Ampun Tuanku,
Kami rakyat, Tuanku Sultan. Tuanku kaya raya, kami miskin hina. Apa Tuanku cakap, kami kena terima. Apa kami cakap, belum tentu Tuanku terima.
Tuanku suka kereta dan Tuanku boleh beli apa saja kereta yang Tuanku suka sebab Tuanku kaya. Anakanda Tuanku punya birthday, Tuanku boleh belikan dia kapal terbang sebab Tuanku kaya raya.
Ampun Tuanku,
Sekarang Tuanku benci vape, Tuanku ada kuasa mahu kasi ban. Itu hak Tuanku sebagai raja. Tetapi hak kami bagaimana pula? Hidup kami sudah cukup dibelenggu dengan bermacam-macam halangan. Hidup kami sudah cukup melarat mencari wang makan untuk hidup. Ini bukan soal bangsa atau soal agama atau soal undang-undang. Ini soal sedikit peel nakal kami mahu menghisap vape. Sedikit habit buruk yang kami simpan untuk mendapat sedikit hiburan bagi mencari ketenangan diri. Sedikit ruang untuk menjadi agak tidak sihat dan tidak baik untuk diri.
Kami bazirkan sedikit wang yang kami susah payah cari ini untuk tabiat hina ini. Hanya untuk mencari sedikit ruang untuk melepaskan rimas hidup. Itu pun nampaknya sudah tidak boleh lagi.
Kami tidak mencuri, kami tidak derhaka pada Sultan, kami ikut undang-undang, kami tidak pergi berhibur di karaoke cari GRO, kami tidak pergi rumah urut melanggan pelacur, kami tidak pergi pub minum arak, kami tidak pergi kedai Toto beli nombor ekor. Kami hanya rosakkan kesihatan kami dengan sedikiit wap vape.
Jika itu pun mahu dihalang, maka apa lagi yang tinggal pada kami ini?
Ampun Tuanku,
Saya lafazkan ucapan tanda hormat saya sebagai seorang rakyat turun temurun sejak kesultanan Melayu, dari saya sebagai rakyat kepada Tuanku, sebagai Sultan. Walaupun jauh di sudut hati, saya sendiri tidak tahu apa sebab saya perlu mohon keampunan ini. W,salam. – Eddie Putera
-
Bace Al quran bro...solat sunat perbanyakkan..bru xrse rimas dgn hidup..hisap vape lg brtmbh sngsara..sama lah dgn rokok
BalasPadamBaca alquran baru faham kenapa haram...buat la kerja amal hilangkan boring...cari umah anak yatim salurkan duit beli flavour tu..
Padamkenapa haramkan vape shja. haramkan rokok skali la. kannnn...
BalasPadamIni menunjukkan bahawa yang Tuanku amat sayangkan anda, Tuanku tidak mahu kalian melukai diri anda semua kerana anda telah terseksa sekarang ini.
BalasPadamBro pun ada kata hidup terseksa jadi jangan seksa lagi diri itu,...cukup pengajaran rokok sebagai buktinya betapa teruknya bila ketagih.....sekarang ni vape masih di permulaan tapi kesannya peratusan remaja perempuan dulu susah sangat Nampak menghembus asap tapi kini tanpa segan silu,..ni baru permulaan.
Jadi cari pengajaran.....dulu masa kecil bapa marah sebab sayang, jadi hari ini Tuanku larang sebab sayang, Tunggu dan lihat sahaja nanti 10 tahun akan datang perbezaan kesan negeri yang bebas remajanya memiliki vape dengan negeri yang melarang memiliki vape....siapa yang lebih banyak ketagih serta kesan ketagihan tersebut kepada persekitaran perkembangan minda remaja....
Apa pun semoga Allah SWT terus memberi kekuatan dan ketenangan kepada Tuanku untuk terus memimpin sesungguhnya cabaran, dugaan dan ujian itu datang dalam pelbagai cara,....memang sudah lumrah alam setiap perkara kebaikan itu pasti ada yang tidak mengemarinya....
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam