Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 7 April 2016

MAS Tawar "Beli 1, Percuma 1" Untuk "1st Claas", "Business Class"

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menawarkan promosi ‘Beli Satu Dapat Satu Percuma’ apabila pelanggan membeli tiket kelas pertama atau perniagaan mulai hari ini hingga 18 April, 2016.

Dalam satu kenyataan, pihak MAB berkata tempoh perjalanan bermula serta-merta hingga 30 November 2016.


“Penumpang boleh berbelanja untuk rakan mereka dan menikmati perjalanan yang selesa dan bergaya dalam penerbangan MAB bagi keseluruhan rangkaian menyeluruh di seluruh dunia,” katanya.

Selain tambang menarik, pelanggan juga masing-masing menikmati muatan bagasi 50 kilogram bagi kelas pertama dan masing-masing 40 kilogram bagi kelas perniagaan, serta akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines.

Mereka juga boleh mengumpul mata perbatuan Enrich bagi kedua-dua tiket.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.malaysiaairlines.com atau menghubungi 1-300-88-3000.

Tawaran promosi ini tidak termasuk penerbangan perkongsian kod serta tertakluk kepada terma dan syarat. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk