Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 24 Jun 2016

Penafian Coca-Cola Minuman Euro 2016 Mengandungi Alkohol

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Nafi....... Coca-Cola Malaysia hari ini menafikan dakwaan bahawa Coca-Cola botol aluminium Edisi Terhad UEFA Euro 2016 yang dijual di kedai-kedai terpilih di negara ini mengandungi alkohol.


Ia berkata walaupun Coca-Coca botol aluminium edisi terhad tidak dikeluarkan di Malaysia dan diimport dari Eropah, "bahan-bahan dan proses pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran minuman Coca-Cola dikawal ketat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di lebih 200 negara yang secara konsisten mengiktiraf minuman itu sebagai produk tanpa alkohol.
"Ini termasuk negara-negara yang Islam adalah agama utama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ia berkata syarikat memahami pasaran tempatan dan mengiktiraf dan menghormati kepentingan meyakinkan pengguna Islam bahawa produknya mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat supaya pengguna boleh meminumnya tanpa ragu-ragu.

Kenyataan itu berkata Coca Cola, yang telah menjadi penaja rasmi untuk acara bola sepak sejak 1988, telah melancarkan botol aluminium edisi khas Coca-Cola UEFA Euro 2016 di Eropah.

"Untuk mendekatkannya dengan peminat bola sepak dan pengumpul di Malaysia, Coca-Cola Malaysia telah mengimport barangan ini untuk dijual untuk masa yang terhad di kedai-kedai terpilih di negara ini," kata kenyataan itu.

Ia berkata sebagai syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia, Coca-Company telah dan akan terus mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat, memastikan keebersihan dan pematuhan kualiti untuk semua produknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk