Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 17 Mac 2016

Viral Gambar Pramugari Air Asia Ni

SERINGKALI, kerjaya sebagai pramugari dikaitkan dengan pandangan tipikal berkaitan pemakaian seksi dan gaya hidup bebas.

Bagaimanapun, tidak sepatutnya mana-mana manusia menilai kedudukan manusia yang lain di sisi Tuhan Yang Maha Esa.
Dua keping gambar ini membuktikan, walaupun sedang sibuk bekerja di atas awan namun ia tidak bermakna kesemua pramugari lupa menunaikan ibadah solat.

Apa yang dilakukan pramugari ini harus dipuji dan sah-sah dia terhindar daripada dosa meninggalkan solat maka tidak perlulah mengaitkannya dengan hukum amalan lain seperti dosa tidak menutup aurat pula.


Harus diingat, syurga dan neraka seseorang hamba itu ditentukan oleh keredaan Allah Taala maka tidak usahlah kita sibuk menghitung dosa dan pahala orang lain. Mudah mudahan kita semua diberikan hidayah olehNya. – MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk