Kudrat yang ada pada Norieen Yaakob, 10, sangat terbatas membuatkan dia tidak mampu membantu menyelamatkan adiknya, Haikal, 8. Daya yang ada padanya hanyalah memerhati bagaimana insan kesayangannya itu hanyut dibawa arus deras Sungai Perias akibat tergelincir ketika cuba meneguk air di situ.
Itulah kali terakhir dia melihat wajah adiknya yang sebelum itu mengadu terlalu lapar dan dahaga selepas berhari-hari tidak menjamah makanan.
Trauma Norieen berterusan apabila selepas adiknya, dua lagi rakannya, Linda Rosli dan Sasa Sobrie masing-masing berusia lapan tahun turut dibawa arus deras di depan mata.
Tragedi itu berlaku kira-kira 14 hari selepas Norieen, Haikal, Linda dan Sasa bersama tiga lagi rakan, Mirsudiar Aluj, 11; Juvina David, 7, dan Ika Ayel, 9, melarikan diri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi pada 23 Ogos lalu.
Sepanjang dua minggu itu, ketujuh-tujuh pelajar Orang Asli ini sudah tiada daya kerana hanya makan tumbuh-tumbuhan hutan serta minum air sungai untuk menyambung hidup.
Kedudukan mereka tidak jauh daripada lokasi Norieen dan Mirsudiar ditemukan oleh anggota penyelamat di dalam banir pokok di tebing sungai tersebut semalam.
Dalam keadaan bingung, keempat-empat mereka cuba untuk bertahan dan membuat keputusan untuk tidak berganjak dari kedudukan itu. Namun, perut yang kosong ditambah dengan keadaan tubuh terlalu lemah menyebabkan Juvina akhirnya meninggal dunia beberapa hari selepas itu.
Semua pengalaman itu diceritakan Norieen yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kepada ibunya, Midah Angah, 40, dan bapa saudaranya, Herry Boy Angah, 20, malam tadi.
Herry Boy yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan berkata, anak saudaranya, Mirsudiar dan Ika yang masih hidup terus bertahan meskipun ketika itu hujan lebat selama beberapa hari sehingga paras air Sungai Perias meningkat secara mendadak.
"Mereka bertiga kemudian berjalan kaki sehingga ke lokasi Norieen serta Mirsudiar ditemukan semalam kira-kira tiga kilometer dari SK Tohoi dan berteduh di kawasan tersebut. Bagaimanapun, beberapa hari lalu, Ika sudah tidak mampu bertahan akibat kebuluran dan meninggal dunia di sisi Norieen dan Mirsudiar. Kedua kanak-kanak itu menjaga mayat Ika sehingga ditemukan semalam," kata Herry berkongsi pengalaman yang dilalui Norieen kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Herry, Norieen dan rakan-rakannya juga pada awalnya berhasrat untuk berpatah balik ke kawasan sekolah namun membatalkan niat itu akibat keletihan sehingga terlupa arah pulang.
Katanya lagi, sepanjang tempoh itu juga, kanak-kanak malang itu tidak nampak kelibat pasukan penyelamat meskipun operasi mencari dilakukan di kawasan tersebut.
"Ketika operasi mencari, kanak-kanak ini mungkin terselit di celah akar-akar pokor sehingga menyukarkan pihak berkuasa menemukan mereka. Pada masa sama, bunyi arus deras sungai itu juga menyebabkan kanak-kanak ini tidak mendengar jeritan pasukan penyelamat," katanya.
Sementara itu, Midah berkata, Norieen cuba melarang adiknya daripada turun ke sungai tersebut tetapi kanak-kanak itu tetap berdegil.
"Dia hanya mampu melihat dan tidak dapat menyelamatkan adiknya akibat keletihan serta keadaan sungai yang deras. Dia kini masih trauma akibat kejadian tersebut," ujarnya.
Sebagai seorang ibu, tiada doa lain yang dipanjatkan Midah selain mengharapkan mayat Haikal ditemui oleh pasukan penyelamat.
Selain melihat kesemua lima rakannya mati, Norieen Yaakob, 10, juga terpaksa tidur bersama mayat dua rakannya dan melihat mereka mereput dengan seluruh badan mula mengeluarkan ulat serta berbau amat busuk.
Sepanjang tempoh tersebut, Norieen dan rakannya, Mirusdiar Aluj, 11, tidak dapat tidur kerana terlalu takut dengan keadaan hutan yang menyeramkan.
Ibunya, Midah Angah, 40, berkata, anaknya memberitahu, dua rakannya iaitu Ika Ayel, 9 dan Juvina David, 7, mati di sisinya.
‘‘Kata Norieen, dia sendiri tengok Juvina mati sehinggalah mayat berkenaan mulai reput dan berulat. Sepanjang malam Norieen tidak dapat tidur kerana takut serta tidak tahan dengan bau mayat rakan-rakannya,’’ katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azam Ismail dan Ketua Puteri UMNO negeri, Marzuani Ardila Ariffin meluangkan masa melawat serta menyampaikan sumbangan kepada dua murid Orang Asli itu.
Kedua-dua mereka yang hilang bersama lima rakan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi selama 47 hari ditemukan oleh anggota penyelamat kira-kira 3.3 kilometer dari sekolah tersebut.
Semalam, Norieen dilaporkan berkata, tiga rakannya mati dihanyutkan oleh arus sungai ketika cuba untuk minum air di sungai tersebut manakala dua lagi maut disebabkan kebuluran.
Midah berkata, biarpun sudah dua malam ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab (II), Norieen yang juga anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu masih tidak dapat tidur lena.
‘‘Dia sering terkejut dan kadangkala air matanya mengalir ketika sedang tidur mungkin dia masih trauma kerana adiknya, Haikal, 8, juga mati di depannya.
‘‘Hari ini dia mula menunjukkan sedikit perubahan, dia minta buku dan alat tulis daripada jururawat, dia juga mula mewarnakan buku lukisan yang diberikan tetapi dia tidak banyak cakap.
‘‘Dia juga selalu minta makanan tetapi doktor tidak benarkan dia makan banyak. Dia hanya diberikan bubur mengikut masa yang ditetapkan kerana dia masih dalam proses pemulihan,’’ katanya.
Sementara, bapa saudara Mirsudiar, Aked Bahir, 46, berkata, keadaan anak sauadaranya kini beransur baik dan mula meminta untuk bermain telefon dan mendengar lagu.
‘‘Walaupun kurang bercakap, dia menunjukkan perkembangan yang baik kerana sudah berselera untuk makan dan malam tadi dia tidur dengan lena.
‘‘Selain meminta untuk bermain telefon, dia juga ada bertanya untuk pulang ke rumah. Mungkin dia rindu,’’ katanya.
Sementara itu, Pengarah Hospital HRPZII, Dr. Wan Hazimah Wan Mohamed berkata, setakat ini keadaan kedua-dua murid berkenaan stabil.
‘‘Kita akan memberi rawatan fizikal dan psikologi secara menyeluruh kepada mereka,’’ katanya.
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
BalasPadamJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA