Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan adanya kenaikan yuran taska tahun hadapan seperti yang disebarkan menerusi laman sosial.
Malah kementerian juga mempersoalkan kewujudan Persatuan Tadika Taska Malaysia yang turut menyebarkan anggaran kenaikan yuran itu di media sosial.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika menafikannya berkata sebarang cadangan mengenai kenaikan yuran harus melalui kementerian itu bagi memastikan bayaran yang dikenakan tidak membebankan ibu bapa.
"Kita pun tidak pasti dari mana datang nama Persatuan Tadika Taska Malaysia itu kerana buat masa ini hanya ada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Seminar Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor 2015 di sini hari ini.
Menurut Rohani kementerian sedang memeriksa status Persatuan Tadika Taska Malaysia berkenaan kerana taska di setiap negeri perlu berdaftar dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia.
"Kita juga telah maklumkan perkara itu kepada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia bagi mendapatkan maklumat daripada persatuan atau negeri mana punca berita yang tidak benar seperti itu boleh tersebar," katanya.
Dalam pada itu, Rohani berkata kementeriannya juga telah menubuhkan jawatankuasa tertinggi bagi menangani masalah berkaitan taska termasuk soal yuran dan prosedur operasi standard yang diketuai timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun.
"Mereka kerap bermesyuarat dan Mei Fun akan memaklumkan kepada saya setiap sebulan sekali hasil mesyuarat dan setakat ini tidak pernah dimaklumkan mengenai isu kenaikan yuran," katanya.
Rohani turut menambah persatuan taska tidak boleh berpakat sesama mereka mengenai yuran atau mereka bakal berhadapan dengan dakwaan mengikut Akta Persaingan 2010.
Dalam pada itu, menteri itu berkata berdasarkan perangkaan Lembaga Kaunselor hanya seramai 6,905 kaunselor yang berdaftar sehingga tahun ini iaitu nisbah seorang kaunselor untuk 4,983 penduduk.
"Ini menunjukkan jurang antara penduduk dengan kaunselor berdaftar amat besar dan menyebabkan capaian kepada perkhidmatan kaunseling profesional agak terhad," katanya.
Lembaga Kaunselor mengunjurkan untuk mendaftarkan seramai 11,000 kaunselor dengan nisbah seorang kaunselor profesional bagi setiap 2,945 penduduk berdasarkan anggaran populasi 32.4 juta orang menjelang 2020. -BERNAMA
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
BalasPadamJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA