Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 5 Januari 2017

Kisah Sedih Seorang Abang Berkorban Demi Persekolahan Adiknya

Disebalik permulaan sesi persekolahan 2017 ini, pelbagai kisah menarik perhatian netizen dan menjadi tular di laman sosial terutamanya laman “Facebook”.

Ia termasuk kisah lucu, suka duka dan manis telatah anak-anak menjalani sesi persekolahan baru ini terutama sekali anak-anak yang baru saja memasuki alam persekolahan.
 

Namun lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang guru di sebuah sekolah rendah terletak hampir 20 kilometer dari bandar Sri Aman yang dikenali sebagai “Cikgu Emmet”.

Kali ini, Cikgu Emmet menulis entri di laman FB beliau mengenai kisah seorang pelajar bernama Peter yang mengajar dirinya erti kemanusiaan dan sanggup mengalah demi adiknya dalam mencari ilmu.

Dengan linangan air mata Cikgu Emmet terharu dengan pengorbanan seorang abang demi adiknya.

Peter dan Petrus masing-masing pelajar Tahun 4 dan Tahun 2 berasal dari keluarga yang agak susah di kawasan pendalaman.

Hati Cikgu Emmet tersentuh apabila Peter sanggup memakai pakaian sekolah koyak dan lusuh serta kasut adiknya yang lebih kecil dari kakinya hanya kerana ingin adiknya selesa dengan memakai kasut milik dirinya.

Berikut adalah entri Cikgu Emmet yang dikongsikan di laman FB beliau 5 jam lalu, dan mendapat perkongsian lebih 4ribu perkongsian.

Terima kasih Peter kerana 'mengajar' cikgu.
Pagi ini, sampai sahaja ke sekolah, saya bergegas mencari Peter di kelasnya. Saya dapati dia masih memakai baju lusuh semalam. Peter, kita ke asrama sekarang, tukar baju kamu yang koyak tu. Dia menurut arahan saya. Kami berjalan menuju asrama. Tiada sedikit pun riak rasa diwajah Peter. Hanya selamba sahaja. Kalau murid lain tentu teruja melihat saya menjinjit plastik baju...tapi peter hanya diam..wajahnya pasrah. Setiba di asrama, saya meminta izin melihat locker dia.
Hanya sebuah beg yang mengandungi beberapa helai baju lusuh termasuk baju dan seluar sekolah yang carik. Ya Allah...hebatnya anak ini. Kalau anak anak orang pertengahan sudah tentu tidak mahu datang ke sekolah jika tidak ada baju baru dan kasut baru..tapi anak miskin ini sanggup berbaju lusuh demi ilmu.

Ini semua baju kamu? Ukai cikgu.. bisi baju adik aku...dia menunjukkan baju adiknya Petrus. Hanya 2 helai sahaja baju dia..selebihnya baju adiknya. Malah kasut sekolah juga lama. Yang lebih mengharukan tahun ini dia memakai kasut adiknya..dan adiknya dipakaikan dengan kasutnya. Peter rela pakai kasut sempit asalkan adiknya selesa. Itulah pengorbanan seorang abang. Peter dan Petrus anak iban dari Rh Drew Nyelam banyak mengajar kita bahawa miskin bukan dinding untuk mencari ilmu. Dia tak malu ke sekolah walau pun berbaju buruk dan koyak. Dia malu kalau tak pandai membaca.
Saya berikan sepasang baju seluar kasut dan stokin baru yang saya beli hasil derma seorang sahabat saya semalam. Dia macam serba salah nak pakai..mungkin dia rasa bagus kalau adiknya yang pakai...tapi saya beritahu..bahawa adiknya pun dapat baju baru. Barulah dia tersenyum. Peter menukar pakaiannya dan hari ini PETER DAPAT BAJU BARU.

Terima kasih puan azlina dan puan olivia...kerana membuat dua beradik di mukabumi ini tersenyum.

Terima kasih kerana memudahkan hidup dua orang anak kecil ini.

Terima kasih Peter kerana 'mengajar' cikgu akan kemanusiaan.

Cikgu Emmet menulis dengan linangan airmata. -Sarawakiana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk