Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 6 Oktober 2015

Segerakan Sekolah Satu Aliran - Pakar


KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pelaksanaan sistem sekolah satu aliran perlu disegerakan jika kerajaan berhasrat mewujudkan sebuah negara bangsa dan melahirkan generasi muda yang fasih berbahasa Melayu serta mengenal erti perpaduan tanpa mempersoalkan kaum-kaum lain.

Ahli akademik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekolah satu aliran tidak akan membunuh kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia kerana bahasa ibunda kaum tertentu seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil masih boleh dipelajari dengan menjadikannya sebagai subjek pilihan di sekolah.

Sehubungan itu katanya, kerajaan sebagai pelaksana dasar perlu memanggil semua pihak untuk membincangkan keperluan tersebut dan tidak terlalu defensif serta apologetik jika diasak oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju dengan sekolah satu aliran.

“Di Malaysia, situasinya adalah agensi pelaksana terlalu bertole­ransi, memang ada kebaikan dan keburukan tetapi jika kita bercakap soal negara bangsa, de­ngan adanya sistem pelbagai aliran ini menyebabkan bahasa Melayu tidak lagi menjadi keutamaan.

“Saya percaya perbezaan kaum adalah kelebihan yang dimiliki negara kita, justeru kita boleh menggunakan kekuatan itu untuk mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati serta fasih bertutur dalam bahasa Melayu walaupun mereka daripada bangsa yang berbeza-beza,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Ridhuan mengulas ken­yataan Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang berpandangan kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memecahkan sentimen perkauman yang semakin menebal khusus dalam kalangan generasi muda.

Kok Seong dilaporkan berkata, kewujudan sekolah vernakular hanya akan memburukkan keadaan kerana berterusan melahirkan ge­nerasi yang cenderung mengamalkan polarisasi dalam kehidupan.

Sementara itu, pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, tanggungjawab untuk mewujudkan perpaduan dan menubuhkan negara bangsa terletak di bahu setiap wakil rakyat, justeru mereka perlu berhenti daripada terus berpolitik dan segera mengambil langkah yang sewajarnya menangani isu yang timbul.

“Wakil rakyat perlu berhenti berpolitik, mereka yang dipilih oleh rakyat ini sepatutnya tahu apa perlu dilakukan jika mahu menubuhkan negara bangsa dan membuat keputusan sama ada sistem yang ada kekal atau berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin berkata, peranan mendidik anak-anak untuk fasih berbahasa Melayu tidak terletak di bahu setiap guru sahaja sebaliknya masyarakat terutama ibu bapa perlu turut bertanggungjawab.

Katanya, ibu bapa daripada kaum Cina perlu menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan rakan sebaya daripada bangsa lain selepas waktu sekolah kerana ia bukan sahaja membantu mengenali antara satu sama lain malah menjadi latihan pertuturan bahasa Melayu yang berkesan.

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..


    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA

    BalasPadam

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk