Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 19 Januari 2016

Fazura : "Dia Bukan Untuk Saya " Merujuk Pengumuman Shaheizy Sam


Melalui rancangan televisyen realiti mengenai dirinya, pelakon Nur Fazura mengakui sewaktu menjayakan penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia, dia dan Shaheizy Sam pernah bercinta.

Setelah Fazura membuat kenyataan itu, Shaheizy Sam tetap mempertahankan kenyataannya bahawa mereka hanya berkawan saja, bukan bercinta.

Memandangkan Sam akan berkahwin dengan Syatilla Melvin pada Februari, Fazura memberitahu bahawa dia mendoakan kebahagiaan Sam, malah sudi hadir ke majlis perkahwinan mereka sekiranya dijemput.

"Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu.

Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka."

Kata Fazura, dia tiada sebab bersedih dengan berita perkahwinan mereka berdua.

"Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya. Saya gembira untuknya."


Fazura memberitahu percaya kepada ketentuan Allah malah merasakan jodohnya sendiri semakin hampir dan sudah bersedia bergelar isteri.

"Doakan yang terbaik dan terima kasih kepada semua peminat. Saya juga bersyukur kepada Allah atas rezeki dan rahmat daripada-Nya."

Betul juga kata Fazura itu. Orang sudah mahu membina rumahtangga maka selayaknya kita dokan kebahagiaan orang tersebut. Fazura boleh menemui cinta dan kebahagiaan bersama insan lain. Doakan Fazura akan bertemu jodoh yang sesuai buatnya.

1 ulasan:

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk