Saat kali pertama menyekolahkan anak pastinya satu detik yang mengujakan bagi setiap yang bernama ibu bapa. Diam tak diam kalendar tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. Dalam masa 2 bulan lagi tahun akan beralih ke 2016 dan debar yang menanti semakin terasa.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal ke darjah 1, ada sedikit ingatan perkongsian dari seorang guru ini yang ingin dikongsikan. Moga ia dapat membantu persediaan anak-anak ke tahun 1 bagi tahun hadapan.
Perkongsian saya adalah untuk kebaikan ibu bapa supaya lebih bersedia menghadapi persekolahan anak pada tahun hadapan. Guru akan tetap sedaya upaya mengajar mengenal abc dan 123 jika itu aras mereka. Seperti yang saya nyatakan, saringan linus itu bertujuan mengenalpasti tahap kebolehan murid menguasai kemahiran asas 3M, mereka dikumpulkan di dalam satu kelas supaya mereka lebih fokus terhadap pembelajaran penguasaan asas tersebut. Guru akan memastikan murid akan menguasai kemahiran asas melalui pembelajaran dan pengajaran menggunakan modul-modul pembelajaran linus.
Ini juga memberi peluang murid lain di aliran perdana meneroka sesuatu yang baru sesuai dengan aras pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Bukanlah bermaksud kelas linus tidak mengikut silibus KSSR tetapi arasnya mungkin sedikit rendah sesuai dengan aras murid. Berkaitan murid yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan, janganlah tuan puan terlepas pandang kemudahan pra sekolah yang KPM sediakan. Guru pra sekolah yang berkaliber akan berusaha memastikan murid menguasai kemahiran asas ini dan semestinya sokongan daripada ibubapa juga penting.
Insyaallah mereka generasi Z ini sebenarnya mampu belajar dan seronok meneroka sesuatu yang baru yang dikatakan aras tinggi itu jika persediaan dilakukan dengan sebaiknya. Berilah mereka peluang. Jangan pandang rendah terhadap kebolehan mereka.
Ibu bapa perlu mencari kaedah yang sesuai dan menarik untuk turut sama mendidik anak-anak mengajar mereka membaca. Tekanan akan dirasai anak-anak sekiranya kaedah yang salah digunakan. Buatlah sedikit kajian bagaimana menimbulkan suasana menyeronokkan dan melayan karenah mereka. Masa anda bersama anak sangat berharga dan sangat baik untuk kestabilan emosi dan psikologi mereka! Tinggalkanlah perkara-perkara yang lalai dan tidak berfaedah. Marilah turut serta mendidik anak-anak. Ingatlah tanggungjawab kita dan amanah kita sebenarnya adalah anak-anak kita.Lagi perkongsian oleh Syukri Hidayati :
Guru akan berusaha menjalankan amanah dan tanggungjawab guru sebagai pendidik dengan sebaik mungkin begitu juga apa yang diharapkan ibubapa juga memainkan peranan mereka dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan