Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 2 Mac 2016

Mira Filzah Yang Patut Anda Tahu... Semanis Dan Secantik Wajahmu

Selepas drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ pelakon ini semakin hangat diperkatakan oleh orang ramai. Drama yang baru berakhir yang disiarkan pada pukul 7 malam setiap hari isnin hingga khamis di TV3 selepas drama ‘Akulah Balqis’ mendapat sambutan penonton. 

Drama ini dilakonkan oleh pelakon utama Adi Putra yang digandingkan dengan Mira Filzah. Gadis bertudung comel ini sememangnya mempunyai bakat lakonan yang bagus dan mendapat penerimaan daripada peminatnya.


Pasti ramai yang tidak tahu pasal Mira Filzah ini. Beliau yang baru memasuki usia 23 tahun merupakan seorang pelajar jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan Qari Junior, Hijabista dan KLTV. Malah beliau juga seorang blogger.

Malah, dikhabarkan beliau merupakan bekas pelajar cemerlang SMK Aminuddin Baki dan juga pernah berlakon dalam drama Eksperimen Cinta dan Dunia Lola.

Pegawai JPJ

Viral gambar anggota JPJ cantik jelita yang tersebar sebelum ini mendapat perhatian ramai dan menjadi tanda tanya siapakah gerangan sebenar anggota JPJ tersebut. Memandangkan raut wajahnya yang jelita dan mampu mencairkan hati setiap jejaka, ramai yang tidak menyangka wanita tersebut mampu menyandang jawatan berkenaan.
 

Bagaimanapun, viral tersebut merupakan satu peluang buat pelakon baharu Mira Filzah untuk terus menapak di dalam dunia hiburan. Untuk pengetahuan umum, wanita yang disangka anggota JPJ sedang bertugas itu merupakan pelakon baharu yang kini sedang menempa nama di persada seni hiburan tempatan.
“Saya tidak sangka gambar saya dapat perhatian apabila tersebar dilaman blog dengan menganggap saya adalah anggota JPJ kerana mereka tidak kenal saya pelakon baru. Lagi pula saya menggunakan pemakaian uniform yang betul mengikut nasihat pihak JPJ,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad sendiri turut keliru dengan anggota dibawahnya apabila menyangka Mira Filzah merupakan salah seorang anggota JPJ.
“Ketika itu kami ada pertemuan dengan pihak JPJ dan pelakon juga diminta untuk bertemu dengan Datuk Seri Ismail Ahmad. “Dalam sesi itu saya masih memakai pakaian uniform kerana baru pulang dari penggambaran sehingga beliau berasa pelik dan bertanya saya dari bahagian mana kerana tidak pernah nampak saya sebelum ini,” ujarnya.
Lantaran daripada itu, dirinya kini semakin mendaoat perhatian dan sedikit sebanyak membuatkan orang ramai sedar tentang kehadirannya dalam industri lakonan tanah air malah berjaya menerima tawaran untuk membintangi beberapa drama dan telefilem tempatan. Jom kenali siapa sebenarnya Mira Filzah ini.

  • Nama Sebenar : Nur Amirah Filzah Badiozaman
  • Nama Komersial : Mira Filzah
  • Umur : 22 Tahun
  • Kelahiran : Bangi, Selangor
  • Kerjaya : Blogger, Pelakon, Model dan Pengacara
  • Pendidikan : Bekas pelajar cemerlang SMK Aminuddin Baki, UiTM Puncak Alam (Perniagaan Antarabangsa)
  • Penglibatan : Mula melibatkan diri sebagai pengacara program iaitu KL TV, Hijabista dan Qari Junior
  • Drama : Eksperimen Cinta, Abang Haji dan Abang Beduk, Din Sardin, Cinta Si Wedding Planner
  • Blog : http://mirarafilzah.blogspot.com/
  • Twitter : http://twitter.com/mirafilzah
  • Instagram : https://instagram.com/mirafilzah_/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk