Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 17 November 2015

AWAS : Buku Kanak-Kanak Mempromosikan Syiah Di Pasaran


KUALA LUMPUR, 16 Nov - Orang ramai diminta membuat laporan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya mengesan penjualan buku bacaan berunsur ajaran Syiah di dalam pasaran negara.

Penolong Setiausaha Kanan bahagian tersebut, Zamihan Mat Zin berkata penerbitan buku yang mengandungi ajaran Syiah boleh menyebabkan kerosakan akidah umat Islam dan sesiapa yang menjualnya boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.


Zamihan berkata sedemikian ketika mengulas dakwaan Gerakan Anti Syiah Malaysia yang berkata wujud penjualan buku kanak-kanak prasekolah yang mempromosikan Syiah yang berjudul "Belajar Sambil Bermain".

Beliau berkata demikiankepada Bernama semasa mengulas dakwaan Gerakan Anti Syiah Malaysia mengenai adanya penjualan buku untuk kanak-kanak prasekolah berjudul 'Belajar Sambil Bermain' yang mempromosikan ajaran Syiah.

Badan NGO itu berkata buku itu ditulis oleh seorang imam Syiah Iran, Ibrahim Amini yang sengaja menterjemahkan buku itu ke bahasa Indonesia dan Malaysia bagi memesongkan akidah.

Selain itu, buku itu juga didakwa mengandugi ajaran salah yang bertajuk "Allah SWT Sumber Ciptaan", "Hari Besar Al-Ghadir" dan "Imam ada Dua Belas"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk