Penganalisis politik menyifatkan serangan yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri semakin jelas dan mula menampakkan apa sebenarnya motif yang terselindung. Yang tersirat tidak lagi dapat disembunyikan. Semuanya angkara gelojoh untuk mencapai sasaran yang dirancang dan akhirnya beliau sendiri gagal mengawal nafsu.
Apa yang dirancang serba tidak menjadi dan yang paling memalukan, semua yang dirancang bersama dengan sekutunya memakan diri sendiri.
Bayangkan bila Mahathir mulakan langkah pertama menyerang Najib, langkah pertama pun sudah sumbang. Isu yang dibawa bersandarkan kemelut rekayasa fitnah 1MDB yang dicanang oleh Rafizi pada awalnya lagi sudah diketahui bohongnya.
Mahathir seakan tidak sedar kedudukan beliau sebagai Negarawan berbanding dengan Ahli Parlimen yang baru setahun jagung memanaskan punggung di dalam Dewan Parlimen. Isu yang dikendong oleh Rafizi sudah jatuh tercicir tetapi disambar oleh Mahathir seolah-olah isu tersebut dijuarai olehnya.
Mahathir seperti pekak, tidak boleh mendengar penjelasan bukan sahaja dari Najib, dari pihak 1MDB sendiri malah dari rakyat yang majoritinya waras boleh memahami apa itu maksud menunggu laporan Audit dari Ketua Audit Negara dan juga dari PAC. Malah beliau juga umpama seorang yang buta, tidak mampu untuk melihat penjelasan bertulis dari Najib, dari 1MDB dan juga dari rakyat di pelbagai medium termasuk tulisan-tulisan nakal berupa sindiran di medium internet.
Merasakan sandaran isu ciptaan Rafizi dari parti pembangkang tidak menjadi, Mahathir turut menyelitkan sindiran berniat jahat dengan membangkitkan cerita-cerita momokan parti pembangkang mengenai keluarga Perdana Menteri termasuk cerita fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah.
Di manakah letaknya maruah Mahathir apabila beliau sendiri begitu rapuh mudah terjerat dengan persepsi politik pembangkang?
Akhirnya serangan yang dirancang bersama dengan beberapa rakan sekutunya ‘check-mate’ apabila tertangkapnya suspek yang dikaitkan dengan pengubahan dokumen di dalam sistem intranet syarikat yang berkait dengan 1MDB semalam.
Benarkah serangan Mahathir demi UMNO?
Ayat-ayat yang tertera di dalam blog Mahathir dan juga dalam siri ceramah ‘Bicara Negarawan’ seperti “Nak selamatkan UMNO..” “Sayangkan UMNO..” “Pemimpin datang dan pergi..” hanyalah umpama kata-kata manis seorang jurujual ubat untuk melariskan ubatnya sahaja. Tidak lebih dari itu.
Soal firman Allah swt dan hadis Nabi saw berhubung kewajipan taat kepada pemerintah tidak mampu lagi untuk menyedarkan Mahathir dan pengikutnya yang taksub. Motif kepentingan diri sudah mula menyerlah apabila Mahathir dilihat sudah mula menulis di dalam laman sesawangnya sendiri perkara yang sama berulang-ulang. Bezanya cara beliau dan pentaksub berkepentingan mengolah ayat sahaja.
Tujuan sebenar bukan lagi mencari kebenaran tetapi terserlah kehendak utamanya adalah Najib perlu letak jawatan. Semua yang dibicarakan di hadapan khalayak sebelum ini hanyalah ‘camouflage’.
‘Demi UMNO’ sudah jauh tersasar. Segala nasihat dan teguran dari pelbagai pihak sudah tidak penting untuk difikirkan oleh Mahathir.
Bagi beliau, Najib Must Go!. Paling memalukan, sepanjang siri serangan beliau, timbul soalan-soalan tentang kisah lampau beliau yang tidak mampu dijawab olehnya sendiri. Bayangkan selama 22 tahun berkuasa, apakah Mahathir tidak melakukan kesilapan dalam pentadbirannya berhubung wang rakyat?
Apa rancangan Mahathir?
Perdana Menteri dalam jawapan awal kepada soalan-soalan Mahathir ada menyebut antara punca Mahathir tidak puashati adalah tentang Projek Jambatan Bengkok penghubung antara Malaysia dan Singapura yang dibatalkan. Projek ini juga antara penyebab marahnya Mahathir kepada Perdana Menteri sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi.
Walaupun Mahathir cuba menafikannya, rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia tahu hal ini.
Penganalisa politik juga melihat modus yang sama cuba dilakukan oleh Mahathir ketika beliau memecat timbalannya yang terdahulu. Nasib Musa Hitam dan Anwar Ibrahim bukan lagi rahsia. Malah nasib Pak Lah juga sama apabila dilihat ingkar kepada kehendak Mahathir.
Menurut pemerhati politik, Mahathir apabila menyerang beliau di dalam waktu yang sama akan sediakan pengganti dan kali ini beliau cuba mengenengahkan Muhyiddin Yasin sebagai pengganti Najib.
Mahathir dan pengikut taksubnya cuba ciptakan polimik bahawa hubungan antara Najib dan Muhyiddin begitu rapuh. Mereka cuba nampakkan beberapa kenyataan Muhyiddin tidak selari dengan Najib di dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan pengukuhan UMNO dan BN.
Kacau ganggu di dalam pentadbiran Najib dibuat agar Muhyiddin mudah untuk mengambil alih tampuk kepimpinan, inilah antara strategi Mahathir yang kekal tidak berubah dan mudah dibaca.
Kenapa Muhyiddin?
Jawapannya mudah, untuk memudahkan perjalanan anak Mahathir sendiri menjadi pemimpin nombor 1 negara. Muhyiddin sudah lanjut usia dan bakal memastikan kedudukan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum peralihan kuasa pada masa yang ditetapkan kelak. Inilah kiraan dan congakan Mahathir di dalam segala kemelut ciptaan beliau demi memastikan hajatnya tercapai.
Yang jelas, Mahathir bakal berbangga apabila Mukhriz menjadi Perdana Menteri yang pertama memimpin negara maju pada tahun 2020!
Namun Mahathir lupa satu perkara. Manusia bebas merancang tetapi manusia lupa bahawa segala yang dirancang oleh manusia hanya sekadar merancang, tidak lebih dari itu. Malah manusia yang takbur lupa bahawa Allah swt juga membuat perancangan dan Dia jugalah yang membuat keputusan.
adekah yg menulis ni macai najib??
BalasPadamMmg betul la tu si macai yg menulis hahaha
PadamMmg betul la tu si macai yg menulis hahaha
PadamSemoga Allah kuatkan minda dan semangat Najib melawan tohmahan dan fitnah. Semoga Allah bantu Najib dengan memberi kekuatan mengatasi yang batil.
BalasPadamsekian nukilan & luahan dr anjing belaan jibby&semah...
BalasPadamkalau derma takkan la timbalan presiden ,bendahari,setiausaha dan ahli mt tak tahu????
BalasPadamaku dulu menghormati tun. tapi kini, dah naik menyampah pulak...lagi2 apabila dok kondem kjaan diluar negara sama seperti anwat dan guan eng. tun takda bezanya dgn mereka.
BalasPadamNajib = Anwar ibrahim
BalasPadambegitu lah hikayatnye... agar 2020 majulah malaysiakku..
BalasPadamate nye makan tongah hari ni.
ikanpari masak asam podas campur air lemontea mix lemau nipis jadi tak terbaik no1
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
BalasPadamJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA