Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 27 Oktober 2015

Maniskah Wanita Menghisap Vape?


Trend menghisap rokok elektronik ataupun ‘vape’ merupakan fenomena yang mula berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk golongan wanita.

Namun, wajarkah wanita menjadikan vape sebagai satu kebiasaan bagi mereka?

Ismaweb.net telah mendapatkan komen orang ramai mengenai isu ini dan rata-ratanya tidak bersetuju apabila golongan wanita terutama Melayu Islam menghisap vape.

Menurut Hajijah, 25, berkata menghisap vape dalam kalangan wanita menonjolkan akhlak dan adab yang tidak sopan sekaligus mencalarkan imej sebagai seorang wanita Melayu Islam.

“Saya tidak bersetuju apabila wanita hisap vape kerana dalam Islam juga tidak menggalakkan kepada perkara-perkara yang membawa kemudaratan,” kata Mohd Shukri, 24.

Sementara itu, Muhammad Himmi, 19, pula berpendapat vape memberi kesan kepada wanita untuk jangka panjang terutama risiko buat mereka apabila hamil nanti.

“Saya sangat tak suka, lagi-lagi apabila di khalayak ramai. Ia nampak sangat tak manis bagi seorang wanita. Kita nak halang itu hak peribadi mereka, tapi bukan di khalayak ramai kerana tak manis,” kata Syakilla, 26.

Namun, Mohd Khaliza, 38, mempunyai pendapat yang berbeza apabila dia menyifatkan tidak ada masalah bagi seorang wanita perokok menghisap vape kerana katanya vape merupakan medium bagi perokok tegar untuk berhenti merokok.

“Tetapi bagi wanita yang tidak merokok, dan menghisap vape hanya kerana suka-suka atau untuk ‘show-off’, itu sangat tidak sesuailah,” katanya.

Dalam satu kejadian 3 hari lalu, penumpang dan krew penerbangan Malindo Air cemas seketika selepas bateri vape atau rokok elektronik milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian pada kira-kira 6.45 petang semalam itu berlaku selepas pesawat jenis Boeing 737-800 terbabit berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kebakaran tersebut berlaku semasa penumpang berkenaan sedang menonton tayangan video di paparan skrin di tempat duduknya.

"Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas peha lelaki itu terbakar.

"Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor," katanya.

Abdul Aziz berkata tindakan pantas anak kapal berjaya mengawal kebakaran dan pesawat selamat mendarat di KLIA2 pada 8.44 malam.

Beliau berkata lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis sejurus mendarat.

Namun tiada aduan diterima daripada pihak Malindo Air sehingga kini berhubung kejadian itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk