Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 16 Oktober 2017

Penguatkuasa Dirasuah Sehingga RM15 Juta Sebulan Oleh Tokey Judi - PPIM

“Nilai RM10 juta hingga RM15 juta rasuah yang diberi kepada penguat kuasa sebulan bukanlah satu nilai besar.


“Jika dibandingkan pendapatan harian lebih-lebih lagi mereka turut dilindungi pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan,” kata Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan.

Terdapat seorang pemilik rangkaian perjudian merasuah penguat kuasa dengan jutaan ringgit sebulan.

Perkara itu didedahkan Pengguna Persatuan Islam Malaysia (PPIM) kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Memetik akhbar itu, Ketua Aktivis PPIM itu berkata, individu yang dikenali sebagai Alex itu mempunyai pendapatan yang terlalu banyak hinggakan dia mudah ‘membeli’ pe­ngu­at kuasa.

Jelas Nadzim, Alex membayar orang ‘besar’ yang me­lindunginya da­ripada sebarang tindakan undang-undang.

Menceritakan lebih lanjut Nadzim berkata, untuk mengaburi perniagaannya, Alex turut menjalankan perniagaan restoran mewah terutamanya di sekitar Bukit Bintang.

Semua itu katanya, salah satu cara untuk mencuci duit tersebut agar ti­dak dihidu pihak berkuasa.

Semalam, Mingguan Malaysia turut mendedahkan taktik sindiket perjudian bernaung di bawah mereka yang bergelar Tan Sri dan Datuk Seri.

Difahamkan mereka memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa RM15 juta sebulan bagi melindungi perniagaan mereka. (SUMBER)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk