Bohong la kalau korang pergi temuduga tak gugup. Saya caya mesti semua rasa takut, bimbang dan risau kalau tak berjaya menampilkan yang terbaik kepada si tanya.
Kali ni saya nak share bab temuduga. Semua orang pastinya akan melalui detik ini jika kalau dia tu pemalas nak kerja memang tak la. Dalam entri ni nak bincang pasal soalab yang kerap ditanya ketika temuduga.
Korang sebenarnya kena pastikan mempunyai jawapan bagi setiap soalan yang akan ditanya. Jika korang tidak bersedia, gugup dan gementar akan menimbulkan masalah ketika temuduga.
Jadi bersedia dengan jawapan yang bernas dan pintar. Sebahagian daripada soalan ini adalah berdasarkan pengalaman orang yang pernah ditemuduga oleh pihak kerajaan.
Antara soalan yang pasti ditanya ketika ditemuduga adalah untuk korang memperkenalkan diri sendiri. Apa yang anda perlu ceritakan ketika ini adalah sangat penting. Jika anda tidak tahu, dan tiada masa untuk mencari jawapan kepada semua persoalan tersebut, saya cadangkan ini.
Menjimatkan masa dan telah membantu ramai calon untuk lulus. Beberapa tips temuduga kerajaan ini akan membantu anda untuk berjaya dalam temuduga nanti.
* Soalan pertama yang akan ditanya adalah, sila perkenalkan diri anda. Beritahu perkara yang penting sahaja berkenaan diri anda, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja secara ringkas.
* Soalan kedua “Mengapa anda memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan? Mengapa anda ingin berhenti daripada kerja yang anda jawat sekarang.
* Soalan ketiga “Apakah yang anda tahu mengenai jawatan yang anda pohon ini?” *
*Soalan Keempat Sila kaitkan pengalaman yang anda belajar dahulu, atau pekerjaan anda sekarang dengan pekerjaan yang anda pohon?
* Soalan kelima “”Jika kami menempatkan anda di pedalaman Sabah dan Sarawak, adakah anda masih inginkan jawatan ini?”
* Soalan ke enam kalau yang ni selalu dikaitkan dengan isu semasa atau lebih mudah politik kita. Sebagai contoh; ”Apa yang anda faham mengenai GST dan apakah kebaikan untuk negara?”
* Soalan ke tujuh kalau yang ni macam pertanyaan umum ja. Akan ditanya macam tokoh yang korang minat atau kagum. Contohnya, "Siapakah tokoh yang paling anda hormati dan kenapa?”
Boleh la sedikit tips yang saya kongsikan ni dapat membantu anda semua untuk temuduga kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan