Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 7 Mac 2016

SAH.... Akhirnya Misha Omar Buat Pengakuan

KUALA LUMPUR - Penyanyi Bunga Bunga Cinta, Misha Omar, mengesahkan dirinya kini sedang hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar,34, belum bersedia untuk berkongsi usia sebenar kandungannya kerana masih di peringkat awal.
"Alhamdulillah, suami, Firos Ezzwan Rosly adalah orang paling gembira menerima berita ini.

"Doakan saya dan kandungan sihat sehingga saat melahirkan kelak," katanya lagi.

Sebelum ini, Misha sudah memiliki dua orang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir,10, dan Humaira Lateefa,4. - K! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk