Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 9 Mac 2016

Pengambilan 25,000 Penjawat Awam Baru Diteruskan - KSN

PUTRAJAYA: Kerajaan akan tetap meneruskan pengambilan 25,000 penjawat awam baharu setiap tahun, bagi menggantikan penjawat awam yang bersara. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan akan mengekalkan jumlah 1.61 juta penjawat awam ketika ini kerana jumlah itu sesuai dengan 30 juta penduduk ketika ini. 


"Bagaimanapun, kita tidak akan mengadakan perjawatan baharu dan jika ada jawatan baharu yang diperlukan, contohnya jika ada agensi baharu ditubuhkan, penjawat awam sedia ada akan mengisi jawatan itu," katanya selepas Istiadat Penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Pengarah INTAN, Datuk Dr Mazlan Yusoff. Semalam, satu pekeliling dikeluarkan Perbendaharaan Malaysia melalui laman web rasminya bertajuk 'Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan'. 

Antara kandungan pekeliling itu termasuk pemotongan elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10 peratus berkuat kuasa awal bulan ini, membekukan pengambilan perjawatan baharu dan memperketat bayaran elaun lebih masa. Mengulas mengenai pemotongan elaun keraian 10 peratus bagi Menteri dan Timbalan Menteri, Ali berkata, ia hanya membabitkan anggota pentadbiran dan bukan perkhidmatan awam. 

Ditanya mengenai pekeliling oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa kursus tujuh hari yang sebelum ini diwajibkan kepada penjawat awam ditangguhkan, Ali berkata, ia adalah salah satu langkah penjimatan oleh kerajaan. "Bagaimanapun, kementerian dan agensi digalakkan untuk menganjurkan latihan dalaman dalam usaha menambah baik perkhidmatan dan akan turut dinilai," katanya. 

Pada majlis itu, seramai 789 graduan ditauliahkan DPA terdiri daripada peserta yang tamat kursus DPA dan Kursus Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Tan Sri Dr Sulaimam Mahbob turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Felo Intan Ke-27. - Berita Harian

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599) KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..


    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA

    BalasPadam

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk