Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 7 Mac 2016

Serpihan Kedua Dipercayai Milik MH370 Ditemui‎ ‎

KUALA LUMPUR - Serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 ditemui di pulau La Reunion, milik Perancis yang terletak di Lautan Hindi, Khamis lepas, demikian dilaporkan sebuah agensi berita.

AFP melaporkan berita itu pada Ahad bahawa serpihan itu ditemui oleh Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai.
Menurut agensi berita itu, Begue juga merupakan orang yang menemui "Flaperon", serpihan sayap pesawat daripada pesawat yang hilang itu, semasa membersihkan pantai pada Julai tahun lepas.

Begue berkata serpihan ini sama ringan dengan binaan sarang lebah madu sama seperti serpihan flaperon dan panjangnya kira-kira satu meter, demikian dilaporkan AFP.

Flaperon yang dijumpainya kekal satu-satunya serpihan dikenal pasti dengan kepastian daripada pesawat itu, kata AFP.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Esok menandakan tempoh dua tahun kehilangan misteri pesawat itu meskipun usaha pencarian besar-besaran dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia, Malaysia dan China. 

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk