Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 3 Mei 2016

Pendapatan Cecah RM600 Ribu Buat Caliph Buskers

Jika sebelum ini timbul khabar angin yang mengatakan bahawa bayaran yang diterima Caliph Buskers ketika membuat persembahan adalah sedikit malah pihak KRU turut terkena tempias yang sama.


Melalui Kosmo! Online, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Rizal Sahimy menjelaskan bahawa Caliph Buskers memang bergerak secara sendirian dan bukan diuruskan sepenuhnya oleh KRU Music kerana kontrak yang terjalin antara mereka hanyalah secara eksklusif bagi rakaman muzik sahaja.

Justeru sepanjang menguruskan Caliph Buskers, menurut Rizal, bayaran persembahan yang diterima bagi setiap acara berbeza-beza mengikut persetujuan yang sudah diputuskan.“Terdapat juga pelanggan yang menghubungi KRU Music untuk mendapatkan perkhidmatan Caliph Buskers. Jika berlaku sedemikian, KRU Music akan bertanya kepada mereka terlebih dulu tentang harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang KRU Music bayar kepada Caliph Buskers adalah atas persetujuan bersama kedua-dua pihak,” katanya.


“Harga minimum adalah sekitar RM3,000 hingga RM10,000 (mengikut jumlah lagu). Kebanyakan persembahan Caliph Buskers adalah sekitar RM6,000 bagi setiap persembahan. Bayaran sebanyak RM800 setiap seorang itu adalah separuh benar (half truth) apabila mereka mendapat bayaran sebanyak RM6,000 untuk membuat persembahan”Katanya, memandangkan mereka merupakan artis berkumpulan, jadi setiap individu akan dibahagi sama rata selepas ditolak caj pengurusan yang sudah termaktub.

“Selepas tolak kos pengurusan, wang bagi Caliph Buskers dibahagi kepada lima dan setiap seorang akan menerima RM840,” katanya yang menafikan dakwaan pihaknya membayar rendah kepada band berkenaan. Pendapatan Caliph Buskers mencecah RM600,000 sepanjang tahun lalu,” jelasnya.

Tambah Rizal, dalam jumlah tersebut terdapat persembahan yang turut diuruskan oleh pihak Caliph Buskers sendiri. Pastinya dengan penjelasan sebegini dapat kembali memberi gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku yang mungkin tidak diketahui oleh pihak di luar sana.(rtky/s)

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599) KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..


    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA

    BalasPadam

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk