Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 16 Oktober 2017

CUEPACS Harap Kerajaan Masukkan Elaun Bandar Dalam Bajet 2018

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk memberi elaun bulanan kepada kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar bagi membantu meringkankan beban kewangan mereka.


Presidennya, Datuk Azih Muda mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan perkara itu untuk dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2018, yang dijadualkan pada 27 Oktober ini.

Beliau berkata, pemberian yang dikenali sebagai elaun bandar raya itu secara tidak langsung membantu penjawat awam di bandar, khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

“Mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan tinggal di bandar dianggap sebagai miskin bandar.

“Ini adalah realiti. Kami minta kerajaan mempertimbangkan cadangan elaun bulanan untuk kakitangan awam di bandar,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menerusi syor itu, Azih mencadangkan supaya elaun sebanyak RM300 diberikan secara bulanan kepada penjawat awam yang berstatus miskin bandar, dan tinggal di kawasan berstatus bandar raya.

Katanya, sekiranya ia diluluskan, pertimbangan yang sama juga perlu diberikan kepada pekerja sektor swasta di bandar.

“Jika ada yang tidak berpuas hati dengan cadangan itu, mereka dialu-alukan untuk tinggal di bandar. Cuba tinggal di tempat yang sangat kompetitif di mana semuanya mahal,” katanya. (SUMBER)

4 ulasan:

  1. Alang2 nak bg.. bg jelah sekali bgan yang di atas rm3000 tu..

    BalasPadam
  2. Saya menyokong usha tersebut, saya juga mempunyai pandangan dimana CUEPACS perlu menyemak semula penjawatan gred 19 hingga gred 26 yang terpaksa diletakkan didaerah secara bersorangan. Bebanan tanggungjawab ini sememangnya terlalu berat untuk dilaksanakan bagi mentadbir Daerah secara berseorangan untuk Penjawat Awam yang berjawatan rendah dan bergaji kecil. Permasalahan ini telah lama berlaku dan tiada penambahbaikan untuk penyelesaian masalah berkenaan.

    BalasPadam
  3. di bandar mmg kos kehidupan tinggi, tapi jgn memandang remeh pd yg harus bekerja & tinggal di pekan2/bandar2 kecil... nampak seperti x tinggi kos kehidupan tetapi sesiapa yg tgl & kerja di pekan2/bandar2 kecil akan tahu yg kos kehidupan pun agak mencabar... klu d bandar2 besar dgn mudahnya blh mendapat apa sj yg diperlukan, dgn harga yg msh ok... klu d pekan2/bandar2 kecil, bkn mudah utk mendapatkan sesuatu keperluan & kekadang harga barang2 agak mahal/tinggi dr yg di bandar....

    BalasPadam

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk