Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 22 Julai 2016

Wanita Pengasas Produk Kosmetik Ditahan AADK Ambil Dadah

BACHOK – Seramai 24 lelaki dan seorang wanita yang mendakwa dirinya pengasas produk kosmetik ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok dalam operasi dijalankan di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Bachok, Muhamad Rostam Mohd Aluwi berkata, daripada tangkapan itu, 16 suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, hasil risikan pegawai AADK dan maklumat penduduk kampung, pihaknya bersama 13 anggota membuat operasi perangi dadah di beberapa lokasi iaitu sekitar Kampung Kubang Golok, Bekelam, Gunong dan Budi bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam.

“Semua suspek berusia lingkungan 16 hingga 50 tahun. Suspek paling muda berusia 16 tahun ditahan dalam sebuah kereta bersama seorang wanita dan tiga lelaki dewasa di Bekelam.

“Wanita itu mendakwa dia pengasas produk kosmetik dan kecantikan di negeri ini. Dia mengatakan perlu ambil dadah kerana ingin mengurangkan tekanan dan untuk keseronokan. Semua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983,” katanya semalam.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang bekerjasama memberi maklumat mengenai penagihan dadah dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan dalam usaha membanteras gejala dadah di Bachok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk