Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 24 April 2018

PRESIDEN NUTP SELAR PUSINGAN U - TURN PH

Menyedari hari pembuangan undi semakin hampir, barisan kepemimpinan gabungan pembangkang PKR sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah menelan kata-kata sendiri.


Terbaharu, Presiden PPBM yang dibubarkan sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula membuat pusingan U apabila mendakwa beliau dan sekutunya tidak pernah berhasrat untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Sedangkan, umum sedia maklum bahawa beberapa pemimpin gabungan tersebut secara jelas pernah mengeluarkan kenyataan yang ‘tidak mesra’ penjawat awam, seperti ancaman untuk memecat pegawai tertinggi kerajaan oleh Timbalan Presiden PPBM yang dibubarkan sementara, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini.

Mengulas perkara tersebut, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak berkata, kenyataan tersebut merupakan usaha saat akhir gabungan tersebut untuk mengambil hati penjawat awam memandangkan mereka tahu golongan tersebut jumlahnya bukan sedikit.


“Penjawat awam pasti masih lagi ingat apa yang mereka katakan dahulu tentang kononnya jumlah penjawat awam yang terlebih, sedangkan jumlah itu bersesuaian dengan keperluan negara kita.

“Sebab itu mereka perlu juga keluarkan kenyataan hari ini untuk menambat semula hati penjawat awam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Galeri PPBM, dekat sini semalam.

Mengulas lanjut, Kamarozaman turut menasihati para penjawata awam, terutamanya golongan guru untuk membuat pilihan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Katanya, golongan tersebut perlu meneliti kemudian memilih pihak yang mampu memberi lebih banyak kebaikan kepada mereka berdasarkan rekod prestasi masing-masing.

“Buatlah pilihan berdasarkan hasil kerja yang telah ditunjukkan, jangan menilai berdasarkan cakap-cakap orang sahaja,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk