Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 14 Oktober 2015

Al-fatihah....Remaja OKU Adik Muhammad Firdaus Meninggal Dunia


BANGI, Rabu – Remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan terbiar di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu, disahkan meninggal dunia akibat sawan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Firdaus dilaporkan pengsan di Rumah Kebajikan Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Pada 21 Jun tahun lalu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan yang menyayat hati di rumahnya ketika operasi Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun 17 November lalu, ibunya Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk