua tahun lalu.


Filem arahan Syafiq Yusof yang mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu itu, masih boleh ditonton di 70 pawagam di seluruh negara.

Isnin, 31 Julai 2017

10 VS 1 : Buli Pelajar Sekolah Di Kunak Disiasat Polis

Polis menyiasat kes seorang pelajar perempuan dibuli sekumpulan pelajar perempuan lain yang dipercayai berlaku di kawasan padang sebuah sekolah menengah di sini, Sabtu lalu.


Rakaman mengenai kejadian itu tersebar di laman sosial sejak semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku di luar sesi persekolahan di kawasan padang sekolah menengah di daerah ini, namun motif dan punca kejadian belum dapat dipastikan.

"Buy More Save More" Air Asia Tawar Diskaun Menarik

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, ‘Buy More, Save More’.


Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata diskaun 45 peratus itu untuk empat hingga sembilan penumpang yang dibuat di bawah tempahan yang sama, tiga penumpang (35 peratus), dua penumpang (25 peratus), manakala untuk penumpang bersendirian (15 peratus).

Isnin, 3 Julai 2017

Saya Tak Minta Gambar Tu Viral - Suara Hati

Lelaki yang memuat naik gambarnya menziarahi kubur bapanya yang beragama Kristian pada hari raya sehingga tular di media sosial mempunyai alasan sendiri berbuat demikian.

Putra Rayyan Firdaus Marcellus, 35, berkata, beliau sudah bersedia dengan segala kemungkinan, termasuk dikecam netizen apabila membuat posting tersebut, tetapi menegaskan ia bukan sengaja mahu ditularkan untuk mencari publisiti.


"Bukan niat suka-suka nak viral, sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik gambar-gambar itu.

VIDEO HANGAT BUAH DADA NELYDIA DIPEGANG SEMASA PENGGAMBARAN


Gara-gara memuat naik video salah satu babak dari drama Encik Suami Mat Salleh Celup di Instagram, Daler Yusuf dikecam peminat apabila tangannya dilihat memegang buah dada Nelydia Senrose. Insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang membonceng motorsikal bersama.


Dalam video terbabit, Daler dan Nelydia menunggang motorsikal bersama dan secara tiba-tiba Nelydia menekan brek sehingga membuatkan Daler terkejut lalu memegang dada pelakon itu. Tidak pasti pula sama ada Daler perasan atau pun tidak dengan tindakan refleksnya itu.

Jumaat, 2 Jun 2017

KAJIAN: Puasa Jadikan Kulit Lebih Cantik, Awet Muda

Tiada wanita yang tidak mahu kelihatan muda dan tampak cantik walaupun tanpa mekap yang tebal.

Nak cantik kena ada duit yang banyak dan perlu habis beribu ringgit. Tapi, sebenarnya ada cara mudah untuk nampak cantik tanpa perlukan duit.


Khamis, 1 Jun 2017

4 Tips Berjimat Ketika Berbelanja Di Bazaar Ramadhan

Tiap kali tiba bulan Ramadan je memang ramai diantara anda yang susah sangat nak mengawal nafsu berbelanja apabila ke bazar Ramadan.

Bila susah nak kawal nafsu, terjadilah masalah pembaziran. Ada yang membeli macam tak makan setahun.

Rabu, 31 Mei 2017

7 Selebriti Malaysia Yang Memilih Untuk Buka Tudung

Semakin ramai selebriti Malaysia yang memilih untuk menanggalkan tudung selepas beberapa lama melalui fasa bertudung.

Ada yang memberi alasan masih tidak bersedia lagi untuk bertudung. Tidak kurang juga ada yang memilih untuk membuka tudung kerana kecewa putus cinta.


Kami senaraikan selebriti Malaysia yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.

5 Manfaat Tidur Di Siang Hari Ketika Berpuasa

Tidur merupakan keperluan asas manusia. Sama seperti makan, tanpa tidur tubuh badan kita tidak boleh berfungsi dengan baik.

Di bulan puasa ini ramai diantara kita memilih untuk tidur di siang hari. Memang tidak salah untuk tidur tetapi janganlah tidur berlebih-lebihan.

Jumaat, 17 Februari 2017

Kajian Mengatakan Makan Cili Boleh Panjang Umur

Amalan memakan cili merah setiap hari mampu memanjangkan usia seseorang sebanyak 13 peratus atau bersamaan 10 tahun.

Kajian yang diterbitkan didalam Public Library of Science Journal, PLoS One, menghimpunkan penyelidikan dari 190 buah negara seluruh dunia.


Orang suka makanan pedas hidup lebih lama 10 tahun

Khamis, 16 Februari 2017

Hubungan Korea Utara – Malaysia : 4 Perkara Eksotik Yang Kita Perlu Tahu

1. Rakyat Malaysia dapat memasuki Korea Utara tanpa visa sejak 2009, susulan dari hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak 1973. Kita boleh terbang ke Korea Utara dengan menaiki Air Koryo, terus dari KLIA.


Air Koryo menggunakan pesawat Antonov An-148. Sebelumnya, mereka menggunakan pesawat lama yang merekodkan prestasi keselamatan yang baik walau beroperasi sejak zaman Perang Dingin.

"Valet Doa" : Jangan Terpedaya - JAKIM

PUTRAJAYA: Umat Islam seharusnya tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa di Makkah dengan harga tertentu, seperti yang ditularkan di media sosial ketika ini.


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, pakej valet doa itu jelas menunjukkan unsur perniagaan, menjaja serta menggunakan ibadat serta doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam.

Khamis, 5 Januari 2017

"PANJAT IPOH" - Nasihat Sharnaaz Ahmad Buat Geng Kapak

Baru-baru ini, sekumpulan remaja memanjat dan bergambar di papan tanda ‘IPOH’ di bandaraya Ipoh menjadi viral. Bertambah hangat apabila isu itu mendapat perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengambil tindakan tegas atas perbuatan itu.

Kisah Sedih Seorang Abang Berkorban Demi Persekolahan Adiknya

Disebalik permulaan sesi persekolahan 2017 ini, pelbagai kisah menarik perhatian netizen dan menjadi tular di laman sosial terutamanya laman “Facebook”.

Ia termasuk kisah lucu, suka duka dan manis telatah anak-anak menjalani sesi persekolahan baru ini terutama sekali anak-anak yang baru saja memasuki alam persekolahan.
 

Namun lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang guru di sebuah sekolah rendah terletak hampir 20 kilometer dari bandar Sri Aman yang dikenali sebagai “Cikgu Emmet”.

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk