Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Ahad, 22 November 2015

Skandal Penuhi Usaha Pemulihan MAS


Seperti sedia maklum, Malaysia Airline System (MAS) yang kini dikenali sebagai Malaysia Airline Berhad (MAB), mengalami masalah kerwangan yang tenat sejak dari awal abad ini. Masalah in ditambah pula dengan dua tragedi hitam dalam sejarah penerbangan negara dimana misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini tidak terjawab dan misteri siapakah yang menembak MH17 kekal menjadi tanda tanya.

Semuanya menuntut satu reformasi pengurusan yang cukup kompleks bagi menyelamatkan MAS dari terkubur. Harus di ingat, MAS bukan hanya sekadar syarikat penerbangan, tetapi ianya adalah legasi yang sentiasa menjadi imej negara dimata antarabangsa. Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa MAS adalah syarikat yang harus dijaga dan diwarisi oleh negara selagi Malaysia masih wujud.


MAS pernah muncul sebagai salah sebuah penyedia perkhidmatan udara terbaik di dunia sebanyak dua kali sewaktu zaman kegemilangannya. Selain daripada sekadar kod penerbangan, MH yang digunakan MAS dalam semua operasi penerbangannya juga dikenali sebagai Malaysian Hospitality yang sekian lama menjadi pegangan setiap krew dan pekerja MAS.

Namun, tidak semuanya indah walaupun MAS disifatkan ramai pemerhati ekonomi sebagai sebuah syarikat yang kukuh dan kebal. Semuanya bermula sewaktu tindakan Tun M menyerahkan kepimpinan MAS pada tahun 1993 kepada seorang tokoh korperat yang mempunyai syarikat Helikopter Servis pertama di Malaysia, Tan Sri Tajuddin Ramli yang dikenali pada masa itu sebagai salah seorang kroni paling rapat dengan beliau.

Menerusi pengambil alihan ini, Tan Sri Tajuddin menjenamakan semula syarikat miliknya menjadi Naluri Sdn Bhd dimana Naluri menguasai pegangan saham majoriti didalam MAS. Sama seperti Perwaja Steel, pada peringkat awalnya, semuanya nampak tenang sehinggalah Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 1998. Dengan bebanan operasi yang kian melambung, MAS akhirnya meminta bantuan kerajaan bagi mengatasi masalah hutangnya.


Menyedari akan hal ini, kerajaan melaui Tun M cuba menyuntik modal beberapa kali kedalam MAS sepanjang 3 tahun, namun ianya masih belum cukup menyelamatkan kos operasi MAS dan beban hutang yang ditanggung. Kemuncaknya, satu tindakan yang boleh dianggap gila dilakukan oleh Tun M.

Dengan menggunakan kuasa “vetonya” beliau mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG) menyelamatkan 50.6 peratus saham Naluri Sdn Bhd dengan suntikan modal yang amat besar. PAda masa berkenaan, saham MAS di papan bursa saham utama Kuala Lumpur (BSKL) adalah pada paras RM 3.68 seunit. Namun atas arahan Tun M, KWSG terpaksa membeli saham MAS pada paras RM 8 unit sesaham, jauh lebih tinggi dari harga semasa.

Alasannya, bahawa saham MAS pasti akan melonjak kerana MAS adalah sebuah syarikat yang mendapat jaminan kerajaan. Namun, apa yang terjadi, saham MAS terus menjunam kepada RM 3.60 pada keesokan harinya dan ini jelas satu pelaburan dan pengambil alihan yang paling merugikan dalam sejarah Malaysia.


Ironinya, semasa pengambil alihan ini berlaku, satu-satunya individu yang mendapat hasil terbesar ialah Tan Sri Tajuddin Ramli. Di laporkan, selepas pengambil alihan berkenaan berlaku pada tahun 2001, beliau memperolehi RM 1.8 bilion bersih di saat MAS menangung hutang terkumpul sebanyak RM 9.4 bilion disaat MAS dikembalikan kepada pengurusan penuh kerajaan menerusi Khazanah Nasional.

Persoalannya hari ini, apa keperluan kuasa veto yang dikeluarkan Tun M dalam memaksa KWSG mengambil alih 50.6 peratus saham MAS pada harga yang berlipat kali ganda tinggi? Apakah ini plan rasionalisasi yang dilakukan Tun M dalam usaha menyelamatkan MAS? Adakah hutang sebanyak RM 9.4 bilion berkenaan ini diaudit dan di selidiki sebelum ianya di serahkan kepada kerajaan?

Selepas penyelewengan terbesar yang dilakukan Tun M dan kroni-kroni beliau, menerusi suntikan modal yang dilakukan oleh Tun Abdullah dan Datuk Sri Najib, MAS akhirnya dapat juga mengurangkan hutangnya kepada RM 3 bilion dan pada unjuran terbaik sebelum MAS sekali lagi “di sabotaj” dengan kehilangan MH 370 dan MH 17.


Jadi bolehlah disimpulkan, apa yang berlaku pada MAS hari ini adalah hasil daripada sumbangan “terhebat” Tun M melalui kroni-kroni rapatnya. Sekali lagi, sebuah syarikat yang sepatutnya menjadi aset negara, sama seperti Perwaja Steel dihancurkan hasil daripada kebijaksanaan ekonomi dan pengurusan syarikat.

- Dipetik dari MEDIA LANTANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk